Seorang wanita bujang berusia 48 tahun ditipu lebih RM1 juta selepas berkenalan dan bercinta dengan warga britain melalui facebook. Kekasih cinta facebooknya dikatakan mengajak mangsa menjadi rakan kongsi perniagaan hililiran yang ditawarkan Petronas. Seterusnya meminta mangsa menyelesaikan perkara tentang akaun bank, duti setem, insurans dan pelbagai bayaran lain untuk mendapatkan kontrak Petronas tersebut.
Setelah bergolok gadai dan meminjam wang dari rakannya untuk membantu perniagaan kekasihnya. Mangsa, kemudian memasukkan wang lebih RM1 juta secara berperingkat ke akaun kekekasihnya. Namun akhirnya teman facebooknya terus lesap dan gagal dihubungi menerusi telefon. Manakala profile facebooknya di padamkan.
Dalam satu kes yang berasingan, seorang janda berusia 31 tahun diperdaya warga Nigeria dan kerugian RM30 ribu. Mangsa mula mengenali warga Nigeria, George semasa menunggu tren LRT. Mangsa yang tertarik dengan perwatakkan George yang warak mula menjalinkan hubungan cinta dan kerap keluar bersama. Apatah lagi George sering belanja mangsa makan dan memberikan hadiah barangan kemas eksklusif.
Seterusnya George mengajak mangsa melabur dalam perniagaan barang kemas eksklusifnya dan manjanjikan pulangan lumayan. Pada mulanya mangsa melabur RM10 ribu untuk membeli barang kemas tersebut untuk dijual. “Saya yang nampak keuntungan seperti yang dijanjikan oleh George seterusnya melabur lagi RM30 ribu” Kata mangsa. Namun selepas wang RM30 ribu dibayar, warga nigeria itu terus lesap dan gagal dihubungi. Manakala kondominium yang diduduki telah dikosongkan.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, sebanyak 1,201 kes jenayah seperti ini dilaporkan pada tahun lalu. Kebanyakkan mangsa dikatakan dikalangan wanita.
Apa yang hairul.com lihat, mereka mempergunakan perasaan kasih sayang dan emosi dalam menjerat mangsa. Mereka bijak membina kepercayaan mangsa secara perlahan-lahan, mempergunakan keinginan mangsa untuk berumahtangga dan memiliki teman hidup. Seterusnya memperdayakan mangsa dengan pelbagai tipu helah. Biasanya mereka mempergunakan alasan perniagaan untuk menipu wang mangsa dengan mudah.
Oleh itu Hairul.com menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan kata-kata atau janji manis yang melibatkan wang ringgit. Lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dikenali. Orang yang kita kenal bertahun-tahun boleh menipu kita, inikan pula yang kita kenal beberapa bulan sahaja.
mekar says
Biasanya perempuan yg kesunyian mudah benar percaya dengan iklan2 di email dan facebook yg bersepah spt yg terjadi pd mangsa ini.
pss: Hairul, macamana nak ke mukasurat berikutnya pada blog ini. Saya tak jumpa “older posts”. sory komen kt sini sbb xtau nak tanya mana !
Hairul Hissam says
Mmg benar cik mekar…
agar2 artikel ini memberi pengajaran kpd wanita berkejaya yg keseorgan agar lebih berhati2.
tak mengapa cik mekar :D..
Sebenarnya nak show post ulasan berita je kat sini…
post yg lain show kat side bar je…
cuma raser macam ulasan berita kurang menarik je…
mekar says
OHH.. begitu ke. kalu nak baca post yg lepas klik kt sidebar jer. orait
Hairul Hissam says
benar tu.. tq ya 😀
ohcikgu says
hoho..hebak mu george..hebakkk, hebakkk
Lili says
Aslmkm wbt.ye,di zaman moden bentuk penipuan semakin canggih.lebih2 lg dlm laman web social facebook.saya sendiri mengalaminye.br 3hari lps.nasib baik saya cpt sdr blm sempat masukkan duit yg mereka minta bank in kat akaun seseorg.Hati-hatilah dengan org ini,Carlos Davidson.dia ini penipu besar n sangat pandai memperdayakan wanita2 yg kesunyian utk di tipu wangnye
Hairul Hissam says
wsalam… mmg banyak kes penipuan melalui internet sekarang. Yg penting kita jgn mudah percayakan org. Lebih2 lagi melibatkan wang. Nasib baiklah cik lily sedar 😀
efa says
Saya pn ada pengalaman cmnie tapi bila dh tau c dia minta duit saya pn tk layan ler..sbnrnya saya nk tau gak cmne org kita bole trpedaya dgn mereka2 nie…tapi mereka nie Mmg pandai main kata2…. Cm Btul je apa yg mereka ckp…klu ikutkn perasaan ….Mmg trkena lah…tapi klu kuat iman Insyaallah tk jadi gk tu…malahan mereka yg trkena balik…so wanita2 kt luar sana hti2 ok…don’t trust anyone so easy….
Hairul Hissam says
saya ada tulis satu artikel menarik tentang penipuan diinternet… dalam artikel tu lagi licik diaorg menipu ramai duit mangsa 😀
efa says
Btul tu en.hairul,mereka nie tk tau malu sebnarnya…snggup buat pe je demi duit,dlm kes saya nie dia snggup msk Islam siap convert kt online lg…sent kt saya chat convert sesion…konon2 nk kawin dgn saya….siap antar borang kawin dr UK lg…lucu…hehehe…kenal baru Seminggu….konon2 org kaya bisnes juta2 tapi bila dtg Malaysia tk dh duit….hehehe…kelakarkn….
Hairul Hissam says
Skrg nie cik efa, org sanggup cakap apa sahaja utk duit. Tapi yg lebih bahaya ada yg pura2 convert utk menipu umat islam utk murtad. Zaman skrg nie mmg kena lebih berhati2 😀
efa says
A aakn mereka nie Mmg Pandai….kena Hti2 wanita2 yg kt luar sana…jgn kena tipu truk dgn mat saleh nie….nasib saya tk kena en.hairul..Alhamdulilah Allah sentiasa brsama2 kita…bila kita sentiasa ingat kt dia….syukur Sgt2….
Hairul Hissam says
Betu tu cik efa, kena banyak menggingati Allah dan selalu berdoa pada Allah s.w.t. agar dijauhkan dari penipuan sebegini.. 😀
abe says
semua perempuan yg kena tipu tu perasan lebih bila dapat bf western, org putehkan, kerja offshore, contractor pulak mesti duit banyak nih, si perempuan tu pulak rasa bangga bila dapat cakap mat salleh hari2 dgn bf nya, pd hal bahasa inggeris dia tu pun lintang pukang padan le dgn bfnya itu pun , rupa2nya negro, ha,ha. memang betul pun ada bf westernnya tu sanggup tukar agama, siap telephone dgn anak2 perempuan yg lonely tu, tunjuk kaseh sayang, dgn maknya, kakaknya pun sama jugak, lagilah hatinya kembang kincup dgn yg bawah tu pun sekali kembang kincup dapat bersuamikan western man. western man t pulak janji nak datang kerumah nak meminang. sebelum tu bf nya dah minta pinjamkan wang untuk urusan bisness contractnya yg sangkut, janji nak bayar double. bila dah dapat duit, wassalam lah, bangang sungguh, x kenal muka x pernah jumpa boleh bagi pinjam duit banyak2. kawan2 semua dah tahu dia nak kahwin dgn western man, tak ker malu tu, bf tu langsung x pernah kerumah sebagaimana dijanjikan.
Hairul Hissam says
Mungkin dari kecil asyik tgk citer mat saleh. Tu yg teringin sangat kawen org sana kot. heee …
abe says
memang betul pun, jiran saya ni seorang ibu tunggal yg lonely rasanya, dia memang suka tengok cerita org puteh kat tv, tu yg bersesemangat tu bila mat salleh contct dia dlm fbnya. sampai berduet setiap mlm dlm telefone dgn bf westernnya tu lagu adelle some one like you dan fire in the rain, hinggakan dlm kereta nya pun selalu dipasang dgn cd dgn lagu2 tersebut, hinggakan anak2nya yg masih kecil pun hafal dgn lagu2 tersebut, bila anak2nya menyanyi lagu tersebut dia senyum shj.
Hairul Hissam says
Kalau mereka berfikir secara logik, punya la ramai wanita kat sana, kenapalah yg jauh di malaysia dicarinya.hu.hu.hu…
bila anak2 membesar dgn budaya barat melalui kaca tv, ia memberi kesan kpd pemikirannya dan boleh mejejaskan agamanya :D.
abe says
saya setuju sangat degankomen yg saudara hairul kata tu
Hairul Hissam says
terima kasih 😀