Teringat masa saya sekolah dulu. Pagi-pagi, sibuk betul menyalin kerja sekolah kawan. Tak sempat salin, kenalah denda dengan cikgu. Berdiri luar kelas, berdiri bawah matahari dan bermacam-macam lagi. Tapi tak pernah serik-serik2. Balik sekolah je, terus hilang merayau dengan kawan-kawan.
Nasib baiklah saya berubah di Tingkatan 4. Dari seorang pemalas belajar kepada seorang yang terover rajin belajar. Memang rajin giler laa. So di dalam artikel ini saya ingin berkongsi pengalaman dan cara terbaik untuk mendidiik diri kita atau anak kita untuk rajin belajar. Seterusnya berjaya score spm.
7 Tips Cara Mendidik Diri & Anak Rajin Belajar Score SPM
1. Cari Keinginan Yg Kuat Utk Berjaya
Inilah jasa arwah ayah saya. Arwah ayah main campak jee keputusan PMR tingkatan tiga saya yang kurang baik. Lepas tu, tak henti-henti pulak kena kutuk dengan saudara mara dan jiran tetanga. Mungkin inilah yang menimbulkan keinginan kuat dalam diri saya untuk berjaya dan score SPM seperti abang dan kakak saya.
So adik-adik perlu mencari sebab dan keinginan yang kuat untuk berjaya dalam SPM. Jika adik-adik rasa malas belajar, itu tandanya tiada keinginan kuat untuk berjaya score SPM. Ibu bapa pun boleh membantu anak mereka mencari keinginan kuat untuk berjaya score spm.
2. Buku Rujukan dan Buku Latihan kena terbaik
Usaha kuat sahaja tidak mencukupi, selagi buku rujukan dan latihan tidak bagus. Itulah yang berlaku pada awal pembelajaran saya. Keputusan exam masih kurang baik walaupun telah belajar bertungkus lumus. Nasib baik saya sedar buku rujukan yang saya gunakan memang hampeh. Nak harapkan buku teks lagi lah hampeh.
So perlu dapatkan nasihat dari kawan dan guru tentang buku rujukan yang terbaik. Yelah di kedai buku terdapat bermacam-macam buku rujukan dan tidak semuanya bagus. Saya juga belajar dengan Adabi gaya pos dan saya akui memang bagus. Namun memerlukan kerajinan diri yang kuat. Mudah sekarang ada websitenya di www.maktabadabi.com.my/
3. Mendampingi Pelajar yg Pandai.
Nak berjaya dengan cepat, anda kena mendidik diri mendampingi pelajar yang berjaya. Tapi bukanlah berkepit 24 jam dengan mereka. Sekali sekala kita kena bertanya pada mereka tentang soalan sukar. Tanya buku rujukan yang mereka gunakan. Tanya cara mereka belajar. Tanya petua itu dan ini. Kira macam korek rahsia laaa. Tapi pertanyaan biarlah specific dan janganlah terlalu umum.
Masa tingkatan 4, saya kerap bertanya dengan pelajar no 1 dalam kelas. Terutamanya latihan matematik yang sukar. Tapi sebelum bertanya, kenalah usaha betul-betul dulu. Kalau tak, mereka pun malas nak layan nanti. Tapi mulai tingkatan 5, saya pulak yang kena menjawab pertanyaan kawan-kawan lain. Kira mencurahkan bakti la pulak.
4. Buat Banyak Nota dan Soalan Latihan.
Pada saya, membuat nota adalah tool yang sangat efekftif dalam belajar. Jika anda belajar tanpa buat nota, anda sebenarnya tidak belajar. Memang benar. Apabila kita membuat nota, kita akan memberi tumpuan dan mencari isi-isi penting. Dan apabila kita menulis nota, ia seperti kita menulis pada ingatan kita. So kena mendidik diri rajin buat nota.
Dan nota perlu ditulis semula lagi. Daripada nota pertama, kita susun dan rumuskan kepada nota kedua yang lebih tersusun. Ia seperti ulangkaji dengan cara yang berkesan. Walaupun ia memakan masa namun ia sebenarnya mempercepatkan masa ulangkaji di saat peperiksaan nanti. So apabila nak exam, baca sepintas lalu pun dah boleh faham. Tak caya, try lee buat.
Biasanya saya buat nota dengan tulisan yang berwarna warni (saya tak suka guna highlight warna tapi lebih suka guna pen pelbagai warna). Barulah semangat nak baca. Dan kadang-kadang saya buat nota semula sampai tiga kali. Saya ringkaskan lagi dan lagi nota tu. Dulu punya leee malas nak buka buku, tapi kini terover rajin lee pulak sebab nak berjaya score spm.
Soalan latihan sangat penting dan perlu kerap dibuat. Ini mempersiapkan diri kita menjawab peperiksaan pada masa yang ditetapkan. Teringat saya pada cikgu Prinsip Akaun yang menjadikan kertas SPM 10 tahun kebelakang sebagai ulangkaji. Hasilnya separuh dari kelas saya dapat A1 utk subjek prinsip akaun.
5. Jadual Belajar Mingguan
Jika tiada jadual belajar, pembelajaran anda akan menjadi tak tentu arah. Sekejap nak belajar math. Sekejap nak belajar sains. Bila belajar sains, teringat math pula. So jadual belajar sangat penting. Mudah jee cara buat jadual belajar. Kenal pasti dulu waktu free kita dan seterusnya bahagi-bahagikan masa belajar untuk setiap subjek. Masa free nie tak termasuk masa beriadah dan sebagainya.
Elok terus buat jadual dalam seminggu. Beri masa yang lebih untuk mata pelajaran yang lemah. Dan belajar jangan terus menerus. Setiap 30 minit belajar, elok rehat 5 minit. BIasanya dalam 5 minit tu, saya akan berdiri dan mengerak-gerakkan tangan sahaja atau kadang-kala berjalan-jalan di kawasan rumah. Jadual belajar juga kenalah flexible atau boleh diubah mengikut keadaan.
6. Denda Pada Diri Sendiri.
Pernah sewaktu membawa buku ke bilik study, saya terpandang cerita menarik di kaca tv. Saya terus duduk depan tv berjam-jam sambil memegang buku. Mulai saat tu, saya mula membuat denda pada diri sendiri. Terpandang jee tv dalam waktu jadual belajar, saya denda diri saya. So bila lalu di ruang tamu, tak boleh terpandang sikit pun tv sebab nanti kena denda :P. Hanya pada waktu jadual belajar sahaja.
Denda ialah sesuatu yang kita tidak suka lakukan. So anda perlu tentukan sendiri denda yg sesuai dengan diri anda. Denda yang biasa saya buat ialah bayar duit pada masjid. Boleh juga minta tolong adik atau akak denda kita. Contohnya “Adik, tolong rotan tangan abang dua kali sebab abang terpandang tv dua kali semasa waktu belajar”.
7. Kerap Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Untuk yang beragama islam, kita berpegang kepada prinsip usaha, doa, tawakal dan redha. Seeloknya selepas bersolat, banyakkan berdoa agar Allah s.w.t. membantu kita untuk berjaya score SPM. Kita kenalah bersungguh-sungguh dalam berusaha dan berdoa sebaik yang mungkin. Seterusnya terserahlah kepadaNya kerana Allah s.w.t. maha mengetahui dan maha adil. Ini membuatkan hati kita lebih tenang, terus berusaha dan tidak berputus asa.
Saat Paling Seronok Dapat Result & Hadiah
Seronok betul la masa mengambil result SPM. Ramai betul cikgu-cikgu bersalam mengucapkan tahniah. Adik-adik persatuan silat pun datang berkerumun mengucapkan tahniah (kebetulan berdekatan dengan kelas mereka). Pada hari berikutnya, dapat pula hadiah antara pelajar cemerlang SPM di sekolah dan juga di kawasan perumahan saya. Memang syioookkk la beb. Tapi betul la orang kata. Bila kita dapat sesuatu, kita akan kehilangan sesuatu.
Jika anda telah berusaha, namun tidak berjaya score SPM, janganlah bersedih dan berputus asa. Masih banyak lagi jalan lain untuk berjaya. Yang penting kita terus berusaha mencari jalan untuk berjaya dengan cara yang sesuai dengan diri kita. Semoga artikel ini membantu adik-adik untuk rajin belajar dan berjaya score dalam spm.
Hero Borneo says
daripada entri ini..saya jangka bro adalah pelajar cemerlang SPM…tahniah dan semoga cara-cara ini memberi manfaat kepada adik-adik kita bakal menduduki SPM.
Hairul Hissam says
Semoga cara ini dapat membantu adik dan anak untuk rajin belajar dan berjaya score spm.
Hero Borneo says
insya Allah itu yang terbaik!
Hairul Hissam says
semoga begitulah 😀
Hafizul says
Terima kasih kongsikan..memang terbaik sungguh..saya masa sekolah dulu..memang fail habis..bab salin nota merupakan bab yang cukup malas sekali..tapi bila dah besar ni, kalau diberi peluang untuk rasai nikmat persekolahan, saya akan buat yang terbaik..
Hairul Hissam says
Kadang kala saya pun terfikir spt bro hafizul, jika diberi peluang utk kembali ke zaman kanak2, tentu byk benda boleh saya ubah.. 😀
puteri kasih says
Part denda diri sendiri tu, puteri memang amalkan dari zaman sekolah sampai hari ini. Memang satu cara yang baik untuk melatih diri. Tapi puteri juga selitkan reward untuk diri sendiri. Kiranya kalau tak buat kena denda, sebaliknya kalau berjaya buat sesuatu yang lebih baik dapat reward. 😀
Hairul Hissam says
Oh baguslah cara reward puteri tu. Bolehlah saya dan pembaca blog amalkan. bila ada reward tentu lebih bersemangat mencapainya 😀
psst: Denda apa yg biasa puteri buat yeee???
puteri kasih says
sesekali kena manjakan diri juga dengan memberi reward kan…hehe
denda eh? terpulang juga kepada punca puteri denda diri tu. 🙂
Hairul Hissam says
Denda makan pizza hut.. best gak.. heee
akubiomed says
Semangat dan kemahuan perlu ada. Kalau bagi semua tetapi tidak ada kemahuan tidak akan kemana. Perlu bina kekuatan dari dalam untuk maju ke hadapan.
Hairul Hissam says
Seperti peribahasa melayu ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’ dan ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan’.. 😀
titan says
masa spm dulu pun..gua join itu maktab adabi. haha..
awal gila masuk maktab.
Hairul Hissam says
Maktab Adabi Gaya Pos mmg terbaik kan bro.
psst: awal giler tapi maktabnya dlm rumah sendiri. heee
myrujukan says
saya setuju bab dampingi pelajar yang pandai, saya sendiri masuk kelas pertama dan budak pandai dan memang saya sendiri rasa diri tercabar apabila kita jadi lemah dan berasa malu, last last kita akan ada semangat nak jadi pandai dan lebih pandai dari mereka
Hairul Hissam says
Betul tu bro juan. bila kita mendampingi budak pandai.. kita pun lebih bersemangat utk berjaya dan score spm 😀
ema says
selalu pesan kat anak..kena berlawan dengan orang atas pada kakak..jangan tengok orang di bawah kakak…kenapa dia boleh dapat kakak tinggi? Alhamdulillah, pencapaiannya sekarang semakin baik…biarpun baru tahun 2.
Hairul Hissam says
Betul tu, kalau asyik bandingkan dengan pelajar lemah, bertambah lemahlah kita… semoga pencapaian anak kak ema terus cemerlang 😀
Nur Azmanie says
Hm..tahniah.. Kata guru sy, “kalau nak berjaya kena ikut nasehat org yg brjaya..”…
Hairul Hissam says
Mmg benar kata guru cik azmanie 😀
azimah mohd zainuddin says
Usaha seiring doa dan tawakal In Shaa Allah akan berjaya
Hairul Hissam says
Mmg benang tu.. usaha doa tawakal dan redha akan ketentuan Ilahi..
ceritamama says
Terima kasih Hairul untuk tips nie. Dah lama saya fikirkan macamane nak motivate anak supaya rajin belajar.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga anak rajin belajar yeee 😀
Farahin Johari says
Assalamualaikum, abg Hairul saya nak tanya yg ttg website adabi tu kan? Dia jual buku utk SPM. Kalau buku jejak tu mcm mana ea? Buku2 latigan dia bagus ke? Kalau bagus dan ada byk soalan uji minda saya nak beli.
Hairul Hissam says
Saya ada bagi link laman web mereka.. elok tanya terus pada mereka melalui ruangan support mereka…
balqis says
lepas saya baca je entry ni saya lebih semangat utk bljr hahaha :’D yup cerita saya pun lebih kurang mcm awak :’D PMR saya terok gila.. itu pun saya masih gembira sebab sekurang2nya saya dapat 1a WALAUPUN SAYA banyak MAIN2 dalam kelas and tk study langsung time pmr.. tp smnjk form4 saya dh mula berubah sikit demi sikit..dn alhmdllh mcm tk sgka dlu saya yg pemalas ni skrg jd murid target untuk spm 2015 kt skolah saya hmm saya harap saya boleh buat doakan saya yaaa :’D
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, baguslah balqis sempat berubah. Yg penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal serta redha akan apa jua ketentuan Illahi nanti.. Semoga berjaya..
siti says
Salam. Tahun ni sy SPM. Ambik kelas sains. Tpi masih sempat ke wlupn sy start agak trlmbt sikit?
Hairul Hissam says
Wslm. Tiada istilah terlambat sebenarnya. Samada awal atau lambat, kita kena terus berusaha yg sebaik mungkin. Kerana usaha kita pasti membantu memperbaiki keputusan peperiksaan kita nanti. semoga berjaya..
Soey a/p Ewin says
Saya nak pandai semua matapelajaran tapi saya mudah terlupa
Hairul Hissam says
Kena belajar fokus tu…
apiez says
Slm camne nak buat nota dn rmuskan pd nta1 dan 3 4 boleh jlaskan
Hairul Hissam says
wslm, kena buat ikut kreativiti sendiri, baru boleh berjaya.. semoga berjaya..
Habib says
Slm buku maktab abadi ada untuk calon pt3
Hairul Hissam says
wslm, saya pun tak pasti, elok check dengan pihak maktab adabi. tqvm..
aimanggk says
slm buku maktab abadi untuk pt3 ada bku rujukan and latihan thanks
Hairul Hissam says
saya pun tak pasti.. elok check kat laman web adabi yang diberikan dalam artikel tersebut.. tqvm.
apiez says
Salam boleh tolong senaraikan jadual awak blajar sya tk tahu nk buat…trima ksih krna menolong.
Hairul Hissam says
wslm, lebih kurang sama sahaja spt jadual kelas kat sekolah tu..
Nureen syazwani says
Buku maktab adabi tu bagus ke ? Abng hairul guna buku tu dalam SPM bnyak keluar soalan yng hampir sama tak ? Doakan saya berjaya SPM tahun ni ?
Hairul Hissam says
mmg bagus utk score spm dari pengalaman saya… semoga berjaya…
Maya Medina says
Thanks untk tips nihh .nk cuba amalkan .sbb diri nih dh trlalu malas sgt nk pgg buku .nk study lagi lah .
Hairul Hissam says
kena fikirkan apa yg merangsangkan semangat nak belajar pada diri..
mat din says
dulu masa belajar tak nak belajar.. bila dah kerja baru fikir zaman belajar.. best betul zaman belajar rupanya. hehe..
Hairul Hissam says
nanti kalau belajar balik. mesti fikir nak kerja semula….
matdin says
tapi masa belajar la best.. enjoy je memanjang.. hehe..
Hairul Hissam says
bosan juga sbb tak de duit nak lebih2 enjoy. heeee
matdin says
tapi kalau enjoy main game je xdela guna duit.. download guna wifi free je.. hehehe…
Hairul Hissam says
itu tak enjoy name nyee. heeee
matdin says
macam mana nak buat komen masuk kat email kalau ada org reply macam ni ya? hehe… saya punya ruang komen jadi ke macam ni? hehee..
Hairul Hissam says
bro punya blogpsot… utk blogspot, saya tak pasti pula…
matdin says
oo.. kena google lagi ni.. hehe..
Harris daniel says
salam bro, nasihat yg sangat berguna utk semua amalkan.Plg best yg jadual belajar Dan denda diri sendiri.Keep it up bro
Hairul Hissam says
wsalam.. semoga artikel nie bermanfaat..