Beberapa bulan lepas, saya ada terima call dari seorang pelangan. Pertanyaannya agak memeranjatkan. “Salam Hairul, Boleh tak saya jual produk Hairul dengan nama saya?”. Tercengang juga saya dibuatnya. Seumur hidup, first time saya menerima soalan macam tu. Dengan pantas saya jawab “Sudah semestinya tidak boleh encik dan dilarang keras sama sekali”
Bila saya fikir semula. ohhhhh. Nie mesti berkaitan dengan PLR, MRR dan RR. Saya yakin ramai yang tidak tahu tentang lesen penjualan semula ini. PLR, MRR dan RR ialah lesen yang memberi hak penjualan semula kepada pembeli. Ini bermakna pembeli boleh menjual semula produk penjual dan mengaut keuntungan 100%. Paham tak? Macam nieee. Kalau affiliate atau agen promosi, anda akan mempromosikan produk org lain dan dibayar komisen. Tetapi dgn lesen RR, anda boleh menjual sendiri produk orang tu dan dapat semua hasil jualan ke akaun bank anda.
Apa beza antara PLR, MRR dan RR?. Dengan Resell Right (RR) hanya pembeli lesen sahaja boleh menjual semula produk tersebut. Manakala Master Resell Right (MRR) pula membolehkan pembeli menjual lesen Resell Right kepada pembeli mereka. Dan Private Resell Right (PLR) membolehkan pembeli mengubah kandungan produk dan meletakkan namanya sebagai pencipta produk. Banyak lagi nama yang pelik berkaitan PLR, MRR dan RR ini. Namun konsepnya sama sahaja iaitu memboleh pembeli menjual semula produk tersebut.
PLR, MRR dan RR nie cukup popular di luar negara kerana persaingan yang terlampau sengit dalam menghasilan produk online. Bila ramai sangat buat produk yang sama, maka lesen ini diberikan. Antara tujuannya untuk mengurangkan penciptaan produk yang sama oleh orang lain. Dan juga untuk menyebarkan produk tersebut dengan lebih meluas supaya pencipta asal produk tersebut lebih dikenali.
Untuk produk saya (Hairul Hissam), memang tiada PLR, MRR dan RR. Saya dah tulis dengan jelas di dalam video ebook saya. “Hanya Hairul Hissam sahaja yang boleh menjual produk ini sampai bila-bila tawwww ” Cuma ada dua akaun bank syarikat penerima bayaran ialtu syarikat saya sendiri Star Creative Center dan satu lagi syarikat pusat agen iaitu Incomattic Sdn Bhd. Semoga anda paham tentang lesen PLR, MRR dan RR ini.
akubiomed says
Oh terlampau teknikal. Ilmu Affiliates pun tidak khatam lagi. 🙂
Hairul Hissam says
Oh mungkin penerangan saya terlalu ringkas kott
pening juga kepala saya nak terangkan dgn detail 😀
kalau affiliate, bro promosikan produk org lain dan dapat komisen..
tapi dgn lesen RR, bro jual sendiri produk orang tu dan dapat semua hasil jualan ke akaun bank bro.
onlajer says
yang tanya ini mesti hebat buat sale
Hairul Hissam says
Yg tanya saya tu, langsung tak tahu pasal plr, mrr dan rr..
dia tanya, sebab dia nampak ada org lain jual produk org lain…
tu yg mungkin dia salah paham ingat boleh jual semua produk org lain.
bahaya gak tu kalau org tak paham pasal lesen nie, jual produk orang lain sesuka hati.. bahaya tu.. hu.hu.huy..
puteri kasih says
ohh..ingatkan apa pula PLR, MRR dan RR..rupanya berkaitan dengan affiliate yer
Hairul Hissam says
Sebenarnya ia tiada kaitan dgn affiliate..
saya beri perbandingan dgn affiliate utk mudah paham..
tapi nampaknya bertambah confiuse pulak yaa…
mcm nie. contohnya. kita beli produk Abg A dgn lesen Resell Right.
so kita boleh buat satu website jual produk abg A dan pembayaran terus ke akaun bank kita.
so duit jualan produk Abang A melalui laman web kita akan kita dapat sepenuhnya.
sebab kita dah beli lesen Resell Right yg mahal dari Abang A..
Rasanya paham tak. puteri.
nanti saya perbetulkan lagi artikel nie bagi org senang paham 😀 ..
,.