Banyak betul komen saya terima tentang penipuan internet ini. Kesian saya tengok mereka yang kena tipu. Kebanyakkan ditipu dari penghantaran barang bernilai ribuan ringgit dari luar negara. Mereka berpura-pura menghantar hadiah bernilai ribuan ringgit dari luar negara. Kemudian mengupah rakyat malaysia berlakon menjadi pegawai kastam dan meminta membayar duti kastam ribuan ringgit.
Kalau bayar sekalipun, mereka akan minta lagi bayaran tambahan dengan pelbagai jenis caj dan alasan. Dan selepas itu, mereka akan hilang begitu sahaja. Ada juga yang siap kena ugut untuk bayar. Mereka akan sanggup kata apa sahaja untuk menipu wang anda. Kepada yang telah tertipu, elok sangat buat laporan polis dan laporan akhbar. Jangan diamkan sahaja. Sukalah penipu itu, kalau anda diamkan sahaja.
So macam mana nak elakkan kena tipu seperti ini?. Kebanyakkan kes penipuan ini bermula dari mat saleh yang ingin berkenalan melalui facebook atau email. Ya kebanyakkan berpunca dari sini. So sangat elok jangan dilayan mat saleh atau minah saleh yang cuba menghubungi anda melalui fb atau email. Dah ramai kena tipu, so lebih selamat ignore mereka. Jangan mengambil risiko yang akan menyusahkan hidup anda nanti. Sebab ada yang sampai kena ugut dan bermacam lagi.
Jom kita baca kisah mereka
.
.
.
.
.
Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua. Sebenarnya banyak lagi kes yang dikongsi oleh pembaca blog ini yang kena tipu. Jika anda ingin membacanya, ada di dalam komen pembaca di artikel sebelum ini di Penipuan Internet Kisah benar (klik disini). Elok sangat anda share artikel ini melalui button yg disediakan dibawah agar rakan-rakan anda lebih berhati-hati.
titan says
mscam-macam berlaku ek sekarang kat internet ni.
Hairul Hissam says
semua cari makan tak kira betul atau salah.. so kena extra berhati-hati di alam cyber nie…
akubiomed says
Memang licik penyagak siber ini memperdayakan mangsa.
Hairul Hissam says
Lagi kena kat mereka yg baru mengenali alam cyber nie.. mudahlah tertipu..
suri says
salam..
bahaya..baik jgn beranikan diri utk add md salah luar negara depa mula2 jer eprhtikan kita lama2 kita terkena. klu nk kwn dg org melayu pun hati2 sb kita tak pernh jumpa dan kenal mereka..klu aidk brdik blh tipu kita sndri apa lgi org lain lgi berni tipu kita bulat2 hee..
Hairul Hissam says
wsalam.. betul tu cik suri.. sedangkan saudara mara pun boleh menipu.. inikan pula member yg tak pernah jumpa dlm facebook nie… jgnlah kita mudah percaya ngan org nie 😀 .
suri says
baru kt fb belum kat email heee.. kwn saya jana blog ribu ruban pun pernh kena tipu inikan org biasa lagi teruk.pasni kena hati2 utk sy dan sahabt di luar sana jgn percayan org sgt..
terima kasih untuk perkongsian ini
Hairul Hissam says
Kalau dalam diri kita ada keinginan nak kaya dgn mudah.. mmg mudah kena… semoga kita lebih berhati2 spt kata cik suri..
onlajer says
yeah mohon dijauhkan daripada kena tipu
Hairul Hissam says
amin…
Hafizul says
Emm kadang-kadang perkara mcm ni memberi kesan negatif pada mereka yang menjual produk di internet..memang kena promosi kaw-kaw lah untuk menempiskan tahap kepercayaan mereka semua yang sudah kena tipu ni..emmm
Hairul Hissam says
setuju dgn bro.. perkara mcm nielah yg buat pembeli fobia. Yg malangnya peniaga yg jujur macam saya nie dan yg lain akan menjadi mangsa..
hafizul says
Emm macam tu lah tempiasnya bro..kita penjual yang jujur ni selalu gak bernasib malang..emmm adat berniaga kan..
Hairul Hissam says
betul tu bro.. dah pembeli fobia dan takut membeli di internet walaupun ramai peniaga online yg jujur sebenarnya :D..
Joe says
Memang banyak jenis penipuan macam nie. Kalau takpun, mesti diorang menyamar jadi wakli coca cola , PBB….
Hairul Hissam says
Mcm2 cara mereka cuba menipu.. Semoga org kita sedar dan tidak tertipu lagi.. 😀
Joe says
Yup, kalau nak buat sesuatu mintakla nasihat dari pihak lain.
Hairul Hissam says
Betul tu joe, jgn buat tindakan melulu. berbincang dulu dgn ahli keluarga.. insyaAllah selamat..
TehR says
selamanya perlu berhati-hati
jangan bagi duit kepada orang yang kita tak kenal
Hairul Hissam says
Bukan senang nak kumpul duit kan bro.. semoga kita selalu berhati2 spt kata bro tehr.. 😀
TehR says
orang tua2 kata
jangan mudah kelabu mata dengan duit
hehe
Hairul Hissam says
Betul tu bro tehr..
tapi Biar kelabu mata dengan ilmu.. insyaAllah selamat hidup…
takai says
Kalo minah salleh tu Jessica alba or Megan Fox,,hairul layan facebook dia? huhuhu…apa pun nasib baik belum kena tipu lagi..
Hairul Hissam says
Saya kurang layan sgt la bro dgn minah salleh atau minah malaysia samada artis atau bukan artis.
saya suka layan bisnes online saya. lagi best tgk duit masuk. he.he.he
puteri kasih says
kena sentiasa berhati-hati. Jangan terpedaya dengan kata manis mahupun hadiah mahal atau tawaran yang lumayan. walaupun kes-kes penipuan seringkali keluar berita, tetapi masih ramai yang terus biarkan diri mereka diperdaya dengan begitu mudah.
Hairul Hissam says
mungkin juga sebab adanya fb dan dunia maya nie.. org dah kurang membaca akhbar dan berita. Hari2 ngadap FB Tu yg mudah pecaya dan terpedaya…. 😀
Izzuddin Fauzi says
Bukan diorang je… Kome pun kene -_-
Hairul Hissam says
Laaa. ye ke bro pun sama kena… Lepas nie kenalah lebih berhati2… cara mereka mmg licik dan bermacam cara.. 😀
afif says
setakat belum perna kene lagi..tapi memang kene berhati2 bila membeli dinternet..
Hairul Hissam says
Betul tu.. kena extra berhati2 diinternet nie… 😀
hafizmd says
fuuuh! mmg licik betullah..ayat2 mamat salleh ni mmg silap gayanya mmg dapat perdaya sapa2 yg tak fikir panjang…
moga dijauhkan benda2 camni
Hairul Hissam says
Diaorg nie mmg dah pro dlm menipu dan memperdayakan wang mangsa.. 😀
Khairul Zamri says
tak kisah laki ke perempuan yang berurusan dengan kita jgn terpedaya dengan mudah
Hairul Hissam says
Lebih2 lagi zaman skrg nie penuh dgn penipuan 😀
fyna says
memang banyak sangat kes-kes macam nih. ingatan untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada. senang cerita, jangan percaya benda tersebut.
Hairul Hissam says
Betul tu.. jgn mudah percaya tentu hidup lebih selamat.. 😀
kakiblog says
ada dua sebab orang menipu ini…memang perangai diaorang dan hidup terdesak
Hairul Hissam says
dan kini menjadi kerjaya mereka pula. Yg pasti bala utk mereka pasti akan tiba nanti 😀
cik tom says
ciktom pun pernah ada experience kena tipu atas dasar kawan atas kawan…ciktom sorg 3K kena tipu…satu pglmn yg mmg betul mengajar ciktom utk berhati2 pd ms akan dtg…semua mangsa bertelingkah nak buat report or tak..bila setuju buat report semua tak balik la dan mcm2..nasihat jgn percaya sgt rakan baik anda..hatta saudara mara pun kalau bab duit ni…kerana duit manusia boleh lupa harga diri dan tali persaudaraan..
cuma ciktom ok skit sbb bujang+duit tue mmg saving…ramai mangsa lain dlm 1 group fb yg sama siap guna duit anak lg..duit simpan utk hantaran kawin, hutang kredit card smpi kena call dr pihak kredit kad…kesian…pada pihak menipu tue seronok kat dunia je…janji Allah balasan tue pasti ada..tak kat dunia..akhirat sana menanti…
byk kali terfikir utk kongsi kisah ciktom di blog..tp bila nak taip je terus rs geram..insyaAllah jika diberi kekuatan ciktom akan kongsikan dlm blog ciktom jgk…
Hairul Hissam says
Memang kesian bila sampai pinjam meminjam dan bergadai. Akhirnya wang tersebut hangus dan hidup dikejar bank atau ceti. Elok sangat cik tom berkongsi kisah tu kat blog ciktom… sekurangnya memberi pengajaran dan kesedaran kepada org lain. agar org lain tidak mengulangi kesilapan tersebut. 😀
cik tom says
insyaAllah..akan usahakan supaya takde jadi masa perempuan tue lagi…
Hairul Hissam says
Bagus tu cik tom.. 😀
khhas says
kwan saya pernah kena tipu , apa yg dapat saya katakan kat yg kena tipu ni kebanyakkannya wanit yg kesepia,n, ibu tunggal yg ada kerjaya semuanya. pandai cakap orang puteh sikit2 lagi senang kena tipu. sikap bangga dapat kahwin dgn org westen, tamak. pada hal saya jugak ada terima emel sebegitu, nak diikutkan dah berjuta duit yg saya terima dari kiriman dia org tu, bila brg kena tahan kastam saya x mahu bayar sebab dia yg janji nak kirim kat saya. semua paryiculars diri saya saya berikan. kalau tuan2 nak tahu prosidur kastam kalau tahan barang kiriman kita kena ambil kat pos mel dan kurier office kalau di k.l.i.a. kalau kita tak claim barang dlm masa setahun kastam akan rampas brg tersebut, x charge kita satu sen pon. bila kita tak mahu terima brg tu tu, suruh dia send back to sender kot ada brg tu.sebenarnya mmg x ada pon. pada saya x pernah pon pengirim tu tanya kenapa x ambil brg itu, senyap sampai sudah. ha,ha,ha dah lebihkurang berpuluh org yg saya buat mcm tu, x ada apa masaalah pun, ini sebab dah syok sangat kat kawan western tu, sampai berangan2 nyanyi lagu someone like you, kemudian ada yg tulis emel kat org tu. katalah namanya george, george my dear, where ar you, y you did not called me today, i,m searching for you n waiting for your call, george dear. tuan2 tengoklah sendiri mcamana angaunya dia org ni bila dapat kawan western tu. ha,ha,ha. yg ni saya sendiri baca dan lihat dlm emel kaw an saya yg kena tipu rm 30,000.00
jadi fikir2kan lah perasaan dia org yg kena tipu ni macamana bangganya dapat bakal suami western man
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas info kastam yg sangat berguna tersebut… Baru saya tahu barang hanya boleh di tuntut di pejabat kastam sahaja.. Bukannya di tuntut melalui telefon atau sebagainya.. Mungkin sebab dari kecil asyik tonton citer matsalesh dan lagu mat saleh… tu yg syiok giler dapat kawan ngan mat saleh.. . tqvm 😀
Dja@Sishaza says
memang dah terlalu kerap dah akhbar dedahkan tentang penipuan ni..tapi ramai org kita terutama kaum Hawa masih tak serik n ambil iktibar dari perkara macam ni. Mudah sangat ditipu
Hairul Hissam says
Mungkin sebab spt kata tun mahathir, melayu mudah lupa. he.he.he. so kena selalu ingatkan mereka… 😀
suri says
risau bila di tipu tpo kita nak beli mesti selidik sebum brni mmbeli..bro pakej dah siap? blh jadi ejen ni..good luck
Hairul Hissam says
tentulah boleh cik suri.. tapi utk agen belum dibuka lagi.. nanti dah buka saya bagitaw cik suri.. tqvm 😀
Syarih says
kena guna akal berfikir lebih dari orang lain…kalau tidak akan tertipu jugalah..
Hairul Hissam says
Kalau guna emosi, mmg teruk… 😀
blackrosehunter says
sekarang ni makin banyak penipuan di internet ni..maklumlah..sekarang rakyat Malaysia ni semakin berduit..jadi mereka ni akan ambil kesempatan..
Hairul Hissam says
Betul tu.. kena sentiasa berhati2 agar tidak ditipu oleh perompak online nie.. 😀
eda says
Saya pn ada cerita nk kongsi.saya ada kenal sorg mt saleh dr england.nk dijdkn cerita dia prnh meminjam duit saya ada la dlm rm10k sbb dia ada masalah nk cashkn cek so saya bg pinjam.lps tu ada mslh lain ttp saya x lyn sbb dh x de duit.. N dia terpaksa stay kt M’sia sbb x de duit nk balik ke sa na sbb x blh cashkn cek dia.setlh beb bulan dia hub saya blk n dia kata dh dpt balik ke england atas pertolgn seseorg.Lps tu dia kata nk pulgkn duit saya n hntr duit dlm hadiah yg dia bg. Saya beritahu dia agr jgn menghntr duit dgn pos laju ttp dia nk hntr juga.slps 3 hari bungkusan dia pn smpi. Then pihak curier tel n kata bhw utk penghntrn brg saya kena byr rm1500.so saya byr la.then x lama kmdn dia tel n kata ada wang dlm gift saya n kena byr tax utk dptkn bungkusan saya itu. Taxnya adalh sbnyk rm4800.
Mula2 saya x nk byr ttp si mamat tu email saya dn mnta tolong settelkn sbb dia ada bg usd50k dlm bungkusan ituen takut apa2 terjd pd dia n saya sbb ada tertera alamat saya n dia pd bungkusan itu.saya pn jd takut n saya tel pihak sykt curier n kata saya akn byr.org yg berurusan dgn saya seorg ppuan india. Dn pd pg td saya dgn perasaan serba salah tlh memasukkn rm4800. Dia gunakn no tel private n yg peliknya dia guna no akaun perseorgn n atas nama org yg berbeza. Saya jd keliru.betul ke ni.ptg tadi dlm jam 3.30 saya call dia n tanya perkmbgn kes saya ni.n dia kata mrk sdg mengira wang dlm bungkusan itu dn sdg menyiapkn borg2. sbb hari ni jumaat so lmbt sdkt. Dn smpi ke ptg dia x tel saya. Saya ni rasa berdebar2. Samada saya akn dikenakn tindakan @ kena tmbh duit lg sbb saya dh x ada duit.dn dlm hati saya ni was2. Ini betul@tidak.saya takut sbnrnya…adakh dlm hal ini saya bersalah.atau waya tlh ditipu lg…tolonglah saya…
Hairul Hissam says
Dah ramai sgt yg kena tipu dgn cara sebegini. Bila mereka guna akaun bank perseorang, ia dah jelas yg cik eda kena tipu. Elok sgt buat laporan polis dan jangan bagi lagi wang kepada mereka. Biasanya, mereka akan terus membuat tipu helah dalam mengikis wang cik eda. Mmg ramai sgt yg kena tipu dgn cara ini. Cik eda tak perlu takut sebaliknya jgn layan mereka lagi dan buat laporan polis… 😀
psst: byk sgt penipuan dari mat saleh nie, so elok sgt jgn lagi terima kwn dgn mat saleh ini.. mereka bukan nak berkawan tapi nak menipu duit kita… semoga lebih berhati2 selepas ini.. 😀
khhas says
dia ada janji nak kahwin dgn ck eda ker, terus terang jer lah, apa nak dimalukan
Hairul Hissam says
Oh banyak dan berlambak lagi kes2 yg dikongsi pembaca di artikel seorang surirumah hampir kena tipu 12k
faizal says
saya tidak mempunyai kepercayaan 100% untuk membeli barangan online
Hairul Hissam says
Sangat merugikan.. byk manfaat pembelian online nie cuma kita kena lebih berhati2 dan mempunyai ilmu…..
samalah pada mula atm kad diperkenalkan.. semua takut dan guna…
dyana says
hi..boleh saya tahu macam mana cara perkenalan mereka melalui internet? maksud saya cara merka memperkenalkan diri mereka.sasaran mereka siapa ya?
Hairul Hissam says
Mcm2 cara. Tapi yg popular melalui mesej fb dan juga email.. Kalau nak selamat, jgn layan mesej2 dari mat saleh atau minah saleh.. 😀