Petua ini kiriman Cik Norhayati (gloryatie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Bila memikirkan makanan yang manis2, ia sinonim dengan penyakit kencing manis. Tapi ramai yang sukakan makanan manis2. jadi bagaimana untuk mencegah dan merawat penyakit kencing manis supaya kegemaran kita tidak terbantut dek kerana penyakit ini. disini saya ingin kongsikan ubat tradisional merawat dan mencegah penyakit kencing manis.
.
Ubat Tradisional Merawat Kencing Manis
1) amalkan meminum air daun pegaga yang direbus. ambil patinya dan minum sekerap yang mungkin. seelok2nya direbus bersama akarnya. selalunya saya buat ulam je.
2) makan buah peria mentah sekerap yang mungkin
3) jadikan jering dan petai sebagai ulam dalam makanan
4) amalkan meminum air pokok bunga matahari. khasiat pokok bunga matahari terbukti lebih2 lagi di negara arab yang terkenal sebagai “zuhrat”. ambil sebatang pokok bunga matahari bersama akarnya, potong kecil2 dan keringkan. kemudian rebus seperti teh. banyak lagi khasiat yang diperolehi dari pokok ini.
Kesemua ubat tradisional di atas terbukti berkesan kerana saya dan keluarga selalu mengamalkannya. kami sekeluarga memang suka makanan manis, maklumlah orang terengganu memang terkenal dengan makanan yang manis2. jadi dengan mengamalkan petua di atas, insyaAllah terhindar dari penyakit kecing manis dan selalulah berjumpa doktor untuk bacaan paras gula jika anda merasakan anda terlalu banyak memakan manisan. selamat mencuba (*,~)
Admin: Terima kasih Cik Norhayati atas kiriman Ubat Tradisional Merawat Kencing Manis ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan hidung tersumbat. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
senang dan mudah je sekarang ni nak periksa kandungan gula dalam darah
yang susahnya nak kawal nafsu makan
hehe
Petua Emak says
kalo makanan depan mata lagi la….
dah sendawa kekenyangan… baru teringat kesihatan 😀
titan says
hoho..tak best woo kalau kena kencing manis nih..
Petua Emak says
Kalo kena.. duit banyak pun tarak guna 😀
suri says
kluga sy ada sejarh tu heee nk makn blh tapi sllu amik dlm kuantiti yg ski jer geeee
Petua Emak says
Yap.. makan dgn sederhana utk kesihatan 😀
sabree hussin says
serius menakutkan kalau kena kencing manis ni .. duyai
Petua Emak says
Hidup mmg sengsara bro sabree… so elok mencegahnya dari sekarang 😀
'Izzah says
berguna sgt2 tips nie…!
Sesetengah 0rg yg sudah berumur,selau menghidapi penyakit ini.ttpi tidak mustahil untuk golongan yg muda juga bleh menghidapi penyakit ini.cara mudah,jangan makan makanan yg manis dgn kerap dan selalulah minum air kosong & byklah berdoa agar sentiasa sihat.
“semua penyakit ade ubatnye,kecuali mati”
Petua Emak says
Benar tu cik izzah.. kurangkan makanan manis… 😀
gloryatie says
memang orang yang suka makan makanan manis, mudah terdedah dengan kencing manis ni, lagi2 yang ada sejarah keluarga ada kencing manis. so untuk elakkannya, cuba makan-makanan yang pahit2 seperti kat atas tu. insyaAllah membantu.
Petua Emak says
benar tu kurangkan manisan.. dan byk makanan ulaman yg pahit2 😀
azrie amriey says
Ni petua yg diberikan oleh emak sy:
1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Hairul Hissam says
terima kasih cik azrie atas petua tu.. mmg bagus diamalkan…
riza says
Emak kak Riza meninggal kerana kencing manis. Jadi kak Riza tak nak keadaan ni terjadi pada kak Riza..dan pada Hairul dan pada pembaca blog ni…’Mencegah lebih baik dari mengubati’. Memang orang Melayu makanan ruji kita nasi. Kak Riza perhati, ada sorang saudara jauh ni, dah lanjut usia, tapi masih sihat. Amalan dia, makan nasi sikit je. Badan dia mantain je, tak gemuk. Penyakit pun tak da. Pendek kata, petua kak Riza, makan nasi sikit masa tengah hari, waktu malam pula jangan makan nasi langsung, kalau tak boleh sangat, makan nasi sebelum maghrib, itu pun sikit je. Nasi kan karbohidrat, gula kompleks, kalau tak digunakan oleh badan gula kompleks ni diproses menjadi gula ringkas. Lama-lama bertimbun dalam darah, menyebabkan penyakit kencing manis (diabetes). Jadi, beringatlah sebelum kena…
Hairul Hissam says
Terima kasih kak riza atas nasihat tu. Saya pun risau juga dgn kencing manis sebab arwah ayah pun ada kencing manis. Lepas nie kenalah kurangkan makan nasi spt nasihat Kak Riza. Patutlah orang melayu ramai kena kencing manis, nasi antara puncanya.. rupanya… terima kasih kak riza 😀
riza says
Same-same. Bersamalah kita amalkan…
Hairul Hissam says
Utk kesihatan di sepanjang hayat… 😀
radhi says
perghh mantap ar tips ni .. terima kasih
Hairul Hissam says
sama-sama..
Noraizah mohd says
Menariknya tips kat sini, boleh inform kat ayah nanti amalkan 🙂 tq for sharing
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat…
Klinax Organik says
Makan ulam menjadi amalan orang tua zaman dulu, mungkin tu sebab mereka susah mendapapt penyakit. Secara amnya, ulam bersifat pahit dan ia bagus untuk menjaga kesihatan pankreas agar organ tersebut dapat hasilkan insulin secukupnya.
Hairul Hissam says
Bagus tips tu.. mmg bagus makan ulam selalu…
Azeni Ahmad says
Betul.
Bila mula ada masalah kencing manis nie, dan tak dicegah lebih awal memang akan bagi kesan kat organ yang lain kan.
Paling ketara kesan kat buah pinggang kerana terpaksa bekerja kuat nak tapis bahan toksin badan yng dibawa oleh darah kan.
Hairul Hissam says
Semoga kita dijauhkan dengan penyakit nie…