.
Petua ini kiriman Cik Rozimariati (Azriey amrie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat adiah
Biasanya, bila umur makin meningkat had penglihatan kita makin terbatas.. Kadang2 anak2 yg masih kecil pun ada masalah penglihatan. Jadi, saya nak kongsi petua menajamkan penglihatan.
.
Petua Cara Menajamkan Penglihatan
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.
6. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.
7. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini
8. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda.
Alhamdulillah, saya masih ada penglihatan yg agak baik walaupun selalu mengadap komputer.. Harap dgn adanya petua ini, sedikit sebanyak dpt membantu menajamkan penglihatan anda. Selamat mencuba
Admin: Terima kasih Cik atas kiriman petua cara menajamkan penglihatan ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua tercekik tulang ikan. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
chii says
makan lobak putih? kalo lobak biasa tu pun ok gak kan…
azrie amriey says
ok gak, tp kesan mkn lobak putih lebih baik… org cina suka mkn lobak putih sbb diorg tau khasiatnya byk…
tehr says
senaman mata ni
ngadap komputer ni, seeloknya 2 jam je
pastu rehat
Choco Nila says
bagus untuk orang yang rabun.. Erk.. buat petua nombor 7 tu rase cam juling mata =.=..Makan lobak tu mmg berkesan sbb dulu ayh saya rabun.. skrg dh x rabon dh .. *diie kate die mkn lobak byk =.=. … Anyway thanks for the info ^^
azrie amriey says
2 kira mcm senaman mata lah… hehehe.. arwah datuk saya, semasa hayatnya, mmpunyai penglihatan yg baik, walaupun dah berumur 90 tahun… 🙂
Choco Nila says
Wah .. untung lah ~~~ Allah bagi rezki tuu~
'Izzah says
wah besnyer,,,Ni nnt nk makan l0bak bebyk la,,,Blehla hilangkan rabun mata,,,h0h0 😀
azrie amriey says
Alhamdulillah, rezeki Allah.. 1 lg, elakkan dri tgk bnda2 maksiat.. Bkn saja dpt menjaga mata, malah, dpt menjaga hati dan iman….
Mohd Rujhan says
wah, banyak betul caranya,boleh lah ikut semua cara ni…
azrie amriey says
byk, tp xsusah kan??:)
Adif Fida says
alhamdulilah…mate masih ok lagik…
azrie amriey says
Alhamdulillah, semoga kekal sihat mcm sekarang…
gloryatie says
kalau yang rabun boleh cuba minum air sawi. rebus secekak sawi hingga mendidih. amalkan minum airnya setiap hari. selain mengurangkan rabun, ia juga baik untuk mata (*,*)
penasihat manusia says
Selain itu, kita sebagai umat islam digalakkan selalu sujud kepada allah…INGAT ada byk kelebihan sujud dan solat kepada manusia.
Hairul Hissam says
Memang betul tu… so lebih lama sujud maka lebih baik….