Saya nak maklumkan bahawa Pakej Rahsia Bun mula diposkan semalam iaitu hari Isnin. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar. Pembeli telah diberitahu lebih awal menerusi sms. “Pakej akan mula diposkan selepas tamat harga promosi kerana saya nak pastikan ianya terbaik sebelum dihantar”. Mulai semalam, semua maklumat tracking penghantaran telah saya emailkan kepada pembeli. (Jika tak terima, boleh sms saya)
Terus terang agak teruk juga menguruskan hampir seratus pakej dalam masa dua hari ini. Mula-mula ingat boleh siap semua dalam sehari je. Memang mustahil satu komputer nak burn semua pembelian DVD tu dalam sehari. Hari pertama iaitu Isnin, hanya sempat siapkan dan poskan 34 pakej sahaja. Itupun dari pagi ke petang non stop tu. Lepas tu, start awal sikit. Dari Malam isnin sehingga ke pagi dan sambung ke petang. Baru siap semuanya. Tidur pun sekejap je. Memang terasa berat je kepala nie. :P. So dalam dua hari nie kalau ada sms atau email saya lambat reply. Mohon maaf ya.
Lawak Betul La Kes Nie. Nasib Baik Customer Sporting.
Kes nie atas kesilapan saya menghantar pakej rahsia bun. Hari nie iaitu hari selasa. Dapat call dari customer. Katanya DVD Pakej Rahsia Bun yang diterimanya kosong. Dengan pantas saya menjawab. “Oh cik kena buka dikomputer. Tak boleh dibuka di dvd player TV” Yelah, sebelum ini ramai juga yang ingat buka di TV DVD player. Customer ulang lagi… Nie betul-betul kosong.. Saya rasa pelik juga. Eh. Terlupa nak burn ke DVD tu.. Dia terangkan sekali lagi..”Ada casing je.. DVD tak de”.. aduhai .. masing-masing tergelak je..
Saya mula terbayangkan. Macam mana la kalau saya beli produk. Punya la excited menunggu nak belajar. Punya la seronok bila posmen datang hantar. Punya la berdebar-debar nak buka pakejnya. Bila keluarkan casingnya. casing je ada. DVD tarak. Nasib baiklah customer tu sporting. Siap gelakkan saya lagi. Saya pun tergelak juga… Sepanjang bertahun-tahun poskan pakej, inilah first time hantar casing tanpa DVDnya.
Baik betul customer tu. Alhamdulillah, semenjak saya buat bisnes online nie. Belum pernah dapat call dari customer yang marah-marah. Semuanya cakap elok-elok je. Orang Malaysia nie memang baik-baik kan. Dan saya bersyukur juga, walaupun pakej rahsia bun dilancarkan secara mengejut tetapi mendapat sambutan yang baik terutamanya dari bekas pembeli. Soalan biasa dari bekas pembeli dari dulu sampai sekarang. “Saya dah beli tiga pakej Hairul sebelum nie, tak de diskaun ke”. Jawapan biasa saya. “Maafkan saya, hanya pembelian bersama je dapat diskaun kerana penjimatan kos penghantaran” Teruk betul la kan… Tapi percayalah ilmu yang anda pelajari lebih dari yang anda bayar. π . Jgn maree… π
jemarioren / ciknor says
boleh pulak antar casing je, hahaha..
Hairul Hissam says
Nasib baik customer tak marah.. lepas nie kena lebih berhati2… π
salina says
Sy pun x sabar2 tunggu pakej bun ni. Menghitung hari dibuatnya..ingatkan hari ni smp tp x nmpk pula kelibat posmen. May be esok le tu..
Hairul Hissam says
InsyaAllah esok sampai la tu. Yang saya heran, customer dari sandakan boleh terima dalam sehari je. Yang terima casing je tu dari sandakan sabah la.. π ..
akubiomed says
Nampak gaya bro perlukan pembantu. Kalau semua kerja buat sendiri tidak terkejar terutama tempahan yang banyak.
Hairul Hissam says
Setakat nie semua saya buat sendiri. Bila dah berlaku macam nie terfikir juga langkah yang perlu diambil. Tima kasih en akubiomed atas advise tu π
Jebeng Otaiβ’ says
yela..kene amik pembantu ni.. π
Hairul Hissam says
Kalo sales turun, teruk gak nak bayar pembantu… so cari isteri lagi baik.. he.he.he
tehr says
semoga terus berjaya, bro
nampak memang meriah tu
Hairul Hissam says
Amin. Tima kasih En. Tehr….. dah nak puasa nie kena meriahkannnya… π
hatiputera says
kira bagus la customer ,,tak banyak karenah dan mungkin dia sudah percaya pada bro…hahaha
Hairul Hissam says
Mmg sonok dpt customer mcm nie.. kita pun syok layan kan π
salina says
Agak ringan sgt kut smp melayang2 n trus smp destinasi x singgah mana2 π
Hairul Hissam says
Mungkin kot. he.he.he.. nie mesti dpt posmen yg jenis pilih yg ringan-ringan je .. π
azman says
dah terlalu sibuk tu hehehe..bermakna masyukk!
Hairul Hissam says
Sonok gak tengok duit masuk.. tapi nak bikin produknya.. mmg letih π
salina says
Thnks en. Hairul. Cd dah dpt. Sehari suntuk sy tggu cd ni. Rupa- rupanya bila semak kat web pos dah sehari cd tu dok kat peti surat rumah sjk smlm :-D.
Hairul Hissam says
Alhamdulillah dah sampai… Mungkin Puan Salina tak perasan posmen datang senyap-senyap ja tu π ..
Izzuddin Fauzi says
Semoga berjaya bro π
Hairul Hissam says
Tima kasih bro π
chii says
hampir 100 pakej? patut pun terkejar2 dan ada yg terhantar dvd kosong..ehehe..nasib baik gak customer tu memahami..nampak sgt dia betul2 berharap cd bun tu dari hairul..
x cukup tidur maknanya rezeki banyak masuk..alhamdulillah..eheh
Hairul Hissam says
Alhamdulillah cik chii.. rezeki keluarga nie… (nak cakap rezeki anak-anak.. anak tak de lagi… he.he.he)
Saya pun tak sangka sambutannya mengalakkan cik chii. Sampai tak sempat lagi nak buat banner promosinya..
salina says
Thnks..sy dah buat pun bun ni. Alhamdulillah sy sgt2 berpuas hati. Mmg ini resepi bun yg sy tunggu2. Sy setuju sgt dgn cr dr kedai mak cik en. Hairul yg x cmpr bahan tu coz sblm ni klu sy buat, mmg sy ltk dan mmg jd seperti yg telah dijelaskan…thnks..:-)
Hairul Hissam says
tima kasih Puan salina.. saya pun tahu dari kedai roti makcik saya… InsyaAllah, tanpa letak bahan tu.. bun akan lembut tahan lebih lama. π
titan says
kena makan bun la nih. baru leh cukup tdo.
Hairul Hissam says
Sebelum makan bun.. kena buat bun dulu.. kalo nak buat.. kenalah belajar dulu kan. lepas tu baru boleh tido… π
nizamghazi says
Mungkin hairul terlalu busy sampai terlupa DVD.
Jangan terhantar DVD lain sudah. heheh π
Hairul Hissam says
yelah.. kalo terbagi video lain… bahaya tu.. he.he.he
tapi so far jarang ada video lain selain dari dvd pakej…
cik tom says
byk sgt smpi terhantar casing je..
ciktom rs harga yg hairul tawarkan mmg dh berbaloi dgn ilmu yg diberi sbbnya kl kita hadiri kursus lg mahal…malahan hairul pn bg support after dh beli kan..cik tom rs mmg dh berbaloi…
Hairul Hissam says
Mmg murah cik tom dibandingkan dengan harganya… Kalo pergi kursus pun belum tentu dapat belajar semua tu… Ditambah lagi dgn support pelangan yg diberikan.. π
titan says
haha..casing je ada?
Hairul Hissam says
Tu la pasal.. he.he.he
Shasha Catering says
Hati-hati jangan terhantar casing lagi.
Sekarang keje sumer dah settle, bolehlah sambung tidor.
Selamat berjaya dalam bisnes online π
Hairul Hissam says
InsyaAllah akan lebih berhati-hati.. Leceh kalo nak kena poskan semula nie.. .
tima kasih ya… π
suri says
lagu ini mmg tak blh tdolah heee..slgi rancak org nk mmbeli
Hairul Hissam says
Emak pula ge umrah.. aduhai.. byk kerja gak kena buat nie… he.he.he
azriey amrie says
salam… nmpak sgt bznya smpai tersasul2 ye? hehehehe… xpe, jdkan pengajaran pd msa akan dtg… π
Hairul Hissam says
Dah tak dapat nak busy body lagi.. he.he.he..
begitulah.. saya pun dah beli satu komputer baru..
komputer lama nie dah slow la… π
azriey amrie says
murah rezeki 2, smpai dpt beli komputer baru… hehehe… xpe, tp klau bz pun, jgn lupa share tips2, ramai yg sentiasa menanti buah tgn terbaru En Hairul… π
Hairul Hissam says
Mmg terpaksa beli cik azriey.. komputer lama nie kalo burn dvd… tak boleh guna.. kalo tak.. mesti ada masalah kat dvd tu.. π …
InsyaAllah akan terus memberi buah tangan selagi ada moooooodddd π
azriey amrie says
wah, bagus 2… selain dpt tmbah kwan, dpt luaskan cabang bisnes… hehehe
Hairul Hissam says
betul tu,, mmg banyak manfaat berkongsi ilmu nie π
ohcikgu says
haha..boleh plak jadi macam tu ye. casing aje? haha..
Hairul Hissam says
Kalo sampai sampul surat je… tak de casing.. tak de dvd…. mcm mana plak ye. :D.
Hazmin Hamudin says
Hehehe… Bila dah excited tunggu posmen datang, skali dapat casing saja memang boleh menimbulkan perasaan bengan.
Hairul Hissam says
Kalo kena ngan customer hot temper.. naya gak tu.. nasib baik kena ngan yg cool temperature . π
Mekar says
Merti byk order tu sampai ada yg tercicir
Hairul Hissam says
Alhamdulillah.. rezeki keluarga.. π
diana says
nasiblah customer en.. tidak mare ye… my be kecewa sedikit di tambah dengan lucu lak… heheh
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, customernya sporting2 belaka π Tu yg rasa seronok buat bisnes online nie.. π