Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Ada 4 bahagian Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah
1. Nasi lemak
2. Sambal ikan bilis
3. Ayam berempah
4. Menghidang
Bahan nasi lemak
1.2kg beras basuh n tos
500ml santan
5 bj Buah pelaga
1 bj bwg besar
1 helai daun pandan
Garam
Bahan sambal
100g ikan bilis kering
1 bj bwg bsr
4 ulas bwg putih
15 cili kering
2 sb air asam jawa
Belacan
Garam dan gula
Tumix
Minyak untuk menumis
Lain
Timun hiris nipis
Kacang digoreng
Telur di rebus
Bahan ayam berempah
½ ekor ayam
2 ulas bwg putih
2sm halia
2sm lengkuas
2 sb tepung goreng Kentucky
1bj telur
2 sb serbuk cili
1 sb ketumbar
1 btg serai
1 st serbuk kunyit
Garam
Minyak
Cara Membuat Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah
1. Dlm periuk masukkan semua bhn nasi dan masak cam biasa. Ketepikan
2. Untuk sambal, kisar cili kering n bwg putih n tumis sampai naik minyak. Masuk garam, gula, asam kemudian bwg. Bl dah layu bwg, tutup api
3. Sementara tu goreng ikan bilis n tos.
4. Masukkan ikan bilis dlm sambal td. (ikan bilis tetap rangup)
5. Ayam diperap dgn semua bhn yg dah dikisar
6. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga berwarna kekuningan. Angkat dan toskan.
7. Semasa menghidang, alaskan daun pisang di pinggan (bau pisang dgn nasi panas memang menyelerakan)
8. Kemudian letakkan diatas daun tadi, nasi lemak dgn ayam, sambal, timun, kacang n telur
Siap
Psst: Elok anda baca juga resepi nasi lemak special di https://hairul.com/blog/resepi-nasi-lemak-paling-sedap/
Hairul.com: Terima kasih kepada kak raja kerana sudi berkongsi resipi nasi lemak ayam berempah ini
?fieyra? says
Sedapnya………………………………..
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀
nieyna says
bwg besar tu campur dlm nasi ke ? kisarkan tak ?
Hairul Hissam says
biasanya mmg kena kisar dulu 😀
nieyna says
mcm sedap jer
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀
Juliana Ashraf says
En asben request tuk menu esk.. Hope mjadi la. Slalu buat aym berempah x pnah jd ???
Hairul Hissam says
semoga berjaya..
Juliana Ashraf says
En asben request tuk menu esk.. Hope mjadi la. Slalu buat aym berempah x pnah jd ???
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi nasi lemak ayam berempah…