Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Bahan-bahan Resepi Bingka Ubi Kayu:
4 Cawan ubi kayu siap diparut
1 Cawan gula pasir
1 Sudu teh garam
2 Cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
2@ 3 helai daun pandan [di kisar halus] jika xde daun pandan boleh guna setitik dua pewarna hijau.
Cara Membuat Resepi Bingka Ubi Kayu:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.Gaul rata.Tambah satu sudu besar gula lagi jika ingin lebih manis.
2. Panaskan loyang pada suhu 190 darjah api atas dan bawah. Lengserkan loyang dengan marjerin.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan. Letak di rak paling bawah dalam oven. Bakar hingga masak selama 1-1 1/2 jam.
4. Keluarkan daripada oven bila bingka keperangan di bahagian atasnya.
5. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang. Mudahkan resepi bengkang ini
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Kamsinah kerana sudi berkongsi resepi bingka ubi kaya