Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi nasi goreng cina ini adalah kiriman Puan My1981. Nasi goreng cina lebih mudah disediakan dan sedap. Tentu keluarga anda sukakannya. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Cina:
= 2 cawan nasi sejuk
= 3 biji telur (dipukul)
= udang – banyak mana ikut suka
= daging ayam(xda tulang) – secukup kegunaan
= 1 sudu besar kicap cair
= 1/4 sudu kecil minyak bijan
= garam (secukup rasa)
= serbuk lada sulah (guna sikit je)
*kalau nak tambah bahan dan sayur2an lain pun boleh.ikut suka.
Cara-Cara Membuat Resepi Nasi Goreng Cina:
1) pecahkan telur,gaul bersama kicap,minyak bijan,garam dan serbuk lada sulah.ketepikan.
2) panaskan minyak,masukkan isi ayam dan udang.kacau seketika dan masukkan pula nasi (guna api besar)
*kacau dengan cepat untuk mengelakkan hangit.
3) sementara kacau nasi,masukkan telur yg telah di pukul bersama bahan lain.sesuaikan rasa dan masak lg(beberapa minit je).kemudian,tutup api.
4) boleh taburkan hirisan daun bawang jika suka
5) sediakan cili potong + kicap cair.makan nasi goreng ketika msh panas.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 Kerana sudi berkongsi resepi nasi goreng cina
justin says
kenapa resepi ini tidak boleh disimpan atau dicetak
Hairul Hissam says
Kalo nak print , tekan Ctrl dan P serentak pada keyboard…
justin says
saya suda print. terima kasih
Hairul Hissam says
tqvm kembali… 😀
Mohd. Noor says
,,,saya berterima kaseh pada Hairul krn baru terjumpa resepi untuk buat
Nasi Goreng Cina
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. 😀