Kiriman Cik My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi soto ayam ini merupakan kiriman Puan My1981. Wah. nampak menarik dan bergayalah soto ayamnya. Tentu sedap kan. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi soto Ayam:
*bahan A (kuah)
= 1 batang kulit kayu manis
= 2 kuntum bunga lawang
= 1 sudu kecil jintan manis
= 1 sudu kecil jintan putih
= 2 ulas bawang merah (kisar)
= 2 inci halia (kisar)
= 1 batang serai (titik)
= 2 ulas bawang putih (kisar)
= 2 liter air rebusan ayam
*bahan B (air rebusan ayam)
= daging ayam – terpulang nak banyak mana
= 1 ketul rangka ayam
= 1 ulas bawang merah (hiris halus)
= 2 ulas bawang putih (hiris halus)
= 1 inci halia (hiris halus)
= 1 batang seleri – potong dadu
= sedikit lobak merah -potong dadu
= 2 biji kentang (saiz sederhana) – potong dadu
= garam/serbuk pati ayam
= air – terpulang nak banyak mana
*tapis kuah sebelum tuang ke atas suun
*bahan C
= 100gm suun (goreng terlebih dahulu)
= isi daging ayam (rebus dan hiris memanjang)
= bebola ayam – ikut suka nak banyak mana
= daun bawang -hiris
= bawang goreng
= cili merah -hiris
Cara-Cara Resepi soto Ayam:
1)bahan B-tumis bawang merah,bawang putih,halia hingga naik bau.masukkan ayam,gaul dan tumis seketika.masukkan pula seleri,lobak merah dan kentang.tambahkan air dan masak sehingga mendidih/minyak dari daging ayam mulai keluar.perasakan dgn secukupnya.tutup api.
2)bahan A-tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga kekuningan.kemudian masukkan air rebusan ayam.biar mendidih.masukkan pula kulit kayu manis,bunga lawang,jintan manis,jintan putih dan serai.renehkan lagi selama lebih kurang 10minit.
3)sesuaikan rasa dan tutup api.tuangkan kuah soto ke dlm mangkuk yang berisi suun(yg tlh digoreng) dan bahan C yang lain.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan M1981 Kerana sudi berkongsi resepi soto ayam