Kiriman Cik Azriey Amriey (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi masak lemak gulai pisang ini merupakan kiriman Cik Azriey Amriey. Tentu sedap gulai dari keluarga beliau. Jom kita mempelajarinya:
Bahan-bahan Resepi Masak Lemak Gulai Pisang:
1) 3 biji pisang montel (siat kulitnya dan potong 1 inci)
2) 2 mangkuk santan cair
3) 1 cawan santan pekat
4) 1 biji bawang besar (hiris)
5) 100gram udang kering (tumbuk)
6) cili merah (hiris)
7) daun kunyit
8) serbuk kunyit
9) garam
Cara-Cara Membuat Resepi Masak Lemak Gulai Pisang:
1) Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan garam
2) Masak dgn api sederhana..
3) Sentiasa kacau supaya gulai tak berminyak
4) Setelah mendidih masukkan santan pekat dan garam
Enak dimakan dengan sambal belacan.
Selamat mencuba…
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie Kerana sudi berkongsi resepi masak lemak gulai pisang