Kiriman My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi mee kari ini merupakan kiriman Puan My1981. Mesti sedap nie. Jom kita mempelajarinya. (Gambar tangan kena ada gengaman ya :D)
Bahan-Bahan Resepi Mee Kari
*Bahan-bahan dibawah dikisar halus untuk kuah mee kari
= 8 ulas bawang merah
= 4 ulas bawang putih
= 3 inci halia
= 3 batang serai
= 4 tangkai cili merah
= 2 kuntum bunga kantan
= 2 sudu besar udang kering
= 1 sudu besar belacan (optional,kalau xsuka belacan,xyah bubuh)
= 200 gm serbuk kari ayam
= 2 liter air(kalau nk lg sedap,guna air rebusan ayam)
Bahan-Bahan Tambahan Resepi Mi Kari
*bahan yg dicelur = 1 kg mi kuning
= 200 gm taugeh
= 8 tangkai sawi
= 12 keping tofu (kecil)
*bahan yg direbus
= 100 gm isi kerang
= 4 keping fish cake (hiris)
= 8 biji bebola ayam
= 4 biji telur ayam (potong 2)
= daun bawang (hiris halus)
= cili merah (hiris halus)
= bawang goreng
Cara-Cara Membuat Resepi Mee Kari :
1) tumis bahan kisar sehingga naik bau.kemudian,masukkan serbuk kari ayam.kacau sehingga pecah minyak.
2) seterusnya,masukkan air rebusan ayam.didihkan.
3) tambahkan garam dan sesuaikan rasa mengikut cita rasa sendiri.setelah mendidih,padamkan api.
4) susun bahan B dlm mangkuk(bahan yg dicelur dan direbus).tuangkan kuah mi kari dlm mangkuk tersebut.
5) taburkan daun bawang,cili merah dan bawang goreng.
*resepi ni menghasilkan 4-5 hidangan.boleh ulangi step no 4 dan 5 utk setiap mangkuk yg berasingan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan 1981 Kerana sudi berkongsi resepi mi kari.
Mimi says
Dah cuba resepi ni, saya tambah santan… i think this is the best mee kari i ever made! thank you for the recipe!
Hairul Hissam says
Kalau tambah santan, tentu lagi sedap…. Tahniah kerana berjaya membuat mee kari dengan resepi ini … 😀
roslina jamil says
Macam sedaap ni..mesti cuba
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi mee kari ini.. dan semoga berjaya..