Lepas balik kampung atau jalan jauh, jangan lupa check saman jpj atau polis. Sebab bayar saman awal, ada diskaun. So dalam artikel ini saya nak share cara check saman jpj dan polis paling mudah dan cepat.
Tapi sebelum tu, jom tengok dulu testimonial pau yang sedap ini.
Ramai laa yang berjaya bisnes pau selepas belajar di www.rahsiabun.may.my. Kerana rasanya lebih sedap dan berbeza sikit dari kedai. Sebab berbeza tu buat orang cari dan beli. Anda boleh belajar di www.rahsiabun.may.my.
Cara Check Saman JPJ & Polis Dengan Sms
Guna sms paling mudah dan cepat check saman jpj dan polis. Hantar je satu sms ke no 15888, terus dapat jawapan saman anda serta merta. Siap dapat info saman untuk kesemua kenderaan yang anda miliki.
Cara Check Saman Polis Dengan Sms
Step 1: Buka dulu apps sms di handphone anda.
Step 2: Taip: polis<jarak>saman<jarak>no ic anda
Contoh Taip: Polis SamanĀ 370718016887
Step 3: Hantar ke no: 15888
psst: yang saya hitamkan dalam gambar tu, no ic saya.
Step 4: Anda akan terima sms maklumat saman polis anda.
Cara Check Saman JPJ Dengan Sms
Step 1: Buka dulu apps sms di handphone anda.
Step 2: Taip: jpj<jarak>saman<jarak>no ic anda
Contoh Taip: Jpj SamanĀ 370718016887
Step 3: Hantar ke no: 15888
psst: yang saya hitamkan dalam gambar tu, no ic saya.
Step 4: Anda akan terima sms maklumat saman jpj anda.
Cara Bayar Saman Polis Dan JPJ
Kalau ada saman, cepat-cepat bayar. Sebab ada diskaun jika bayar awal.
Untuk cara membayar saman polis, boleh klik link ini: https://trafik.rmp.gov.my/BAYAR SAMAN POLIS
Untuk cara membayar saman jpj, boleh klik link ini. Klik jee linknya: https://www.jpj.gov.my/BAYAR SAMAN JPJ
Kalau anda nak belajar aneka bun serta pau dan pizza. Boleh belajar di www.rahsiabun.may.my.
Khatimah binti Mamat says
Terima kasih atas perkongsian
Hairul Hissam says
Tq juga sudi baca…