Asalnya resepi kek coklat batik ini dalam bentuk free ebook. Tapi saya tukar dalam bentuk web supaya lebih mudah di buka dan dipelajari. Resepi ini sangat sedap. Macam kat hotel pulak rasanya. Bahan-bahannya pula mudah dibeli di hypermarket atau dikedai runci. Jom kita tengok bahan-bahan resepi kek coklat batik ini.
Resepi Kek Coklat Batik
Milo – 60gm
Nestum – 50gm
Koko – 50gm
Mentega – 100gm
Gula Pasir – 100gm
Telur – 2 Biji
Susu Segar – 200gm
Biskut Marie – 200gm
Esen Vanilla – 1 Sudu Besar
(Boleh juga ditambah Perisa Oren)
Hiasan – Chocolate Rice / Color Ball
Chocolate rice tu untuk hiasan di atas kek coklat batik. Anda juga boleh gantikan dengan coklat ganache yang dituang di atas kek.
Cara Membuat Resepi Kek Batik Hotel
Langkah Pertama anda perlu menimbang bahan-bahan resepi kek coklat batik mengikut sukatan yang diberitahu sebelum ini. Nak mudah gunakan penimbang digital.
Langkah kedua: Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api dengan api sederhana. masukkan bahan resepi kek coklat batik ke dalam kuali iaitu 200gm susu segar, 100gm gula, 50gm koko, 50gm nestum, 60gm milo dan 1 sudu esen vanilla. Dan kacau sehingga sebati dan sehingga gula cair.
Langkah Ketiga: Masukkan 100gm butter (Mentega) dan kacau sehingga mentega cair
Langkah Keempat: Seperti dalam resepi masukkan 2 biji Telur dan kacau hingga ia bercampur dengan bahan lain. Apabila hampir pekat matikan api. Jangan terlalu pekat, nanti susah pula nak dikacau dengan biskut marie.Tak cantik pula kek coklat batik nya karang.
Langkah Kelima: Ambil sedikit coklat dan asingkan atau masukkan ke dalam bekas kecil. Tujuan untuk topping pada kek batik nanti
Langkah Keenam: Patahkan dulu biskut marie kepada empat bahagian. Kemudian masukkan 200gm Biskut Marie ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
Kacau dan gaul perlahan-lahan agar biskut marie tidak pecah
Langkah Ketujuh: Setelah siap gaul, terus tuangkan adunan dari periuk ke dalam acuan atau
bekas plastik. Kemudian tekan menggunakan sudu sehingga ia mampat. Siap resepi kek coklat batik kita.
Langkah Kelapan: Masih ingat, kita ada simpan sedikit adunan coklat sebelum masuk biskut marie. Tuangkan coklat tersebut ke atas kek batik dan ratakannya. Kemudian taburkan color ball atau chocolate rice di atas kek batik. Boleh juga tuangkan coklat ganache ke atasnya.
Langkah Terakhir: Simpan di dalam peti ais dalam 4-5 jam. Seterusnya barulah potong dan letakkan di atas pingan. Corak batik pada kek coklat sangat menyelerakan. Cuma naik ingatkan berhati-hati ketika mengeluarkan kek coklat batik dari acuan. supaya tidak hancur
Selamat mencuba.
Leave a Reply