Ingatkan balik rumah sendiri nie nak tukar mozek dapur. Dlm kepala dah fikir…. Buka mozek lama dgn pahat. Bancuh simen dengan gam mozek dalam bekas. Tempek simen pada mozek dan tampal pada lantai. Tapi bila fikir balik, mau lenguh2 badanku dibuatnya. heeee. Nasib baik ada mozek ajaib. 30 minit siap. Tapi sebelum tu jom tengok roti sarang lebah yg cantik betul.
Cantik betul roti sarang lebah akak nie buat. Hasil belajar dari video www.rahsialoaf.may.my. Kalau anda ingin buat bisnes roti sarang lebah dan donut alaaa big apple, boleh belajar di Kelas Roti Di Rumah <<< Klik Situ laa
Cara Pasang Mozek Ajaib
Masa kecik-kecik dulu selalu gak tolong arwah ayah bancuh simen, ratakan simen lantai, pasang batu bata dinding dan pagar batu. Arwah ayah rajin buat sendiri. So bila dah beso, teringin pulak nak buat semula benda-benda tu.
Tapi bila nak buat jee mesti risau nanti lenguh-lenguh badan dibuatnya. Nasib baik laa ada mozek ajaib nie. Main lekat-lekat jeeeĀ pun dah cantik. Tak sampai 30 minit dah siap. Senang betul. Memang ajaib.
Kalau tengok depan mata lagi cantik. Tak caya, datang laa rumah saya tengok. heeee. Mozek lama cepat hitam laa dan asyik nak kena mop ajeee. Warna mozek lama pun tak kena dgn kabinet. Tu yang dah lama nak tukar. Nasib baik laa jumpa mozek ajaib.
Senang betul pasang mozek ajaib nie. Dan boleh tampal ke atas apa jenis lantai. Yang penting harganya lebih murah daripada pasang mozek ori. Jom tengok cara pasang mozek ajaib ini step by step.
Cara Pasang Mozek Ajaib Step By Step
Langkah Pasang Mozek Ajaib 1: Bersihkan lantai dengan penyapu dan mop. Jika guna mop, biarkan lantai kering dulu. Kemudian buka kertas sticker di belakang mozek ajaib. Buka perlahan-lahan ye. Elok buka banyak-banyak dulu.
Langkah Pasang Mozek Ajaib 2: Seterusnya lekatkan pada lantai. Anda hanya perlu rapatkan bahagian-bahagian tepi mozek ajaib ini. Selepas tepinya rapat, baru tampal. Selepas tampal, ratakan dengan tangan sahaja. Siap
Hanya dua step jee dah siap pasang mozek ajaibnya. Mudah dan kemas. Tapi nama sebenarnya bukan mozek ajaib. Namanya ialah Vinyl Self Adhesive Flooring. Anda boleh beli online. Jangan taip mozek ajaib pula. Tapi taip Vinyl Self Adhesive Flooring. Ramai Seller yang jual.
Semoga artikel ini dapat membantu anda mencantikkan lantai rumah dengan mozek ajaib doraemon
mrhanafi says
dulu-dulu tak de benda ini semua.
sekarang lebih mudah.
cuma perlu RM dan Info sahaja.
pasti tu jadi….
Hairul Hissam says
tu laa bro.. bermacam2 jenis lantai pulak tu ada.
mozek yg atasnya batu sungai pun ada.Siap boleh buat taman dalam rumah. heee
mrhanafi says
inilah dinamakan hidup dalam zaman teknologi
pakar motivasi kata…penambahan nilai kehidupan
anies says
cantik betul mozek tu
Hairul Hissam says
kotoran pun tak mudah melekat. senang mop dan sapu…
AhmadiKatu says
Nampak mudah jak ya nak pasang. Mozek Magic tu tahan tak dengan air?
Hairul Hissam says
Kalau nak letak dalam bilik air, rasanya tak boleh..
sampai skrg saya guna masih ok. dan mudah dimop. sbb kotoran dan air tak melekat..
Olaoli says
tapi rasanya makan kos beratus jugak ni kan untuk lekat kat seluruh lantai tu. pernah tengok benda ni tapi sedap pulak nama bro kasi ‘mozek ajaib’
Hairul Hissam says
bergantung pada saiz ruang juga. tapi lebih murah dan mudah dari pasang mozek biasa..
Nurhidaya says
Mozek tu keras ke lembut? ke mcm getah tu?
Hairul Hissam says
keras juga mozek ajaib tu… mmg sesuai digantikan dgn mozek ori.. try leee
Naim Daniel Sembah says
Okay.. kena cari dulu mozek tu baru blh try..