Tentu ramai di antara kita menghadapi masalah sukar menyimpan wang. Gaji yang diperolehi cepat sahaja kehabisan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mula bekerja. Belum lagi gaji, dah plan macam-macam nak beli. Akhir bulan, terpaksa la mengikat perut. Bulan seterusnya berazam pula untuk menyimpan wang. Tapi akhirnya tidak tahu entah ke mana wangnya pergi . hu.hu.hu
Saya juga pernah menghadapi masalah yang sama. Banyak wang dihabiskan entah dimana. Memang tension melihat wang gaji habis entah dimana. Syukurlah selepas saya merekod perbelanjaan, barulah saya dapat menyimpan wang dengan banyak. Namun ia perlu teknik yang betul dalam merekod perbelanjaan. Dengan cara yang betul, barulah dapat memberi kesedaran kepada anda untuk mula berjimat cermat. Ini juga merupakan teknik menguruskan kewangan yang berkesan.
Sedarkah anda, benda-benda yang berharga dua atau tiga ringgit yang dibeli boleh menjadi ratusan ringgit dalam sebulan. Saya sendiri terperanjat bila kali pertama melihat rekod perbelanjaan saya. Beli jajan (keropok, aiskrim dan sebagainya) sampai dua ratus sebulan, makan luar sampai enam, tujuh ratus sebulan. Saya yakin, anda juga akan terperanjat bila melihat rekod perbelanjaan anda. Inilah sebenarnya yang akan memberi kesedaran yang kuat untuk anda berjimat cermat.
Dengan merekod membolehkan anda mengetahui dengan tepat di mana wang dihabiskan. Dengan ini membuatkan anda lebih berwaspada untuk berbelanja. Seterusnya berjimat cermat dan menyimpan dengan lebih banyak. Namun hanya cara yang betul akan membuahkan hasil dan mengelakkan anda dari bosan merekod. Memang bosan kerja-kerja merekod nie. Tak caya, tanyalah mereka yang pernah kerja di jabatan akaun.
Cara saya, saya tidak akan merekod dengan tepat setiap apa yang dibeli. Tak kan gula lima posen nak rekod dengan tepat kot. Mau pitam mencari kat mana lagi dua posen dibelanjakan he.he.he. Cara saya, saya akan lihat berapa baki awal dalam dompet saya dan selepas berbelanja, berapa wang yang tinggal. So perbezaannya merupakan wang digunakan untuk hari tersebut.
Katakanlah baki awal kat dompet ada RM100. Dan selepas berbelanja wangnya tinggal RM40. Ini bermakna wang yang anda belanjakan ialah RM60. So dari RM60 ini saya ingat semula apa yang saya beli pada hari ini. Dan saya kategorikan mengikut ketegori perbelanjaan yang saya fikir penting. Contoh RM20.00 untuk barang rumah, RM10.00 untuk makan luar RM5.00 untuk jajan, RM20 untuk pakaian dan RM10.00 untuk computer dan Rm5.00 untuk alat tulis. Jadi jumlahnya ialah RM60.00
Saya tidak merekod satu persatu barang yang saya beli, tapi saya merekodnya mengikut kategori yang saya fikir penting untuk membantu saya mengesan perbelanjaan saya. Dan saya merekodnya di dalam Ms Excell, di dalam column mingguan dan bukan harian. So dalam column mingguan, saya akan tambah dan tambah sehingga habis 7 hari. Seterusnya saya membandingkan perbelanjaan mingguan saya dan perbelanjaan bulanan saya. Disinilah saya dapat mengesan di mana wang yang boleh saya jimatkan.
Inilah cara saya mengurus kewangan dengan merekod menggunakan Ms Excell. Jika anda tidak mahir menggunakan Ms Excell, jangan risau. Anda hanya perlu mencipta teknik anda sendiri. Yang penting anda tahu konsepnya iaitu merekod mengikut kategori perbelanjaan. seterus membandingkan perbelanjaan antara mingguan atau antara bulanan megikut kategori. Seterusnya mengesan di mana anda boleh menjimatkan wang anda.
Mungkin selepas anda memahami perbelanjaan anda dan mampu berjimat cermat, anda boleh berhenti membuatnya. Yang penting kesedaran dan keinginan untuk menyimpan wang akan membantu anda. Selamat mencuba. Jika anda rasa info ini bermanfaat, klik la button like dibawah atau kongsilah bersama rakan anda melalui button share di bawah.
shahrul says
very good tips
Hairul Hissam says
tq Shahrul 🙂
linda says
thanks a lot for the tip….alreaday share with friends in fb
Hairul Hissam says
terima kasih Linda kerna sudi share dgn rakan2 di FB..
nie yg bersemangat saya nak share lebih byk lagi..thanks ya 🙂
azie says
tq saya pun share tip2 ni ngn kwn2 fb
Hairul Hissam says
tq, azie kerna sudi share kat fb azie.. :D… tq…
p/s: kpd pembaca yg lain boleh share kat fb guna button share di atas..
semoga memberi menfaat kpd ramai sahabat kita..
syida says
salam…
klu dapat msukkn cnth rekod yg tlh di buat lg baik…
ape2 pn tq coz sudi share tips yg brmanfaat ini…
Hairul Hissam says
Wsalam… maafkan saya..
tq ya.. 😀
nuri says
klu x rekod tp tampal aje bil dlm buku boleh ke en.hairul?..
Hairul Hissam says
Bergantung pada tujuan kita cik nuri….
kalo nak tengok jumlah terkumpul setiap perbelanjaan kita.
barulah rekod…. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesedaran untuk kita berjimat cermat..
tq 😀
Nurul Ainna Ahmad says
thanx .. gud tips..
Hairul Hissam says
tima kasih kembali cik Ainna.. 😀
zira says
wah…bgus2…saya cukup suker bca tip bab simpan duit…hihi..tq
Hairul Hissam says
tima kasih kembali cik zira 😀
picespurple says
cara seperti ini memang saya amalkan..tapi ini semua bergantung pada induvidu itu sendiri mendisiplinkan diri mereka dalam membelanjakan pendapatan bulanan..dengan cara ini kita akan ketahui kemana wang itu di belanjakan dan dengan cara ini juga kita akan ketahui sama ada perbelanjaan kita itu satu pembaziran ataupun tidak
Hairul Hissam says
benar tu cik purple.. ia bergantung kpd displin seseorang….
memang tidak mudah mendisplinkan diri untuk berjimat cermat…
pada saya, yg penting kesedaran sebenarnya…
InsyaAllah dgn mengetahui dimana dibelanjakan memberi kesedaran
kuat untuk berjimat cermat.. tq ya :d
badar says
dh cuba bai tpi memandangkn bini tk keja habis je. aku pernah pulun ot dpt 7k
mase tu gak bnyk bende pakai duit. 5 hari nk gaji menung bai. mane duit aku?
kekadang tu dpt simpn bai tpi ade je halnya lebur juge yg di simpn. sanggup ke tgok ank
nk sekolah tu tk de ni tk cukup. aku lelaki pakai tshirt ku ujung m’sia aku smpai tpi
sanggup ke tgok bini tk betukr bju. ade nasihat lain tk bai.
Hairul Hissam says
ada sape boleh bagi nasihat kat abg badar nie 😀
hajar says
abg badar, menyimpan mmg penting utk masa depan dan masa2 kecemasan, apa2
pun utamakan tangungjawab terhdp famili.Itu akan disoal diakhirat kelak. jangan dikesal apa yang telah kita belanjakan utk keluarga, ikhlas dan berbelanja secara berhemah. kaedah merekod juga sesuai digunakan agar kita tak habiskan byk mwang utk brg yg tak berapa ptg so boleh wang itu digunakan utk pekara yang lebih baik
joint insuran pun boleh menyimpan, cubalah untuk anak2…
Hairul Hissam says
tima kasih cik hajar.. tips yg sungguh bagus tu. tq ya 😀
Am says
Salam sy dh penah buat cmtu tp xjalan gatal je tangan nak pakai duit so, so terpaksa gune alternatif y comfom berkesan iaitu bukak akaun semasa dapatgaji terus bankin 3rat, dh comfom ade simpanan :-P, ni hanya org y susah nak simpan duit je tq
Hairul Hissam says
wsalam, bagus juga cara tu. kalo nak lebih mudah minta company kita bekerja terus deduct gaji dan masuk ke akaun ASB. tq en. am atas tips tersebut. 😀
Fitri says
saya dah mencuba juga menyimpan secara senyap2.. eh tau tau “terambil” juga simpanan tu!
must do something la.. kalau tak.. susah ni nak kaya!
Hairul Hissam says
Kalo nak kaya mmg kena belajar menyimpan dan buat bisnes 😀
Fitri says
insya allah..terima kasih 🙂
Fitri says
Salam Hairul,
Saya selalu membuat perkiraan dalam kewangan saya. Dengan mengikut kategori saya akan plan setiap bulan. Tapi yang membuat saya pusing setiap bulan, pasangan tidak pula mengikut apa yang telah saya lakarkan untuk perbelanjaan yang telah dibuat. Setakat melihat apa yang saya plan dan tidak pulak merujuk semula apa yang diplan kan. Akibatnya, perbelajaan selalu lari dari bajet. Akhirnya dia akan serahkan segala baki kewangan yang dia tahu tidak akan mencukupi dan pandai2 saya lah untuk mencukupkannya.
Sebenarnya saya sudah bosan dengan cara sebegini. Bulan2 dan akhirnya menjadi tahun. Simpanan jauh sekali.
Apa pandangan hairul? Saya dan pasangan saya bekerja.
Hairul Hissam says
Wsalam en Fitri, sebenarnya teknik di dalam artikel saya ini bertujuan menimbulkan kesedaran dalam berbelanja dan berjimat cermat. Yg paling penting sekali ialah kesedaran. Susah juga jika kita seorang sahaja yg ada kesedaran tetapi tidak pada pasangan kita. Mungkin cik fitri boleh fikirkan cara untuk menimbulkan kesedaran pada pasangan en. fitri. Kerana en fitri lebih mengenali pasangan en fitri.
atau mungkin juga boleh cuba teknik en. Am dalam komennya sebelum ini.
Fitri says
terima kasih hairul. call me fitri jer.
akan cuba sekali lagi. mungkin silapnya saya plan sebelum perbelanjaan, sesudahnya, kita tak duduk fikirkan mana peginya wang itu. Sekarang ni lagi nak terapkan dengan anak2 mengurusi sendiri wang raya mereka. Buat balance sheet sendiri, duit masuk kuar, harus ditulis. mudah2an berjaya! 🙂
Hairul Hissam says
Sorry .. ingatkan laki :D….
Memang bagus tu fitri. Ibu bapa seharuskan didik anak2 untuk berjumat cermat dan menguruskan perbelanjaan dgn berkhemah. Yelah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya kan. Yg penting timbulkan kesedaran pada diri mereka. Semoga berjaya 😀
Fadzilah says
Assalamualaikum… boleh tak upload jadual msexcell perbelanjaan ni… tq.
Hairul Hissam says
Lebih elok cik fadzilah bina sendiri. buat simple je untuk mengesan perbelanjaan…
Kalo saya beri yg saya punya belum tentu cik fadzilah paham formulation yg digunakan….
Azeri says
Alhamdulillah dari awal bulan lepas saya mula praktis untuk merekod perbelanjaan dalam Microsof Excel di H/P saya. Bila tinjau-tinjau balik, baru dapat lihat ke mana perginya wang kita selama ini. Dicadangkan juga kita juga merekod untuk satu fail dari Akaun Simpanan kita.
Hairul Hissam says
Benar tu en. Azeri, merekod di dalam excell file ini memudahkan kita mengesan kemana wang kita dibelanjakan.. Seterusnya memberi kesedaran kuat kpd kita untuk berjimat cermat. 😀
Aree says
Bagaimana panduan dan pandangan tuan dalam mengendalikan Pengurusan Kewangan bagi peniaga Kecil-Kecilan…sebagai contoh peniaga Pasar Malam…kerana ada yang mengaut keuntungan yang banyak pada masa-masa tertentu dan adakalanya langsung rugi..so perlu ada jalan terbaik mengatasi permasalahan ini..mohon pandangan tuan…
Hairul Hissam says
Memang benar tu en Aree.. ada masa2 bisnes pasar malam akan slow terutamanya selepas hari raya.. Oleh itu perlu ada kepelbagaian bisnes dan kesedaran menyimpan wang 😀
Aree says
Perniagaan pasar Malam di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai mencatatkan kadar nisbah kerugian yang ketara pada bulan November…bukan di sebabkan selepas Hari raya tetapi hujan yang berterusan selama 3 minggu berturut-turut ..bila mana masuk jer jam 5 petang hujan pasti akan turun sehingga ke malam..
Dengan ini pelanggan tak dapat keluar mencari bahan keperluan dan peniaga akan alami kerugian, runguntan sering terdengar di sana sini..dan apa yang mampu kita lakukan bersabar dan berdoa agar perubahan cuaca segera berlaku sekitar sini…sama-sama kita doakan…
Hairul Hissam says
Semoga kita banyak bersabar dengan ujian ini serta berdoa dan redha akan ketentuan Ilahi….
Sebab itu pentingnya menyimpan wang dan mempelbagaikan bisnes kita…… 😀
june hamzah says
very the very good tips…
Hairul Hissam says
semoga dapat di amalkan… 😀
zurie says
erm..betullah..setiap perbelanjaan haruslah direkodkan even 10 sen pun…tu pada pendapat sayalah sbb sy sendiri wat camtu..hehehe..kalo wat camtu baru kita tau betapa berharga nya nilai wang tersebut selain kita dapat berjimat cermat dan menghargai penat lelah kita (kalo yg bekerja lah)..lepas tu dapatlah enjoy utk diri sendiri..betul tak..huhuhu
Hairul Hissam says
Mmg bagus cik zurie merekod segala perbelanjaan..
Disitu timbul kesedaran untuk menyimpan dan tidak membazir….
Dah simpan banyak2, bolehlah melancong.. he.he.he
zurie says
alhamdulillah..setakat ni dapatlah melancong ke tempat-tempat yg saya gemari..sekarang ni simpan duit utk keperluan kecemasan plak..mana tau ada benda yg diperlukan urgent..huhuhu
Hairul Hissam says
Bagus tu cik zurie.. beringat2 masa kecemasan nanti…
tak setiap masa kita senang kan 😀
aree says
sye tak setuju cara tu..10 sen pun rekod huhuhu..tu namanya kedekut sgt..bujang bley la..lau kawen hehehhe..pasti anda akan tahu nilai wang sbenarnye…
Hairul Hissam says
Oh nie berkaitan dgn cara cik zurie di komen diatas ya… 😀
sebenarnya setiap org ada cara tersendiri yg bersesuai dgn mereka…
Yg penting kita buatlah cara yg bersesuaian dgn diri kita…
Objektifnya tetap sama kan en aree .. he.he.he..
harlinajohan says
paling mudah untuk yang susah menyimpan… buat loan asb.. memang menguntungkan…
Hairul Hissam says
Mmg bagus cara tu utk menyimpan.. lagipun ASB dijamin oleh kerajaan…tq cik Harlina…
khadijahnas says
Dah pernah buat cara ini, tapi perlukan disiplin yan tinggi untuk merekod setiap erbelanjaan yang menggunakan jumlah wang yang banyak.
Hairul Hissam says
Yap perlukan kesedaran dan displin 😀
Oh! budu says
abang saya guna cara ni sebab ada haritu nampak dia bukak mexcell.. ahakss
Hairul Hissam says
Mmg bagus sebenarnya merekod perbelanjaan 😀
Idir says
ada lagi satu teknik menarik kalau nak cuba..bila dapat gaji..cepat2 asingkan duit ikut perlu bayar dan masuk dlm sampul berasingan spt sampul utk installment rumah kete api air etc..sampul utk belanja makan (groceries)..sampul utk duit simpanan dan juga sampul utk duit ‘enjoy’..kata la duit enjoy kita tiap bulan adalah rm300..jadi tiap kali keluar pegi shpping mall ke tgk wayang atau makan luar..itulah duitnya..bile duit dah habis jgn spend lagi..
Hairul Hissam says
Tqvm atas tips tambahan tu… bagus juga guna sampul surat utk mengasingkan duit simpanan 😀
idir says
memang nampak senang..tapi bile dah pegang duit sampul semua ntah kemana..selalu mcm tu kan..hehe
Hairul Hissam says
Yg paling penting ialah displin diri en Idir,
kalo tak de displin.. apa juga cara.. tak boleh digunakan.. 😀
yana says
tips yang sgt baik…terima kasih banyak2…sy telah melakukan tips nih….berkesan…!!
Hairul Hissam says
tima kasih diatas feedback ini.
tips ini mmg bagus tetapi memerlukan displin dan konsisten…tapi mmg berbaloi kan.. 😀
Rozita says
sy sudah pun melakukan demikian
Hairul Hissam says
Tahniah cik rozita. semoga berjaya ya… 😀
penyimpan tegar says
bagi saya buat apa nak berbelanja sangat barang yang tak perlu sebab bila kita berbelanja, kita mengkayakan orang lain sebenarnya.
Hairul Hissam says
Dulu masa saya jual keychain.. saya fikir mcm tu juga.. penat2 aku buat keychain utk dapat duit tu.. senang2 nak bagi duit tu pada org lain. Bagus juga cara ini utk kita lebih berjimat cermat 😀
Mohd Shubhi says
Tips yang baik sekali untuk diamalkan. Terima kasih kongsikan rahsia di atas, insyaallah akan diamalkan sebaik mungkin.
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat dan dapat menjimat kan duit 😀
maz says
Penah praktik masa zaman bujang dl.. da kawen tak terbuat da sbb bnyk sgt perbelanjaan luar jangka… nak try blk lps ni..
Hairul Hissam says
Sebenarnya boleh dipraktikkan lagi.. cuma perlu dipermudah cara merekod… Yg penting tujuannya utk mengenalpasti dimana wang diguna….Bila kita tahu dimana wang diguna, baru ada kesedaran dimana wang boleh dijimatkan.. 😀
Darling Ana says
Assalamualaikum wbt tuan Hairul. Saya baharu terjumpa blog tuan setelah saya Google untuk mendapatkan resepi butter prawn. Apa pun, terima kasih atas perkongsian berkenaan tips mengawal perbelanjaan ini. Input yang diberikan amat berguna untuk dipraktikkan. Semestinya, saya akan lebih kerap membaca blog tuan bagi mendapatkan tips-tips lain. Semoga Allah merahmati dan memberkati tuan sekeluarga untuk meneruskan usaha-usaha perkongsian tips dan resepi yang menarik kepada kami semua. Terima kasih.
Hairul Hissam says
Wslm dan terima kasih kerana sudi membaca blog saya. semoga memberi manfaat buat kita bersama.. 😀
CahayaDiana.com says
Assalam en.Hairul, thanks.. banyak info yang saya cari ada di sini. Alhamdulillah.. semoga dilimpahkan rezeki yer..
Hairul Hissam says
Terima kasih.. semoga bermanfaat dan dapat dimanfaatkan.. 😀
K Kaoru says
terharu….tapi buat apa nak malu. ajarlah ahli keluarga bersederhana. Ini salah satu cara menjadi kaya. X semua org kaya suka berenjoy…..jgn pegang prinsip biar papa asal bergaya.
Hairul Hissam says
dan satu lagi Berbelanja dibawah kemampuan… tu yg terbaik… 😀
miss letter says
Smenjak smbung belajar sya rajin mmbuat catatn tntang perbelanjaan bulann sya..tpi skrg mcm agk kurang mencatat..hehe..jdi sya mmbhagikn wang perblnjaan brg dapur,blnja harian,brg mandi scara berasingn..Alhamdulillah sya dpt jimat lebih dri apa sya sangka kn..jdi duit lebih dri elaun sya akn sya simpan..tips yg bgus..thanks 4
Sharing.:)
Hairul Hissam says
Mmg bagus cara membahagikan duit belanja sebelum diperabiskan… semoga bermanfaat..
$#@Z The Rock says
Terima kasih sy blh menggunakkan cara ini sebagai tips utk saya
Hairul Hissam says
Semoga artikel ini bermanfaat….
aina says
best n manfaat untuk saya…
Thanks Hairul
Hairul Hissam says
semoga dapat berjimat cermat…
Wan Zawawi says
Bagus tips bro ni, saya bookmark sekali untuk rujukan ye
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat bro..
ann_86 says
Saya sudah bekerja selama 8 tahun, gaji saya 3.5k++, semasa muda dan belum berkahwin, saya tak pernah ada simpanan. macam kena sumpah, atau kena kejar hantu kikis, duit memang tak lekat. Walhal pendapatan saya belum campur wang saguhati dari kontraktor atau expenditure claim dari company. Hinggalah 3 tahun lepas, setelah saya mengandung dan melahirkan anak saya yang sulung, sepanjang tempoh saya mengandung saya tidak boleh bekerja kerana kerja saya lasak di tapak bina, saya bergantung 100% pada gaji suami. Disebabkan dia kena bayar loan sendiri dan loan saya juga, kami hanya ada rm400 untuk makan dan beli susu baby.keadaan saya memang sangat teruk pada ketika itu. Apabila saya habis berpantang dan saya dapat kontrak baru, ketika saya dapat gaji yang pertama setelah sekian lama, saya jadi penakut. seringgit pun tak mau bazir. Duit memang cukup tapi tak ada simpanan. Beberapa tahun berlalu, tahun lepas tergerak hati saya nak hantar duit ke kampung. Tiap2 bulan tak pernah miss. Akhirnya ada benda pelik yang berlaku, bila dah hujung bulan ketika kawan2 semua masam muka dan kelabu tunggu gaji, buka online akaun 1000x check gaji masuk ke tak, saya rasa sangat selamba. Duit dalam purse masih banyak hijau. Jadi pendek kata, kerjalah bertahun2,gaji setinggi langit,takkan cukup kalau kamu lupakan ibu dan ayah yang telah besarkan kamu. Duit kalau ada berkat memang tak pandai habis.
Hairul Hissam says
Bagus tips tu.. tapi lagi elok baca artikel lama saya berkaitan murah rezeki di bawah nie:
https://hairul.com/blog/tips-hidup-bahagia-dan-murah-rezeki-dari-pengalaman-sendiri/
Mazlina says
Betul tu, penjimatan bermula dengan bagaimana kita mengawal perbelanjaan kita. Sebanyak manapun duit yang kita ada tetapi jika perbelanjaan tidak dikawal, pastinya akan mendatangkan mudarat.
Hairul Hissam says
betul tu.. dan kena berserderhana dalam kehidupan nie…