Resepi Nasi Lemak Paling Sedap


.
Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com

Resepi nasi lemak ini kiriman Cik Aina Eira. Jom kita pelajarinya.

Ada 2 Bahagian Resepi Nasi Lemak
1. Sambal
2. Nasi Lemak
(5-6 orang)

Bahan-Bahan Sambal – Resepi Nasi Lemak
12 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
8-10 sudu besar cili boh
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis – dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-Cara Untuk Sambal Resepi Nasi Lemak;
1. Masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
3. Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Bahan-Bahan Nasi – Resepi Nasi Lemak
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
Ikan bilis secukupnya – digoreng
Kacang tanah secukupnya – digoreng
Timun secukupnya – dihiris
Telus rebus

Cara membuat Nasi Resepi Nasi Lemak:
1. Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul.
2. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak.
3. Jika guna rice cooker, rendam beras tu selama lebih kurang 20 minit sebelum tanak.
4. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timun, kacang dan ikan bilis goreng.

Selamat mencuba! :)

Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Aina Eira kerana sudi berkongsi resepi nasi lemak



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

ANDA DIALU-ALUKAN :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button di bawah artikel atau share url link
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

MENANG HADIAH dgn SERTAI FANPAGE BLOG INI
Anda akan dapat resepi, artikel terbaru dan sertai kuiz mudah
dgn hadiah menarik. Hanya klik button Like Page dibawah:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja

Jom TONTON VIDEO Preview BISNES MAKANAN Popular


LAGI ARTIKEL MENARIK BLOG INI:

Facebook Comments

comments

Comments

  1. says

    Dengar cerita kat Taman Tun dr Ismail depan kuarters guru pun sedap jugak.. aku dah pergi sekali, memang best nasi lemak dia.. sambal lebih, minta lebih diorang bagi je.. tapi buka jumaat malam dengan ajad pagi je.. orang cina pun suka

    • Hairul Hissam says

      Tentu sedap tu… kalau peniaga tak kedekut tentu murah rezeki dan bertambah pelangan insyaAllah. 😀

  2. nana momoi says

    salam bro.kalu singgah batu pahat johor dtg la at r&r benteng depan hospital putra kedai no 20…nasi lemak dy perhhh sedap….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *