Resepi bread butter pudding dengan vanilla sauce


bread butter pudding

.
Ramai bertanyakan resepi terbaru dan mudah di blog hairul.com. Tak sabar-sabar ya. :D . Ok. disini saya berkongsi satu resepi yang saya pelajari semasa bekerja di hotel pastry kitchen iaitu resepi bread butter pudding. Resepi dessert hotel ini memang sedap dan menyelerakan. Ditambah dengan curahan vanilla sauce, fuhhh.. menjilat-jilat sudu dan garfu..he.he.he..

Sebelum itu, jangan lupa melihat hadiah-hadiah menarik kuiz petua emak di sidebar kanan tu. Antara hadiah menarik ialah Buku Coklat dari oversea yang bernilai lebih dua ratus iaitu “Chocolates and Confections – Formula, Theory and Technique” dari The Culinary Institue of America. Ditambah lagi dua buah ebook bergambar yang saya hasilkan khas untuk pemenang kuiz. Memang gempak. Dan banyak lagi hadiah best.

Ok, kembali kepada resepi ini. Jom kita mulakan membuat bread butter pudding with vanilla sauce.


Bahan-Bahan Diperlukan

bahan-bahan

Bahan-bahan

800ml Susu Segar
10 biji Telur
220gm Gula pasir
1 sudu besar perisa vanilla

1-2 Buku Roti
(Elok guna roti yang kasar, kalau guna roti yang lembut nanti hasilnya lembut sangat)
1 buku Butter
sedikit kismis atau kurma

Kita gunakan 800ml susu segar kerana lebihan 200ml akan
digunakan untuk membuat vanilla sauce.


Langkah-langkahnya

pukul telur


Langkah 1: Campurkan 800ml susu segar, 10 biji tellur, 200gm Gula Pasir dan 1 sudu perisa vanilla ke dalam bekas dan pukul sehingga sebati dan gulanya hancur. Anda boleh celup dengan tangan untuk check samada gulanya telah hancur. Kemudian ketepikan adunan tersebut dulu.

.

sapu butter

Langkah 2: Ambil satu loyang seperti gambar di atas dan sapukan dengan butter pada loyang tersebut. Kemudian susun roti di dalamnya dan sapukan butter pada roti. Lebih sedap sapukan butter di depan dan di belakang roti. Setelah siap taburkan kismis atau kurma di atasnya. Saya gunakan kurma yang dicarik atau dikoyakkan.

.

lapisan kedua

Langkah 3: Sekarang kita buat lapisan roti yang kedua. Letakkan satu lagi lapisan roti di atasnya dan sapukan dengan butter pada roti lapisan kedua tersebut. Elok sapukan roti depan dan belakang. Setelah siap, taburkan kismis atau kurma di atasnya.

.

lapisan ketiga

Langkah 4: Sekarang kita buat lapisan yang ketiga. Untuk membuat lapisan terakhir ini, anda potong roti kepada dua telebih dahulu. Seterusnya sapukan butter pada roti dan susun roti seperti gambar di atas. Setelah siap, taburkan kismis atau kurma di atasnya.

.

tuang adunan

Langkah 5: Curah adunan yang kita buat pada langkah 1 tadi ke dalam loyang yang berisi roti yang disusun.

.

masuk oven

Langkah 6: Pastikan anda telah memanaskan ketuhar oven terlebih awal pada suhu 150 darjah. Dan masukkan loyang bread butter pudding ke dalam oven. Satu lagi langkah ialah curahkan sedikit air paip ke dalam bekas di luar loyang. Jangan masukkan air ke dalam loyang ya. Curah air di luar loyang. Ini bertujuan menghasilkan wap air panas di dalam oven. Seterusnya menjadikan hasilnya lebih lembut, lembab dan lazat. Bakar lebih kurang 45-60 minit bergantung pada oven anda.

.

dah masak

Langkah 7: Inilah hasil resepinya yang lembut didalam, rangup diatas. Bread butter pudding dibakar pada suhu 150 darjah selama lebih kurang 45-60 minit bergantung pada oven anda. Dalamnya agak lembut tetapi tidak berair. Hidangan dessert ini boleh dinikmati bersama vanilla sauce. Dan boleh dimakan panas selepas masak atau sejuk selepas disimpan di dalam peti sejuk.

Cara membuat VANILLA SAUCE paling simple.
Bahannya: 200ml susu segar, 4 sudu besar gula, 1 sudu besar custard powder dan 1 sudu besar perisa vanilla
Langkahnya: Bancuh 1 sudu custard powder dengan sedikit air dan letakkan tepi dulu. Kemudian menggunakan periuk, panaskan 200 ml susu segar bersama 4 sudu besar gula dan 1 sudu perisa vanilla. Panaskan sehingga gula pasir cair. Kecilkan api dan masukkan bancuhan custard powder sedikit demi sedikit dan kacau sehingga vanilla sauce pekat. Setelah sedikit pekat, matikan api dan terus angkat. Tidak perlu tuang semua bancuhan custard powder sekiranya vanilla sauce telah pekat. Boleh juga tambah sedikit butter untuk ia lebih kilat. Nak sedap lagi tambah sebiji kuning telur (kuning sahaja)

.

resepi bread butter pudding

Inilah resepi bread butter pudding yang enak dimakan bersama vanilla sauce. Makan guna sudu ya :D . Anda boleh menambah atau mengurangkan gula berdasarkan citarasa anda. Yelah, ada orang suka manis-manis dan ada yang sebaliknya. So jika hasil pertama rasa agak manis atau kurang manis, so cubaan kedua kurangkan atau tambahkan gulanya.

Jika boleh, elakkan guna roti buku yang terlalu lembut sangat. Cari roti yang sedikit kasar atau kurang lembut. :D

P/S: Selamat mencuba dan kliklah button like jika sukakan resepi ini. Baru bersemangat nak bagi resepi lain pula, lagi dan lagi. :D



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 17 Nov 2011 - Visited 106507 times, 77 so far today    170 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

170 Responses to "Resepi bread butter pudding dengan vanilla sauce"

  1. adele says:

    wah..ini sangat sedap dan harus dicuba reseipi ni..biasa roti butter ni ada kat hotel kan? tp kadang2 ia jadi tak sedap bila ada rasa pahit kt roti tu..agknya gula hangus terlebih kot? huhu

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu cik adele.. dessert ini antara hidangan di hotel.. resepi di atas tak guna gula hangus.. insyaAllah mudah disediakan… :D

  2. MEKAR says:

    Salam Hairul.

    Kalau pegi hotel, sya mesti akan ambil bread puding yg disediakan. Pernah sekali tu krn terlalu sedap, sya minta mereka tapau kan utk saya (xsemua hotel boleh buat cmni).
    Skrg sya dah dapat resepi dan teknik mbuatnya yg amat mudah terutama nk buat vanila sos tu. Sungguh myelerakan. Terima kasih hairul atas panduannya. Semoga sukses.

  3. Safwan Seth says:

    perghh meleleh la saya tengok,

  4. Naza says:

    Thank you Hairul Kerana memberi resepi bread butter pudding nampak macam sedap je.saya akan mencubanya…Nanti bolehlah buka kedai bakrey pula.(semoga maju jaya ya).

  5. chii says:

    wahh..nampak mcm menyelerakan je..tp kalo nak tuka kismis ..buh buah strawberi atau lain2 pun boleh juga kan..chii terpikir cam nak buh buah aprikot dlm tin dengan strawberi…yummyyy..ehehe

  6. nida says:

    sedapnya.. ada banyak butter kat dalam roti

  7. erica says:

    tq abg hairul balik rumah nanti confirm try make your resepi….once ok i tell u ok…..much2 like it

  8. zaty says:

    wah mcm sedap je…nanti saya cuba…

  9. Mohd. Noor says:

    …saya sangat sangat lah menghargai pada en.mohd. hairul kerana sudi berkongsi kan
    pengalaman dan kini saya berminat untuk menyimpan nya di pendrive, setiap resepi
    resepi dan petua petua yang di hantar kan.

    Sekali lagi saya berterima kaseh banyak banyak dan terus setia membaca di
    blog hairul.com

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali.. semoga hidangan ini menceriakan keluarga en. Md Noor
      Rasanya tak perlulah simpan di pendrive. kerana boleh masuk ke laman web nie bila-bila masa je…. :D
      tapi mmg kena buat note juga untuk mencuba di dapur… selamat mencuba ya..

  10. titan says:

    hoho..memang kacak la..orang lelaki yang pandai memasak..memang kacak. hoho.. :)

  11. arissa sofia says:

    terima kasih diatas perkongsian ilmu… nampak sedap, kena cuba ni…

  12. Nozie says:

    nampak sedap jer… kena cuba ni…

  13. Kak Mala says:

    Nampak mcm sedap.Dah pasti sedap.Bahannya pun mudah didapati.Insyallah ada masa nanti Kak Mala cuba.Terima kasih Hisyam.

  14. Kak Noor says:

    Seronok kalau pernah bekerja di hotel atau mana-mana restoran yang menjual makanan. Sambil kita bekerja, kita dapat pengalaman. Teruja nak cuba buat sebab ada langkah-langkah yang diberi. Terima kasih.

  15. aini says:

    nak tanya.. roti tu kalau guna 1 pek yang panjang (besar) terus boleh ke? macam contoh dalam gambar tu.

  16. suri says:

    HA LAPAR ..
    tapi rumah tak der plk pemutar bancuhan ni.klu pakai senduk kahs takut tak sebati penuh plk huuuu
    resepi klu ada minat mmg menjadi heee

    • Hairul Hissam says:

      Kalo pakai senduk kena kacau lama-lama la sampai sebati dan gula hancur…
      p/s: kalo nak gula cepat hancur belilah caster sugar yg lebih halus….. :D

  17. rohaya says:

    salam ukhwah khairul,t/kaseh lah khairul banyak membantu menambah ilmu2 yg bermenfaat,nampak sedap nya dan mudah di buat,nanti akak nk cuba ….

  18. syimma says:

    terimakasih berkOngsi resipi .. ^_^

  19. shyarihan says:

    sedap2..like

  20. Mejuez says:

    Aduh sedap nya… nak tanya… bro chef ke??

    saya baru abis belaja dari jurusan culinary ni.. masih menganggur… hoho

    • Hairul Hissam says:

      Kalo nak jadik chef nie.. kena kerja hotel bertahun2 walaupun ada sijil atau diploma…
      saya bekerja di kitchen hotel tak sampai setahun… so saya bukan chef… :D ….
      cuma bernasib baik dapat belajar byk di kitchen sebab kekurangan pekerja…
      sebenarnya kalo kita duduk di pastry kitchen atau cold kitchen, kita akan buat semua benda…..
      tapi kalo di malay kitchen, jgn haraplah dpt pegang senduk kalo baru kerja… :D

  21. Juan says:

    baca tajuk pon aku dah tau sedap, hehe

  22. Misz S says:

    my feveret…aritu ade jgak crik resepi ni, tpi mcm sush je or lebih kpd mlas..hehe..tpi sye ske resepi yg dlam blog ni sbb encik hairul tnjuk step by step..x sbar nk buat..hihi

  23. aini says:

    salam. encik hairul,saya dah cuba.mula2 buat mcm cara encik hairul tu. letak air paip kat dulang oven. tapi bila dah cukup 45 minit, mcm tak masak. lembik je. sy buang air tu,naikkan suhu, bakar lg 30 minit. baru lah kering sikit. tp susah la nak potong. mungkin sebab loyang sy kecik.
    saya pakai loyang bulat 20cm. sebab oven pon kecik je.
    cane nak kurangkan bahan2 ikut saiz loyang ye?
    tak pandai la nak agak..

    • Hairul Hissam says:

      Jangka masa masak nie bergantung pada oven juga dan ketebalan bread butter pudding
      kalo oven kurang baik kena masak lama sikit, kalo guna loyang kecil tentu lebih tebal kan…
      Bread pudding mmg lembut dan lembik sedikit tetapi tidak berair.
      sebab tu dipanggil bread butter pudding bukannya bread butter cake..
      kalo nak ia keras sedikit kena biarkan atau sejukkan terlebih dahulu.. :D

      kalo guna loyang kecil, tak perlulah tuang semua adunan…
      so lebihannya buat second round dgn satu lapisan roti sahaja..
      dah masak nanti, lipatlah dua.. :D

      • aini says:

        mula2 tu macam tak masak sangat sebab berair..
        bila bakar balik kali kedua, baru jadi..
        atas rangup.. isinya lembut.
        alhamdulillah, sedap.
        nak cuba lagi lain kali insyaALLAh..
        terima kasih kongsi resepi..

        • Hairul Hissam says:

          Lepas nie cubalah cik aini letak hirisan mangga pada lapisan-lapisannya. tentu lebih sedap mempelbagaikan hidangannya. Terima kasih cik aini kerana sudi berkongsi pengalaman membuat bread butter pudding :D

        • Hairul Hissam says:

          lupa nak bagitaw.. kalo suhu oven tinggi, nanti bahagian atas dah garing tapi dalam belum masak :D

  24. Nazmi Datu Awang says:

    hm…..ni mesti nak cuba buat ni, mesit lazat tentu anak -anak suka.

  25. fuh… nampak sedap dan menarik ni… yang penting senang untuk dibuat oleh golongan lelaki…hehe

  26. Wah, boleh tahan.. boleh masuk MasterChef Malaysia nie…
    Nampak mcm simple, cuma kawe bab pakai oven nie mmg bengap ckit. Tapi bahan2 yg digunakan tu sentiasa ada di rumah.. cuma tunggu seru jer :D
    Btw, itu butter bagus pakai salted ke unsalted?

  27. suri says:

    pagi2 perut lapar huhu.

  28. aina says:

    woww.. mengancam abes nie…
    mesti try wat nie..hehe

  29. fadzila khan says:

    marvellous!!! txs hairul. I really like ur recipes. pls don’t stop sending me more recipes.. TQ so much. Pls don’t get me wrong bila I don’t respond immediately…

  30. cik tom says:

    nampak sedap n mudah..good2…

  31. ~Zara Nadira~ says:

    Thanks En. Hairul kerana sudi berkongsi resepi yg best ni…mmang kna try bwt sendiri la lps nie..siap ada step by step dia lagi…memang mudah la..tambah pula bahan dia simple2 je…and wish you always success !

  32. nizamghazi says:

    Salam Hairul (:
    Lama tak singgah sini kan.
    Nampaknya resepi hairul begitu menyelerakan. (sy terliur melihatnya) (:
    Okay, sy akan suruh my sister cuba resipi ni. Kalau menjadi n sedap
    sy akan inform di sini semula.
    Nak makan kat hotel mahal, suruh je lah my sister buat. lagi senang.
    Psst. Sy baru thu cara nak buat Vanilla Sauce. Tengs Hairul

    • Hairul Hissam says:

      Wah.. ada tukang masak peribadi ya… :D
      Sebenarnya mudah dan murah kos membuatnya…
      Tentu keluarga en. Nizam sukakannya.. selamat mencuba :D

  33. Nurseda Julaksa says:

    Nampak je dah tau memang sedap…tq sdr hairul atas perkongsian resepi yang enak ini…

  34. hanizah says:

    alhamdulillah, sy dh cuba & sgt sedap!! tq en hairul..sy dh pernah cuba buat puding yg sama mengikut resepi & cara yg berbeza..ternyata resepi ni mmg terbaik!!.lps ni, cnfirm nak buat lagi..:))

    • Hairul Hissam says:

      Tahniah cik hanizah kerna berjaya membuat bread butter pudding..
      Mungkin resepi saya ini lebih sedap kerana lebih banyak menggunakan telur pada bread butter pudding…
      begitu juga dgn vanilla sauce.. jika nak lebih sedap, tambah byk lagi kuning telur…. tq ya :D

  35. lavendar says:

    sedap nye..
    nk tnya kalo kukus bleh x?nk kena bape lame kna kukus..tq :-)

    • Hairul Hissam says:

      Kukus pun boleh.. tiada masalah cik lavendar. tapi kukus nie lama sikit…
      saya pun kurang pasti berapa lamanya, so kena selalu check dengan cucuk pakai lidi..
      kalo lidi tak basah atau melekat, dah masak lah tu.. selamat mencuba. :D

  36. ros says:

    saya dah cuba tapi tak sempat nak tunggu masak. tinggal cam tu je kat oven tadi nak gi kerja nanti lambat punchcad. ape rasa agaknye tak sabar. harap2 menjadi.

  37. fiezaradzi says:

    menarik resepi ni.. leh try la.. tima kasih.. nak cuba nnti.. tapi lau kurangkan bilangan telur, tak pe ke? rasa ada efek tak nnti?

  38. wandisini says:

    salam.
    dah bookmark page ni untuk rujukan isteri aku.hehe…

  39. Fhanim says:

    Macam puding roti yg biasa saya buat, tp ia lebih beraroma..thanxs hairul.

  40. ella says:

    Salam..kali pertama saya termasuk ke web ni..alahmadulillah nampak sedap dan membuatkan saya teruja untuk mencubanya. Ingin saya ucapkan tahniah kepada HH kerana amat bermurah hati untuk memberikan resepi2 kepada kami. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya…

  41. wawa says:

    sy dh buat td..sedapp! terima kasih share resepi.. ^_^

  42. iman says:

    salam..tq coz sudi share resepi..wah mesti sedap ni x sbr nk try..nyum3..

  43. Aliana says:

    Assalammualaikum. Cuma nak tanya kalau kita tak ada oven, macam mana kita nak buat resipi ini?

  44. erica says:

    thanks i try to make already its so easy…n delicious…thanks abg hairul…

  45. gee nana says:

    Salam buat En Hairul dan semua peminat blog ni
    Resepi nih mmg sedap tp setakat ni reti makan jer
    lepas ni pasti nk cuba jugak sbb nampak mudah dan bhn pun sentiasa ada kat dapur kita.
    TK en hairul kalau ada resipi yg lain tu share lah yerkk.
    Wassalam

  46. iva saionji says:

    wahhh pepagi dah hadap resepi baikkk punya…nyumnyum….mohon share ek…tambah koleksi..hehehehe butdaway belum buat dah nampak selera..nomnomnom

  47. saputri says:

    salam… sedaaap sgt… TQ

  48. mai says:

    Boleh saya tau nak bakar tu guna api atas je kan?by the way..thanks for the recipe…teruja nak buat..=)

  49. Nur Syahidah Selamat says:

    wah cam sedap jerk resipi ni
    nk suroh ibu wat lh nnti…

  50. ieeda says:

    Thanks..Barulah boleh dapat gambaran sebenar macamana nak buat..cara membuat berserta gambar sekali..memang mudah faham. anak2 saya memang suka puding roti. Selama ni order aje. Lepas ni boleh la try kat rumah. thanks skali lagi..Ada resepi istimewa yang mudah dan membuka selera lagi x?..

  51. Jie Halim says:

    Sedappp…. Esok leh try. kalau butter tu guna planta Pelangi je bleh ke? Then kismis guna buah campuran??

  52. sofea says:

    as salam sdra Hairul

    Tkasih sudi sharing bersama bread butter pudding ni..ni yg mmbuatkan saya berkobar2 kena beli jugakla oven..tgk cara hairul buat macam senang jew..hehe tk sabar nk buat kena tggu la oven smpai dulu..ok hairul smga success..

  53. ani says:

    salam en hairul..
    tq for sharing recipe yg menarik ni..tp confius sikit la.. 1 sudu perisa vanilla tu sudu kecil ya?
    then kat recipe vanilla sauce tu pun gula, custard powder tu sudu kecil atau besar?

  54. Akma says:

    Salam.Nak tanya masa nak buat vanilla sauce tu…masa bila nak tambah kuning telur dan butter tu…masa dah habis masak hingga pekat atau pun masa panaskan bahan?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam.. kuning telur boleh dimasukkan sebelum masukkan custard powder dengan api kecil…kuning telur pun akan memekatkan vanilla sauce… dan butter diletakkan di akhir sekali… selamat mencuba.. :D

  55. Hasnah says:

    Salam…
    Suami saya mmg favorit pudding ni. Melihat resipi Hairul yang mudah dan ringkas, saya telah pun mencuba membuatnya hari ini dan hasilnya amat memuaskan. Terimakasih.

  56. Izuwati says:

    salam,
    mmg nmpk sedap n simple…sy mesti try msk sbb ank2 sy n suami mmg suka mkn roti…ni idea terbaik utk sesuatu yg br bt penambah selera..tq hairul…

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam, kalo ada roti2, bun atau donut yg tak abis dimakan.. mmg sesuai dibuat bread butter pudding. selamat mencuba Puan Izuwati..

  57. Izuwati says:

    salam…
    nk tanye skt…whppng cream,butter ke pape la bhn utk bt kek jenama ANCHOR….halalan toyyiba ke??

    • Hairul Hissam says:

      Ada cop Jakim…. Halal la ….. mereka ada teknologi utk check kehalalan makanan……. Kita bergantung pada mereka je la…..:D

  58. erin says:

    sedapnya.. nyum2.. nak tryla. tapi nak tanya la kalo api oven tu guna api atas bawah nak guna atas ke bawah atau kedua2nya sekali?

    • Hairul Hissam says:

      Saya gunakan api atas bawah cik erin… selamat mencuba :D

      • erin says:

        ok terima kasih.

        • erin says:

          salam, terima kasih resepi. da buat da.. alhamdulilla jadi.. :-)
          cuma nak tanya la. rasa kat atas puding atas ni mmg macam biskut lemau mcm tu ke. dan bagaimana nak lembutkan lg rase puding nya. dan utk sos vanila tu kuning telur di masukkan time bila ya? dan butter pulak time bila. TQ

          • Hairul Hissam says:

            tahniah kerana berjaya… kalo tak nak atasnya keras, boleh kukus :D ..
            Kalo nak masuk kuning telur, masukkan bersama susu segar dan gula sebelum dipanaskan… semoga membantu… :D

  59. Nor says:

    em..resepi ni memang sedap dan mudah untuk disediakan..tq Hairul..1st time buat dah jadi..ikut step by step..dan hasilnyer memuaskan..

  60. misslyn hudson says:

    saya xde oven biasa tapi ada microwave oven panasonic (normally org suka panaskan lauk je )… klau sya nk buat puding roti ni, bukan aje puding malah kek..bolehke saya gunakan microwave tu dan suhu yg macam mana perlu saya gunakan…? pohon bantuan jika en. hairul boleh membantu.

    • Hairul Hissam says:

      Saya tak pernah pula guna microwave.. so tak pasti cara guna dan hasilnya macam mana… tapi elok kukus je…tqvm ya..

  61. ibnu muhamady says:

    Semua sedap yang dari mr. Hairul…. Udah coba mie Goreng mamak, sedaap pula tu… Thanks selalu mr. Hairul…..

  62. Thakib bt jamaludin says:

    Salam..chef hairul!!
    Saya dan anak saya br sudah buat resepi nii..memang ssseeeeeeeddaaaaappp!! (:
    Terima kasih byk2 ya chef!hopefully more sukses afta this..
    Suggestion anak saya if letak vanilla ice cream okay juga kan ?

  63. yus says:

    200g gula = berapa cawan.? Susah la sukat pki g ni

    • Hairul Hissam says:

      Senang je nak sukat 200gm.. beli penimbang dan sukat… elok dapatkan penimbang kerana byk kegunaan dan lebih tepat.. kalo cawan nie.. ada yg guna cawan besar.. ada yg kecil.. nanti kurang manis, mesti komplen..he.he.he.. tqvm ya :D

  64. farah says:

    salam…saya dah try 2 kali..cubaan ke 2 buat utk majlis berendoi anak sulung saya..
    semua org cakap sedap..

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam Puan Farah.. Tentu meriah majlis anak sulung puan kan.. Tima kasih di atas maklum balas nie ya.. :D

  65. siti says:

    Waaa resepi baru.. Mesti nk cuba ni.. Trima kasih kerana brkongsi resepi..

  66. syira says:

    salam,

    mesti beli produk dulu ke baru boleh iklan dekat blog sendiri? nampak menarik je banner makanan3 yang ada tu ;)

  67. angah says:

    thanks sy dh cube resepi ni sedap sgt!!family pun ckp good..huhu…so sy dh dpt dessert sbg hidangan buat family bakal mertua tuk raye ni….yeah!!

  68. nurul says:

    yess…da bleh bt dessert utk raye ni..sy slalu bt kek coklat jer utk dessert ari rye..now, dh ade resepi pudding roti en.hairul..hurmm mst ank2 sdre suka mkn puding roti nie..nk2 lg tmbh buah2an lam tin tu..lg cpat la dorg habiskan..huhuhu

  69. assalam.terima kasih ya, mohon share di fb.heee. Resepi inilh y sy cari2 selama ini, love this recipe veru much!!!

  70. nurmisnan says:

    baru nak terasa buat bread butter puding. dapat resipi ni
    sure nak cuba.. look sodap n superb.. thanks brother

  71. MrsBariah says:

    Salam,hello there..thanx for sharing d simplest way to make bread n butter pudding..this is my 1st time buat,exactly 100% follow ur recipe..thanx so muc!

  72. katmina says:

    Bestnye resipi nie……thks Hairul for sharing…

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.