Lebih seminggu juga saya tak menulis artikel di blog ini. Sorry la. Busy sikit round-round kawasan Kulai ini. Yelah tempat baru, kenalah kenal-kenal jalan dan kawasan di sini. Nasib baik lah ada peta online google di map.google.com.my . Dapat juga saya mengenal jalan dan kawasan di sini dengan lebih mudah.
Kembali kepada tajuk artikel ini, cara memadamkan api di rumah. Fuhhhh….Nasib baik rumah baru saya tak terbakar. hu.hu.hu. Berkepol-kepol juga asap dalam rumah nie. Mak saya awal-awal lagi dah pesan “Nanti kat rumah baru, kalau masak…jangan tinggal-tinggal ” Mak saya dah masak betul dengan perangai saya.
. Masalahnya bila buat bisnes kat rumah nie. Bila masak, orang call la. Dah nak ke bilik jawab call. Lepas tu, check email lah. hu.hu.hu..
Kes ini pada awal bulan 9. Masa saya baru masuk rumah baru ini. Memang berasap rumahku dibuatnya. Bergegas saya ke dapur. Perghhh, saya lihat api menjulang tinggi dari kuali. Tapi, saya tak de la panik. Sebab dah biasa tengok masa kerja hotel dulu. Puncanya, api dibuka besar pada kuali yang berisi minyak. Bila kuali terlampau panas, api menyambar minyak dalam kuali. Seterusnya api menjulang ke atas. Alaa macam gambar di bawah nie.

Kepada jiran saya yang akan membaca artikel ini. “Don’t worry kak, all under control”.. Yelah kalau rumah saya terbakar, hanguslah sederet rumah-rumah kat sini. Jiran saya dah start baca blog saya ini. Siap beli DVD pakej bun lagi. Bagi free, tak mau, so saya bagilah harga special. Saya rasa bertuah dan bersyukur dapat jiran yang baik sekarang ini. Tapi letih jugalah nak terangkan kerja saya duduk rumah 24jam dengan bisnes online ini.
.
Cara Memadamkan Api Di Rumah
Mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tahu cara memadamkan api di rumah ini. Pesan saya, kalau kuali yang berisi minyak terbakar, jangan disimbah air. Nanti minyak tersebut akan menyembur pada anda. Cara yang lebih selamat ialah basahkan kain dan perah sedikit. Kemudian tutupkan kain basah tu pada kuali yang terbakar tersebut. InsyaAllah, api yang menjulang tu akan terus padam.
Nanti kalau berlaku pada anda pula, jangan lupa petua ini. Atau anda ada tips lain untuk cara memadam api di rumah. Jomlah kongsi bersama pembaca blog ini melalui ruangan komen di bawah sekali.
.


















Wah, tq atas tips tu =)
tq kembali. semoga bermanfaat En Peja….
Huishh,kalo akak mmg panic… Ehehehe.
Tk sbb berkongsi,akak x penah lg berpengalaman cenggitu
P palang s : tuko la tepon cordless, senang sket,smbl msk leh jwb kol
Kalau tengok apinya.. punyalah tinggi kak. Satu rumah berasap.
oh saya jawab guna h/p. tapi biasanye kat bilik untuk mudah check order, penghantaran dan sebagainya.
slm… bahayanya.. lain kali hati2 ye…. kalau tertidur masa masak, lg bahaya… tp betul petua 2.. kawan sy, pernah kena kes yg hampir serupa. tp bkn kt kuali, sebaliknya, kt fius utama umah dia.. tgh mlm pulak 2.. entah mcm mna, mujur sdr… dia guna kaedah yg samalah… guna kain lembap…. (mcm 2lah mengikut ceritanya…)
Wsalam. InsyaAllah cik azriey, akan lebih berhati-hati lepas nie.
Mujurlah kawan cik azriey tu sedar dan selamat
Kalau tak, sedar-sedar dah kat tempat lain….
yelah, panjang lg umurnya…
Masih boleh beramal lagi
Adalah disyorkan penghuni rumah turut membeli pemadam api dan diletakkan di ruang dapur.
Wassalam.
Saya pun fikir nak beli pemadam api utk langkah keselamatan jika berlaku kebakaran yg lebih besar. Tima kasih en Nazir
beli satu letak kat sudut mudah nampak
betul tu cik suri..
Salam Hairul, terima kasih kerana kongsi artikel ni. Saya pernah tengok satu dokumentari atas tajok yang sama. Cara mereka pula, jika terjadi seperti insiden diatas, tutup kuali atau periok yang sedang terbakar tu dengan tudong periok atau kuali; dengan itu kita telah putuskan bekalan oksijan yang membantu pembakaran. InsyaAllah api akan padam. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya?
wsalam. Betul kata cik mahani. Tujuannya untuk memutuskan bekalan oksigen pada api tersebut. Tentu lebih mudah tutup dengan tudung periuk spt kata cik Mahani. Tqvm cik mahani krn sudi kongsi info tu
Terima kasih berkongsi ilmu
Terima kasih kembali..
Ramai yang panik apabila berlaku kebakaran di ruang dapur dengan menyiram air. Sebenarnya ia mengundang bahaya.
Bila berlaku sedikit kebakaran, kita mudah fikir yang bukan2. Itu yang datang panik. Kita juga kena didik ahli keluarga cara memadamkan api dengan selamat… Sebab ramai yg tak tahu apa nak buat bila berlaku kebakaran.. …
selalunya memang cara ini lebih selamat + mudah
utk kita bertindak..
Selamat dan berkesan
maksud masukkan kain basah tu dlm kuali ar
Kalau masuk kain basah dalam kuali, nanti jadi fried kain spicy. hee..
kena cari kain yg beso sikit dan tutup tempat yg terbakar tu dengan kain…
haha..camana la leh terbakar nih..
nasib baik tak hangus. hee
aku ada pengalaman macam ni kat sarawak dulu
aku guna selimut yang dibasahkan
huhu
Kalau dapat kain yg lebih besar spt selimut, lebih baik…
Nasib baik en tehr tahu cara memadamkan api dgn selamat..
dengan dapur2 sekali kena bungkus yer…
nampak gayanya mcm tu la..
As salam,
Nasib baik dah biasa tengok, taklah panik sangat =)
Bagi yg tak biasa, mau panik dan mesti terus ingatkan air…hohoho…
p/s-jiran yg baik mmg menjadikan kita lagi best lepak2 kat rumah…betul tak?
wsalam. nasib baik en hafiz.. rasanya kalo saya simbah air, dah hangus rumah ni. hu.hu…
p/s: betul tu.. bila jiran baik, hati pun tenang dalam rumah nie…
Nasib baik tak terbakar rumah bro tu. Bahaya juga tinggalkan kuali untuk buat kerja lain .
Betul kata en hazmin.. mmg merbahaya… Insyaallah akan lebih berhati2 selepas ini
bahaya ni, nak kena pasang smoke sensor kat dapur kot. thanks untuk tip ni
Kalo ada budget besar, mmg elok pasang smoke sensor.. tentu lebih selamat
Terima kasih atas tip yang diberikan…
semoga bermanfaat..
terima kasih bro.. hati2 ketika di dapur, klu tak syg rumha baru beli
Boleh nangis bro kalo rumah baru terbakar. insyaAllah akan lebih berhati-hati…
Tips yang menarik hairul.
Setakat ni rumah saya bebas dari bencana ini.
hope tidak akan berlaku
Tentu en nizam pandai menjaga rumah. Semoga terus dijauhkan bencana ini.. aminn
salam…..nak tumpang letak iklan boleh tak????
tq……………..
oh.. saya ada buat artikel utknya… cuba baca di artikel di bawah
http://hairul.com/blog/boleh-tak-beriklan-di-blog-hairul-dan-statistik-blog-hairul/
chii pernah alami mcm ni gak..tp bkn chii yg selamatkan..tp mak..mmg betul..jgn disimbah dgn air..mmg nnt akan marak api dibuatnya..mcm mak chii…dia akan tarik tong gas..dan cabut kepala tong gas..pastu baru amik kain basah..tekap di api
Bagus cara mak chii tu.. langkah pertama tarik tong gas dulu.. yelah.. kalau meletop tong gas tu.. lagi naya kan…tima kasih cik chi
kenapa ya tak keluar gambar etuza dalam komen ruang sini, nak juga keluar gambar tapi tak ada..maaf bertanya pula
Saya ada buat panduannya di artikel dibawah. Cuba try ikut panduannya… semoga berjaya cik efuza..
http://hairul.com/blog/cara-meletakkan-avatar-atau-gambar-pada-komen-anda-di-blog/