Dah lama jugak plan nak menulis artikel ini. Baru je ada kesempatan. Niat saya hanya untuk memberi maklumat yang berguna kepada pembaca. Tidak lebih dari itu. Satu lagi tips bisnes online dari saya.
Yap. Semua otai bermula dari newbie. Semua yang berjaya bermula dari zero knowledge. Tiada siapa yang lahir terus pandai kan :D. Dengan kata lain, mereka juga bermula sama seperti anda. Mereka juga pada awalnya terkial-kial mencari ilmu. Mereka juga pada mulanya bertanya sana dan sini dengan muka tebalnya..he.he.he. Mereka boleh berjaya. Kenapa tidak anda.
.
.
Nak berjaya. Mulakan dengan langkah yang sama. Langkah pertama yang dimulakan oleh orang yang berjaya ialah menimba ilmu. Ayat pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. juga menyuruh kita menimba ilmu. Iaitu surah Al-Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta”
Namun ilmu sahaja tidak mencukupi, Tiada gunanya anda belajar bertahun-tahun jika tidak disusuli dengan tindakan. Tindakanlah yang sangat penting. Kerana tindakan atau pengalaman, jauh lebih berharga dari ilmu itu sendiri.
Tapi ramai yang susah melakukan tindakan. Kenapa ya?. Salah satu sebabnya ialah takut melakukan kesilapan. Lagi-lagi kalau first time nak buat. Fuhh seratus kali berfikir. Tak juga dibuatnya. he.he.he.. Inilah yang membantutkan proses pembelajaran dan jalan kejayaan. Percayalah, selagi anda takut melakukan tindakan dan kesilapan, selagi itulah sukar berjaya.
Tahukah anda, semua manusia melakukan kesilapan. Begitu juga di dalam perniagaan. Semua usahawan pasti melakukan kesilapan. Bagi usahawan, kesilapan bukannya batu penghalang. Tapi batu loncatan untuk mereka memperbaiki perniagaan mereka dan seterusnya lebih berjaya. Inilah ciri-ciri usahawan. Tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa memperbaiki diri dan perniagaan.
Ada pandangan mengatakan, “Tiru cara saya. anda pasti akan berjaya”. Benarkah teori ini? Setiap individu adalah berbeza. Setiap orang mempunyai kekuatan kelemahan yang bebeza. Setiap peniagaan adalah berbeza. Setiap produk pasti berbeza. Bagaimana anda boleh berjaya dengan hanya mengikut bulat-bulat apa orang lain kata. Fikirkanlah. Tidak hairanlah ramai yang gagal, kerana terperangkap dengan teori ini.
Ya, setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Oleh itu anda perlu belajar mengkaji sebelum mempraktik apa sahaja teknik dan strategi perniagaan. Fikirkanlah dan kaji bagaimana strategi tersebut boleh berhasil dan adakah ia sesuai dengan kekuatan anda. Dan pelbagaikan teknik mengikut kekuatan dan kelemahan ada.
Saya tertarik dengan satu pandangan mengatakan ramai usahawan yang berjaya bermula dengan keadaan hidup yang terdesak. Memang ia ada kebenarannya. Namun ia kurang praktikal. Tiada siapa yang sanggup membuat dirinya terdesak untuk berjaya. Namun, saya mula mengkaji bagaimana orang terdesak boleh berjaya. Tahukah anda Orang Cina pada awalnya datang ke tanah melayu sehelai sepinggang dari negara China. Mereka datang ke tanah melayu dalam keadaan terdesak. Dan sekarang mereka sangat berjaya dalam perniagaan.
sebenarnya apabila kita terdesak, kita tidak akan rasa segan silu untuk melakukan apa sahaja untuk menyara kehidupan kita. Kita sanggup melakukan apa sahaja. Kita tidak akan fikirkan apa orang lain akan kata. Kita tidak akan fikir samada cara kita betul atau tidak. Kita tidak akan malu melakukan kesilapan dan terus melakukan tindakan untuk menyara kehidupan. Dari tindakan dan pengalaman, membawa ke rahsia perniagaan yang sebenar.
Inilah kunci utama kejayaan. Hanya dengan tindakkan dan memperbaiki kesilapan, anda boleh berjaya. Sekiranya anda memiliki ilmu tetapi tiada tindakan. Tiada gunanya. Sekiranya ada melakukan kesilapan dan berhenti separuh jalan. Sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya. Oleh itu lakukan langkah pertama anda dengan menimba ilmu dan melakukan tindakan. Seterusnya memperbaiki diri anda dan terus melakukan tindakan.
Satu lagi nasihat saya, mula mengkaji minat diri sendiri dan kekuatan diri sendiri. Inilah akan banyak membantu anda terus melakukan tindakan dan terus berusaha. Semoga berjaya. 😀
Juli Mariana says
Terima kasih di atas nasihat,tips serta panduan yang En. Hairul berikan kepada Newbie seperti saya.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali Puan Juli.
Bersama2 kita memperbaiki diri dan terus berjaya…. 😀
norizzan says
Salam sejahtera bro…
Artikel ni sebenarnya simple je bg saya TETAPI menarik olahannya bg newbie yg baru. Artikel ini PERLU dibaca oleh semua newbie. Sbb ape.. biar jelas dan jgn lagi bersuluh, semua otai bermula dari zero experience. Pengalaman jatuh bangun la yg mengajar mereka utk berjaya. Bezanya newbie skg mereka telah diguide oleh mentor2 lama cuma kekadang tu takut nak wat pilihan. Kenapa ??? kalau takut dilambung ombak jangan berumah di Fukushima.. inilah cabaran. Jatuh bangun adat berniaga. Sy sendiri seorg newbie dan saya jugak da beli produk bro hairul. Rugi you all klu tak memilikinya..
Hairul Hissam says
Wsalam bro Norizzan.
Memang benar kata bro, ramai org2 baru takut melakukan pilihan
dan takut dilambung ombak…..mentaliti inilah perlu diubah jika mahu berjaya… 😀
p/s: best la ayat bro…”kalo takut dilambung ombak, jangan berumah di Fokushima”
yas says
satu nasihat yg mmg benar2 berguna nih…thx bro…:)
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali En Yas, semoga bermanfaat… 😀
sabree hussin says
betul jugak, setengah orang dia tak bertindak seperti yang sepatutnya bila tak ada kuasa dan pengaruh desakan
Hairul Hissam says
Benar kata bro… pengaruh desakan akan membuat kita bertindak dan berjaya… 😀
Azhani Azhar says
Saya sangat tertarik dengan point En Hairul “pelbagaikan teknik mengikut kekuatan dan kelemahan anda”..
Ta dinafikan ada pelbagai teknik yang berada di luar sana dan ramai juga yang berjaya dengan mengaplikasikan teknik2 tersebut.. Tetapi, kita juga peru tahu memilih teknik mana yang boleh menjadi kekuatan sendiri terutamanya pada permulaan dan buat newbies macam saya ni..
Terima kasih di atas perkongsian..
Hairul Hissam says
Betul sangat bro.. dgn memahami kekuatan dan kelemahan diri dan menyesuaikan dgn strategi perniagaan kita.. InsyaAllah boleh berjaya..