Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Biskut Rose Meringue Cookies yang cantik ini adalah dari keluarga desert pavlova. Memang cantik biskutnya dan pasti digemari oleh anak-anak anda. Jom belajar cara membuatnya.
.
Resepi Rose Meringue Cookies
Bahan-Bahannya:
4 telur putih
1 cawan gula caster
1sudu besar meringue powder
1sudu kecil cream of tartar
Ape2 esen atau pewarna
Cara membuat Resepi Rose Meringue Cookies:
1. Double boil telur putih, gula, meringue, cream of tartar sampai gula cair dalam 5 minit.
2. Masuk dalam mangkuk dan pukul guna whish bulat sehingga kelihatan berkilat dalam 10 min.
3. Paipkan atas dulang yang dialas kertas minyak untuk membentuk Resepi Rose Meringue Cookies. Guna nozzle 2M untuk buang rose
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 30-45 min, kemudian bakal lagi pada suhu 120 darjah celcius dlm 45 min. Selepas itu tutup api dan biar di dalam oven panas dalam 1 jam supaya dia betul-betul kering dan rangup. Nanti bila angkat, cookis ini ringan n keras. Siap.
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja kerana sudi mengirimkan resepi rose meringue cookies. Tentu anak-anak anda sukakannya.
puteri kasih says
nampak menarik..bahan-bahannya pun tak banyak. mesti sedap kan 🙂
Hairul Hissam says
Senang buat dan senang habis di makan cik puteri.. heee 😀
Adif Fida says
cantik, menarik, tertarik…mengancam..rasanya?? kena terai bru tau ni… 😀
Hairul Hissam says
Lama tak nampak adif fida… tentulah marvelousx99 rasanya.. heee… wat time raya nie mesti best…. 😀
Adif Fida says
hehe…ade cume jarang mengomen…hihi..
betul2..time raye nanti amik oder…insyaAllah masyukkk…hihi
Hairul Hissam says
he.he…. wah byk la duit masyuk raya nanti. kena pulak dgn kuih rose ini.. mesti ramai yg suka… 😀
UmmiKami says
Salam manis dari jauh 😀
Menitis pula air di kasut,
Baju cantik diberus kuat;
Manis bergula cair di mulut,
Ku belek-belek terus terpikat. 😀
Hairul Hissam says
wsalam kak ummi dgn senyuman manis… bertambah manis senyuman bila makan rose meringue cookies.. 😀
UmmiKami says
Salam mesranya buat Hairul.. 🙂
Sadis banyak perkara sadis,
Sadis hukuman mati diikat;
Manis banyak perkara manis,
Manis senyuman hati terpikat… hehe
Hairul Hissam says
wsalam.. betul lah kak ummi.. saya pun lebih suka tgk wanita yg tersenyum manis.. heee
yas says
Kalau ada masa lapang….terasa mcm teringin juga nak buat biskut nih…..nampak cm sedap..:D
Hairul Hissam says
Raya nie, boleh jual bro.. mesti laku.. heee
akubiomed says
Menari cookies ini. Rasa hendak capai sahaja.
Hairul Hissam says
kalau ada depan mata, habis disambarnya.. hee 😀