Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Mee Goreng ini kiriman Puan Mekar. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahannya Resepi Mee Goreng:-
2 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
berberapa potong daging yang telah direbus
Udang & sotong – kalau ada letak la ikut suka
4-5 ketul sosej – goreng dulu. kalau tak de tak pe
1-2 sudu cili kering – telah dikisar
1 sudu sos cili
1 senduk kicap mee goreng
1/2 biji tomato – dipotong dadu
4 batang sawi – dipotong sederhana kecil
50 sen taugeh
1/2 paket mee kuning
garam
1/2 cawan air
hiasan:-
cili merah
hirisan daun sup
bawang goreng
Cara membuatnya Resepi Mee Goreng:-
Tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tunggu sehingga bahan2 ini garing.
Masukkan sos cili bersama kicap mee. kacau seketika. kalau agak kering masukkan sedikit air.
Masukkan batang sayur sawi , udang dan daging yang telah direbus. Bila batang sawi,udang dan daging hampir lembut baru masukkan mee kuning. Jangan lupa gaulkan
sampai sebati. Kemudian masukkan sosej yang dah digoreng, sayur sawi, tomato dan taugeh. Kacau-kacau hingga sekata.
Perasakan dengan sedikit garam. Biar seketika. Bila dah sebati boleh tutup api dan angkat.
Hiaskan ia dengan cili merah yang telah dipotong, daun sup dan bawang goreng.
Sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Mekar kerana sudi berkongsi resipi Mee Goreng
Nak Resepi Mee Goreng Style Hotel Saya tak?
>>> Klik Sini Untuk Resepi mee goreng mamak style hotel saya
ismahasmi says
Pagi karang nak try buat untuk sarapan husband bawak pegi kerja. Bosan lah asik masak benda yg sama je utk husband saya. Tq share resepi ni bro.
Hairul Hissam says
semoga berjaya membuatnya dan semoaga hidangan ini menceriakan seisi keluarga… 😀
iman says
Enaknyer bila dimkn.
yammie
iman says
Cubalah kite
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀
Hairul Hissam says
mmg enak.. 😀
Nurul Syahida says
Nak wat menu buke puasa hari ni la..hehe..tq for sharing
Hairul Hissam says
Selamat mencuba… tqvm..
rahmad says
termasin lakk..
Hairul Hissam says
next time kena kurangkan garamnya.. barulah mee goreng sedap..