Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi ikan siakap tiga rasa ini adalah kiriman Kak Raja. Wah. nampak sedap dan berkilat resepi kiriman dari kak raja ini. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa:
Seekor ikan siakap atau ape ikan pun boleh. Lumurkan dengan 1 sudu besar tepung ubi.
2 biji Bwg besar (1 tuk tumis, 1 tuk hiris hiasan)
1 inci Halia (potong lidi)
3 ulas bawang putih
Garam dan gula
2 sudu besar Asam jawa
2 sudu besar Kicap manais
2 Sudu Besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos cili thai
1 potong Nenas dipotong dadu
7 helai Daun limau purut
2 biji buah tomato
1 biji capsicum warna merah dipotong dadu
1 biji capsicum warna kuning dipotong dadu
5 biji Cili merah
1 biji bawang besar holland dipotong besar.
Cara-Cara Membuat Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa:
1. Langkah pertama sebelum membuat resepi ikan siakap tiga rasa nie, anda perlu goreng ikan siakap dan ketepikan
2. Seterusnya barulah tumis bawang besar, bawang putih, halia di kuali yang lain
3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, asam jawa, garam, gula dan biar mesra
4. Masukkan daun limau purut, buah tomato (kerat dadu), nenas (kerat dadu), capsicum, cili merah dan bawang besar holland. Siap. resepi ikan siakap tiga rasa
Cara-Cara Menghidangkan Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa
1. Letak ikan siakap yang digoreng ke dalam pinggan besar
2. Tuangkan kuah resepi ikan siakap tiga raasa ke atas ikan siakap yang digoreng tu.
3. Tabur hirisan bawang besar, bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang untuk ikan siakapn tiga rasa lebih menarik.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi ikan siakap tiga rasa
jamil says
ok
Hairul Hissam says
semoga berjaya buat ikan siakap tiga rasa…
gadis ninja says
Trime ksh yea shabat..esok nk try rsepi ni..heheheh
Hairul Hissam says
selamat mencuba…
Hairul Hissam says
selamat mencuba…