.
Sekarang ini, ramai golongan muda suka mewarnakan rambut mereka. Kalau kita ke mana-mana, pasti nampak rambut pelbagai warna aneka citarasa :P. Kebanyakkan menggunakan pewarna tiruan atau sintetik yang kurang baik untuk kesihatan. Sedarkah anda, kekerapan mewarnakan rambut dengan pewarna sintetik boleh menyebabkan kanser pembawa maut pada diri anda. Memang menakutkan.
“Eh…Betul ke nie, hairul?”.. Mesti ramai ingin tahu dari mana sumber kenyataan ini. Info ini saya dapati daripada buku kecil Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang bertajuk “Kosmetik & Produk Dandanan Diri Lebih Banyak Bahaya & Kesan Sampingan”. Salah satu info di dalam buku kecil ini ialah tentang bahaya mewarnakan rambut dengan pewarna sintetik bukan semulajadi. Sebenarnya banyak lagi info tentang bahaya bahan kosmetik yang lain di dalam buku ini.
Menurut buku ini, satu laporan yang diterbitkan dalam American Journal of Epidemiology menunjukkan lelaki dan wanita yang menggunakan pewarna rambut kekal dan separa kekal selama 16 tahun atau lebih menanggung risiko leukemia yang lebih tinggi. Manakala satu kajian oleh Anastasia Tzonou, DM. Sc dan rakan-rakan setugasnya dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard dan Sekolah Perubatan Universiti Athens mendapati wanita yang mewarnakan rambut mereka 1-4 kali setahun menanggung 70% risiko diserang kanser ovari.
Sungguh jelas penggunaan warna rambut yang kerap (pewarna sintetik bukan semulajadi) boleh membahayakan kesihatan anda. Lebih baik kurangkan atau elakkan penggunaannya. Sebelum ia membahayakan kesihatan anda. Jika anda ingin mengetahui lebih detail tentang bahaya bahan kosmestik dan dadanan diri, dapatkanlah buku kecil persatuan pengguna pulau pinang ini di kedai buku berhampiran.
P/s: Pada pandangan peribadi saya, wanita lebih cantik dengan warna rambut yang semulajadi.
adele says
terima kasih atas info..
syukurlah sy memiliki rambut yg hitam semulajadi..apalah yg menarik sgt kalau berambut perang? kulit org melayu mmg sesuai dgn wambut warna hitam..bukannya perang..
apapun,dalam semua perkara kalau kita berlebihan mmg ada buruknya kecuali dalam hal ibadah, Allah suka 🙂
Hairul Hissam says
Benar tu cik adele, lebih menarik dengan warna rambut yg semulajadi.
Spt kata cik adele, berlebihan dlm ibadah yang terbaik 😀
titan says
tak suka warnakan rambut. rambut hitam lebih kacak.
Hairul Hissam says
Hitam itu menawan kan En Titan 😀
tehr says
mujur juga isteri dan anak2 aku tak pernah warnakan rambut
aku juga tak suka, memang nampak palsu
Hairul Hissam says
Tambahan lagi En Tehr, duit pun jimat dari membeli pewarna yg akhirnya menjejaskan kesihatan kita. 😀
b3njy says
Kalau lelaki nampak kacak bila berambut hitam 😀
Hairul Hissam says
Hitam barulah hensem dan kacak semulajadi kan bro 😀
rahman says
fuhh bahaya.. nasib baik tak penah pakai.. rambutpun dah kurang ni, camna nak color 🙂
Hairul Hissam says
Tak pe En Rahman.. yg penting original… 😀
chii says
tetiba terasa cam nak kaler purple plak..ehehe..
thanks sharing..
then mcm mana ngan inai eh? mcm ada sesetgh org buh inai sebab nak tutup uban
Hairul Hissam says
Kaler la cik chii… yelah rambut cik chii kan…he.he.he…
Oh inai tu bahan semulajadi… tidak termasuk bahan pewarna sintetik… 😀
Mmg lebih baik guna inai dari bahan pewarna tiruan nie..
yas says
Dulu masa zaman bujang…ade kengkawan yg pi kaler rambut…tp bila lama2 pblm lak rmbut dia tu…sehelai rambut boleh pecah jadi 2/3 lai….
Hairul Hissam says
bahaya tu, sampai bercabang2 rambut dibuatnya..
Kadang2 tu disebabkan alahan dan tak serasi dgn rambut kita..
lebih selamat tak yah pakai kan En Yas… 😀
yas says
betul tu bro…lebih baik jgn guna…nak nampak cantik..last2 jadi hampeh…
Hairul Hissam says
Cantik sementara je kan en. yas….. last2 masalah lain plak timbul… 😀
fiezaradzi says
tak baik tau warnakan.. heehe.. cantik lagi rambut hitam asal kot.. tah, lau org mrlayu rambut kaler2 ni macam tak sesuai la, tak kena dgn muka… lainlah lau die ada sakit dan perlu diwarnakan.. (lelaki la kan..), itu pun biar yg halal, guna inai ke..
lau pompuan, tak yah la.. baik pakai tudung jer..
Hairul Hissam says
Betul tu cik fieza. lagi cantik dgn warna rambut hitam menawan he.he.he…
Saya pun lihat.. samada cina atau melayu.. bila warnakan rambut..
hilang ke cun an nya… 😀
suri says
pakai inai jer lagi bagus tu sya tgok jiran belakang rumah pakai.katanya lagi jimat
orang sekarang lagi di tegah lagi di buat. sllu org cina rajin warnkan rambut.tapi tak juga org melayu ada gak terbabit dlm hal ini heee
bersyukurlah dengan nikmat yang asli yg tu wajar d jaga dg sebaiknya.
Hairul Hissam says
Dlm buku persatuan pengguna tu pun sangat mengalakkan guna bahan semulajadi inai kerana lebih selamat.
Betul tu cik suri, bersyukurlah apa yg ada 😀
akubiomed says
Ada juga mendengar kesan sampingan mengenai pengunaan perwarna rambut akan menyebabkan kanser.
Hairul Hissam says
Mmg byk kesan sampingan bahan tiruan ciptaan manusia nie en biomed.
so kenalah berhati2 dan kurangkan mana yg termampu 😀
suri says
rambut yg ori ttp cantik sedp mata yg memandang.klu warna bukan bagus rambur cpt rosak.
klu minyak rambut bagaimana pula?
Hairul Hissam says
Elok cik suri dapatkan buku persatuan pengguna tu. byk info kesihatan berguna di dalamnya 😀
cik tom says
hukum warna rambut pun berdosa…setiap larangan Allah tue ada sebab musabatnya..seperti yang hairul share dalam entry ni..thanks untuk info menarik ni..
Hairul Hissam says
Benar kata cik tom.. apa yg dilarang mesti ada keburukkan..
tapi bab hukum warna rambut.. saya kurang pasti.. kena check ngan ustaz 😀
suraya says
kalau pewarna rambut dari india tu ok x (cap eagle’s gold-brown henna).selamat x penggunaannya.
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pulak.. tapi lebih selamat tak pakai kan 😀
durriyah says
Kalau pewarna rambut itu bahaya,bagaimana pula dengan inai rambut yang dijual dipasaran?
Hairul Hissam says
Tengok juga bahan yang digunakan samada semulaji atau sebaliknya. Saya tak pasti pula inai rambut sebab diterangkan hanya tentang pewarna rambut sahaja 😀