Ramai yang tanya “Macam mana nak mulakan perniagaan makanan?”. So eloklah saya berkongsi tips & cara memulakan bisnes makanan ini. Saya tumpukan pada bisnes makanan kerana modalnya rendah dan peralatan telah ada di rumah. Yang bestnya keuntungannya berganda.
Tapi sebelum tu, jom baca testimonial pembeli pakej www.rahsiabun.com dibawah ini:
Memang best buat bisnes makanan nie. Sebabnya, boleh dibuat di rumah dan bersama keluarga. Sambil berniaga sambil bersama keluarga. Barulah bahagia. Anda boleh belajar bisnes bun di www.rahsiabun.com
7 Langkah Mulakan Bisnes Perniagaan Makanan
Langkah 1: Kalau nak mula bisnes makanan, kenalah belajar memasak dulu. Dan kena belajar dari mereka yang berpengalaman. Barulah sedap masakan tu. Lepas belajar anda kena selalu pratikkan dan biasakan diri dengan memasak.
Sebab bila selalu memasak, akan timbul rasa minat dan seronok. Memang seronok memasak nie sebenarnya. Ini satu permulaan yang baik untuk cara anda memulakan perniagaan makanan anda sendiri.
Langkah 2: Seterusnya berkongsi masakan anda dengan orang disekeliling anda. Dapatkan feedback dan pandangan mereka terhadap masakan anda. Dengar feedback mereka dengan hati yang terbuka. Seterusnya memperbaiki lagi masakan anda.
Bila masakan dah perfect, baru anda akan bersemangat untuk memulakan bisnes makanan. Manakala kawan-kawan anda pasti akan memberi sokongan dan memberi pelbagai idea untuk cara memulakan perniagaan makanan.
Langkah 3: Masakan kena betul-betul sedap sebelum menjual. Ini penting. Tempat niaga bukan tempat testing sedap ke tak masakan anda. Jika masakan anda belum bagus, tapi anda dah start jual. Habislah anda menjadi bahan kutukan satu kampung.
Selepas itu, walaupun anda telah perbaiki masakan anda, orang kampung tetap tak akan mencuba lagi. Tengok muka anda terus cancel nak beli. ha.ha.ha. So sebelum menjual, bagi testing masakan anda pada kawan atau peniaga dulu.
Langkah 4: Berbaik-baik dengan peniaga makanan di kawasan anda. Saya teringat pula dengan makcik perniaga nasi berlauk yang mencuba putu saya dulu. Nak tahu apa berlaku pada hari seterusnya. Makcik tu tanya saya “Dik, kalau adik letak putu tu kat kedai makcik, berapa harga adik boleh tolak kat makcik”. Terperanjat saya. Sebelum ini saya tak terfikir pun putu bambu boleh di supply kat kedai makan.
Jika anda ingin mula berniaga, anda kena rapat dan berbaik-baik dengan peniaga-peniaga makanan di sekeliling anda. Ini bukan sahaja menambah minat anda dalam bisnes makanan. Malah memberi peluang perniagaan tanpa diduga.
Percayalah, apabila anda rapat dengan peniaga makanan, ia akan memudahkan anda memulakan perniagaan makanan anda. Soalan-soalan seperti nak cari tapak niaga, nak cari alat berniaga dan sebagainya akan terjawab dan dibantu oleh kawan-kawan peniaga di tempat anda.
Langkah 5: Mencari lokasi perniagaan atau bisnes yang strategik. Cara paling mudah ialah mendapatkan nasihat dari peniaga-peniaga di kawasan anda. Sebab itu berkawan dengan peniaga-peniaga makanan sangat memudahkan anda memulakan perniagaan anda.
Cubalah berkawan dengan peniaga-peniaga makanan seperti peniaga goreng pisang di tepi jalan. Ia sangat membantu anda mula bisnes makanan dengan jayanya. Yang penting jangan sesekali berputus asa.
Langkah 6: Sebelum meletak harga pada produk makanan, kenalah survey harga pesaing anda terlebih dahulu. Kalau anda letak harga terlalu tinggi daripada orang lain, ini akan menyebabkan pelangan marah dan memburuk-burukkan bisnes anda.
Tapi jangan pula terlalu murah, nanti penat jee dapat. Sebab itu penting ilmu pengiraan kos. Sebab tu saya ajar pengiraan kos dalam video masakan saya.
Langkah 7: Apabila bisnes dah maju dan banyak customer. Kenalah ambil pekerja. Sekarang nie pun ramai lepasan spm dan graduan tak bekerja. Dapat juga membantu adik-adik yang menganggur tu.
Apabila telah ada pakerja, insyaAllah lebih mudah bisnes tu. Arah jeee pekerja. Yang penting resepi masakan bisnes jangan diajar habis kepada pekerja. Kalau tak, tak lama berhenti lee meraka buka gerai sendiri. heee.
Cara mudah cari pelangan dan jualan ada diajar di >>> Cara Tambah pendapatan
akubiomed says
Adik ipar saya pernah berniaga makanan. Beliau hanya jual pisang goreng dan cucur udang di waktu petang manakala waktu pagi beliau ambil komisen jual kuih dan nasi lemak orang letak digerai beliau.
Hairul Hissam says
Kalau ada keluarga yg berniaga makanan, mmg mudah utk dapatkan nasihat dan bantuan memulakan bisnes makanan ini. Tapi masakan kena sedap baru bisnes boleh jalan.. 😀
TehR says
aku tak pernah ada pengalaman
saudara mara ada la yang berniaga makanan
dan rakan2 peniaga mereka memang banyak membantu
Hairul Hissam says
Kebanyakkan org berniaga makanan nie mmg baik2 dan suka membantu.. Untung berkawan dgn mereka.. 😀
Ummikami says
Assalamu’alaikum nantu terpilih.. 😀
Kelapa bakar pandan dan nona,
Mengapa cuma ada dijamu;
Apakhabar badan di sana,
Mengapa lama tiada bertamu.
Hairul Hissam says
wsalam.. rindu kat saya ke kak ummi. he.he.he.
yelah lama tak jumpa kak ummi di alam maya nie..
oh saya busy body sikit ngan pakej terbaru rahsiaputu.com .. 😀
Ummikami says
Selamat maju jaya in all your undertakings…. ^^
Hairul Hissam says
Terima kasih kak ummi.. 😀
onlajer says
Kau ada kedai makan ya bro?
Hairul Hissam says
oh. Yg putu tu, saya bagi makcik kedai makan tu test.. ada diceritakan dlm artikel sebelum ini.
hafizul says
Hehe..bab berniaga makanan ni saya rasa tak susah nak maju kan?pandai masak, pandai layan cut, semuanya akan berjalan lanacar..kat mana-mana kita berniaga pun, bila masak sedap, orang akan cari..hehe
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. kalau sedap dan peramah.. kita jual kat mana pun, orang akan akan mencari 😀 .
hafizul says
ya…setuju..hehe
Hairul Hissam says
tq bro.. 😀
Khairul Zamri says
tips yang bagus,,, cam sy nie tak pernah ada ilmu tentang ini sekurang2nya tahu bagaimana mereka yang melakukan perniagaan makanan ini punya latar belakang
Hairul Hissam says
BIsnes makanan mmg mudah dimulakan walaupu org tu tiada pengalaman.. Yg penting ada kemahuan.. org tua kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan. heee 😀
puteri kasih says
bab meniaga makanan ni kalau masakan kita tu sedap memang menguntungkan. Menarik tips-tips untuk mulakan perniagaan bisnes makanan ni untuk mereka yang berminat nak mula berniaga 🙂
Hairul Hissam says
Kalau sedap insyaAllah ramai akan promotekan bisnes makanan kita.. 😀
kakiblog says
kalau sebagai pelanggan memang kita mahu makanan yang sedap,harga berpatutan,mesra pelanggan dan lokasi yang mudah dikunjungi termasuk tempat letak kenderaan..pelanggan ini dah beri tip kepada bakal tauke bisnes makanan..
artikel terbaru : 7 sebab blog tidak didatangi para pelawat
Hairul Hissam says
Bagus tips yg bro berikan.. saya pun suka ke kedai yg mesra dgn pelangan.. 😀
suri says
kena rajin bertegur sapa org tai takut pd kita
Hairul Hissam says
TApi jgn terlampau peramah dan tanya yg hal2 peribadi, nanti org takut pula pada kita.. heee 😀
fyna says
perkongsian yang sangat membina. sesuai untuk yang berminat dalam bidang pemakanan.
Hairul Hissam says
InsyaAllah.. dimana ada kemahuan.. disitu ada jalan.. 😀
chii says
betul2..chii setuju..tp jgn sampai berlaku cantas perniagaan org lain plak 🙂
Hairul Hissam says
Bila pemikiran kita lebih kepada keuntungan.. tu yg boleh membawa kpg cantas mencantas..
so kena ubah pemikiran berniaga kpd saling bantu membantu.. 😀
cik tom says
tips mantap! kalau pandai bergaul dgn org sekeliling mmg mudah dpt ilmu baru…insyaAllah…
Hairul Hissam says
Satu lagi kena ada sikap rendah diri, baru org sekeliling mudah menerima kita.. 😀
hafizmd says
Terima kasih bro hairul sudi berkongsi dan bekalkan motivasi tuk mulakan bisnes…moga2 ambe dikuatkan semangat….ameen
Hairul Hissam says
Semoga dapat memulakan bisnes nanti.. 😀
Mekar says
Betul2 kata hairul tu. Mak saya meniaga makanan kat kantin sekolah. Sya tukang supply kuih frozen kat kantin tu. Tapi bukan letak selalu sbb kantin tu di Ipoh (kalu nak blk kg je akan letak kuih). Kalu dekat sini agaknya lagi sibuk la sya..heh
Hairul Hissam says
kalau ada saudara mara yg berniaga spt cik mekar lagi mudah utk buat bisnes supply makanan nie… 😀
Ilhan Arissa says
sy sebenarnya tgh mncari2 perniagaan apa yg sesuai utk bt bisnes nie.. tapi tak pernah terpikir nk mulakan perniagaan makanan. yelahh.. sbb bukannya pandai masak pon.. haha
Hairul Hissam says
Ramai juga pembeli pakej saya yg asal tak reti memasak dah pandai masak dan berniaga makanan he.he.he.
Ilhan Arissa says
yeke? hoho nanti kena la blajar..
Hairul Hissam says
bukan ye ke lagi… itulah caranya jika nak mulakan bisnes makanan. heee
azzels says
dahulu saya pernah sewa gerai makan nasi campur. oleh kerana bekerja, saya cuma membeli & menyediakan bahan2 dan mengharapkan ibu untuk menjadi tukang masak bergaji harian & di bantu seorang pekerja. Namun bisnes tak berkembang seperti yang diharapkan. makanan sering habis tetapi hasil tidak begitu memuaskan. ibu menyalahkan pekerja meletak makanan terlalu banyak tetapi bila saya lihat apa yang pekerja itu buat adalah betul kerana telah dilatih awal2. dan saya mendapat jawapan apabila melihat ibu menjamu saudara maranya makan secara percuma. belum lagi memberi hutang kepada salah seorang saudara utk tender makanana bungkus yg bayaran terakhir sebanyak lebih rm1000 tidak dibayar langsung. itulah org tua, nak ditegur hanya dia yg saya dapat harap untuk menjaga gerai makanan. maka akhirnya cuma bertahan selama 3 bulan dan tutup.
kini saya bercadang untuk mengambil peluang menyewa gerai di tempat baru yg punya potensi. kali ini saya akan mengupah tukang masak & pekerja yg tiada pertalian keluarga tetapi boleh dipercayai. ada tips tak?
Hairul Hissam says
Memang sangat penting dalam bisnes nie utk tidak berputus asa dan sentiasa memperbaiki kesilapan…
Dalam apa jua bisnes, kita kena cipta prosedur dan kawalan dalaman sendiri untuk mengelak kecuaian, kesilapan dan penipuan dari pekerja. Ini sgt penting.
dan berkenaan ibu bapa, jika kita buat mereka penat, letih dan susah hati, nanti kita pun akan dpt mcm tu..
sepatutnya kita berikan ibu bapa rehat dan bantu kewangan mereka.. insyaAllah kehidupan kita akan lebih baik.
shah76 says
Tq..sye menarik sgt dgn info nie.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat 😀
am langkawi says
tq bro untk info nie,sy mnt dlm pernigaan mknan putu nie tp xtau mcm mna nk mulakn blh bg tips sikit x?
Hairul Hissam says
Cara mulakan semua saya dah terangkan dalam artikel ini. Cuma tinggal nak buat atau tak nak buat ajeee 😀
celina says
Thank you for the info.
Untuk perniagaan kat pasar malam, kena tak memohon lesen dari SSM dulu?
Hairul Hissam says
bergantung juga pada majlis perbandaran atau ajk kampung yg punya pasar malam tu… ada yang kena buat ssm dan ada yang tidak perlu…
celina says
Terima Kasih.
ain zahar says
assalam En hairul. terima kasih atas motivasi2/cadangan2 perniagaan yang di berikan. boleh bagi saya number phone utk di hubungi? ade beberapa pertanyaan
Hairul Hissam says
wsalam.. semoga membantu en zahar.. Maafkan saya. No telefon hanya utk pertanyaan produk sahaja.. Saya mmg tak terlayan dgn ramai sgt call dan disamping dan siapkan pakej terbaru.. 😀
zulhakimi says
saya bercadang nak berniaga makanan tapi takde pengalaman dan tak tahu langsung memasak .macam mana yeh nak start tanpa basic ne
Hairul Hissam says
Video saya semua ajar dari asas sehingga pandai…. RAmai sgt yg dah berjaya walaupun langsung tak reti masak.. 😀
hayrin says
Assalamualaikum en 🙂
Asalnyer saya ni jalan2 nak cari tips beli umah utk aset… tetiba lak leh sesat smpai ke tips memulakan perniagaan… Alhamdulillah… suka baca tips2 ni…moga encik terus berjaya 🙂
Hairul Hissam says
Terima kasih.. Sudilah membaca tips2 yg lain diblog ini.. Semoga bermanfaat ya.. 😀
Fadzilah says
Salam Hairul, akak ni baru saje bercadang nak berniaga makanan. Tentang masak tu adalah cube2 masak dan bagi orang rase. Respon boleh tahan la. Tapi bab pengalaman mmg zero. Boleh Hairul bg tips. TQ
Hairul Hissam says
Bisnes makanan nie tak perlu pengalaman kak mcm kerja engineer atau akauntan…. Jangan banyak fikir kak.. terus jeee buat bisnes… nanti bila akak dah start, tentu akak rasa… oh senang rupanya buat bisnes makanan nie…
Mazrah says
Best blog encik Hairul ni. Byk ilmu bermanfaat yang dikongsikan. Ikhlas dn sgt membantu. Saya pasti akan beli e-book encik hairul dan mulakan perniagaan sendiri nnt. Selamat maju jaya ye encik Hairul!
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi membaca.. semoga bermanfaat dan berjaya memulakan bisnes makanan. di mana ada kemahuan.. disitu ada jalan.. 😀
Rose says
saya seorang kakitangan kerajaan, tetapi suami saya berniaga dan memerlukan bantuan saya,saya ingin meminta pendapat encik, perlukah saya berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.
Hairul Hissam says
Pada pandangan saya, sekiranya perniagaan suami puan stabil dan konsisten, bolehlah berhenti kerja dan membantu suami. Disamping dapat meluangkan byk masa bersama anak2 😀
Rose says
Terima kasih di atas pandangan En. Hairul.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali 😀
pak tam says
salam en hairul.. blog en ni memang terbaek.. banyak info yg berguna 😉 sy pun salah seorang peniaga kedai makan. sy suka cara encik. terus kan k.
Hairul Hissam says
Terima kasih Pak Tam kerana sudi membaca blog ini.. semoaga memberi manfaat bersama 😀 ..
suziey steady says
saya memang minat berniaga tp sya buat bisnes secara part time tp xkonsisten..ada produk bru niaga,,ibarat kata buat gitu2 jer.. lagipun pulak terikat dengan kerja,,memang skali fikir cam nk berenti kerja n tumpukan sepenuhnya nak berbisnes tp toyol ada dlm diri yg slalu mengatakan tkut xmasyuk lgpun pulak husband yang jenis xminat bisnes n langsung xsupport..dah la xsupport,mengnegativekan lg perasaan saya utk berbisnes,,tu la kadang2 terasa down je.. lgpin saya bekerja ni pun mmg xpadan dgn perbelanjaan saya seharian,lngsung xberbaloi..huhhuhu
minta pendapat en. hairul tip yang perlu sya lakukan utk saya mengubah lifestyle saya..saya dah bosan…
Hairul Hissam says
Mmg bagus tu buat bisnes secara part time dulu utk proses pembelajaran. Lepas dah yakin dan konsisten baru tumpu sepenuhnya pada perniagaan. Mungkin suami tak nampak lagi kelebihan berniaga nie. So puan kenalah buktikan dulu kepadanya…:D
Ummi Alya says
Salam Hairul…..macam mana agaknya cara untuk jual ketupat palas? Agak2 blh dapat sambutan tak?
Hairul Hissam says
Wsalam. Cara promosi dan sambutan, bergantung juga pada tempat dan kesesuaian. Sebagai usahawan kita perlu mengkajinya sendiri dan kaji cara org lain berniaga ditempat kita… 😀
nurul says
yang penting jual dengan hati yang bersih barulah makanan tu betul2 sedap. kebersihan bukan saja tempat berniaga tapi hati peniaga itu sendiri perlu bersih.
Hairul Hissam says
Hati yg bersih dari dengki, tamak dan kebencian sgt penting ada dalam usahawan.. tqvm… 😀
mas yana says
Sangat berguna.. saya juga sedang carik peluang, nak letakkan barang niaga di kedai2 runcit atau pasaraya..
Hairul Hissam says
Satu cara yg bagus tu dalam memulakan bisnes makanan… semoga berjaya…
Anida says
Sekarang makanan paling mudah nak famous. Yang penting sedap dan harga berpatutan orang sanggup cari. Pelanggan biasanya share kat fb dan ig. Sekejap boleh laku..:)
Hairul Hissam says
Betul tu, kalau sedap dan harga berpatutan, tentu ramai yg datang tak henti2. Siap rekomen kat kawan lagi kan…
Farha Maskuriy says
menarik info ni tuan. Bisnes makanan mmg masyuk. asal ada ilmu masak sikit dan ilmu marketing sikit, insyaAllah laku. Bonus kalao mmg sedap pulak tu, mmg org carik terus
Hairul Hissam says
Mmg benar tu, ilmu tersangatlah penting dalam apa yg bidang diceburi…
siti aisyah says
saya berminat nak berniaga sendiri, memandangkan kerja pun bnyak membosankan. Saya ingin memulakan tapi msih belum berani meletakkan jawatan kerja saya ini. Setiap bulan ada je yang x cukup. Masa pun banyak habiskan kat kerja. Tapi masih tidak boleh menampung perbelanjaan bulanan dan harian. Bole x share ngn sy cmne nak start biznez. Sy nak bukk kedai menjual nasi ayam kukus atau penyet. Ad x tips2 untuk sy mulakan langkah, dan bagaimana pula dengan modal? Berapa kah modal yg diperlukan.
Hairul Hissam says
Cara mulakan semua dah diterangkan di dalam artikel nie..cuma kena baca dgn teliti dan praktikkan shj. baru nampak hasil…
jika masih bekerja, elok buat part time hari sabtu ahad. Bila dah ramai pelangan dan konsisten dgn pendapatannya, baru buat full time..
Hairul Hissam says
Hanya boleh share url link sahaja atau klik share button spt diberitahu di bawah artikel. tqvm..
siti says
Suami saya baru seminggu memulakan perniagaan nasi kukus ayam berempah..dia buka gerai di depan kilang pada waktu petang..tapi x mndapat sambutan..adakah suami saya perlu mncari lokasi lain atau bertahan dulu kat situ..
Hairul Hissam says
pada saya elok terlebih dahulu memperbaiki masakannya. Dalam artikel di atas ada diterangkan….
Website Murah says
Satu perkongsian yang amat menarik!
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..
sabree hussin says
Tempat kita berniaga bukan tempat untuk kita test rasa masakan kita. Ho3
Bila dengar nasihat ni, buat saya terfikir, apa agaknya yang difikirkan oleh peniaga makanan yang jual makanan tak berapa sedap tu. Mereka ni tak buat food tasting ke?
Hairul Hissam says
He.he.he.. harap2 peniaga makanan tu baca lee artikel nieee…
kesian pembeli jadi mangsa testing mereka. heeee
Sani says
Memang bagus buat bisnes makanan ni. Selagi ada orang, selagi ada yang nak makan, kita boleh jual kat mereka tu, cuma pastikan makanan kita tu sedap sebelum nak masuk market. Itu aje.
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. kalau sedap insyaAllah berduyun datang kedai kita..
NORIZA ABDUL RAHMAN says
Kena rajin bertanya dengan peniaga makanan di kawasan kita kan, mana tau dia pun tengah mencari supply roti untuk letak kat kedai dia. Kena ringan mulut
Hairul Hissam says
Ramai juga pembeli saya supply roti. sbb lagi senang…
Hidah says
As salam, vcd utk roti bun ..brp ye.
Hairul Hissam says
Utk pertanyaan video masakan saya elok wasap saya ke +60137757915