.
Resepi tom yam kung ini merupakan kiriman pembaca iaitu Kak Raja. Wah nampak pedas dan menyelerakan tom yam kung fu nya. Lepas makan yam nie, mau berpeluh dan ber kung fu sekali. Jom kita cuba masakan ala thai yang digemari ramai ini.
.
Resepi Tom Yam Kung Fu
Bahan-Bahan Resepi Tom Yam
4 cawan air rebusan atau stok ayam
250gm udang besar
4-6 cili padi diketuk sedikit.
4-6 hirisan lengkuas segar.
2 batang serai di potong serong.
1 biji bawang besar dibelah empat.
1 sudu besar kecil garam.
2 sudu besar susu pekat
4 sudu besar jus limau nipis.
1 1/2 sudu pes cili nam prik Poa atau pes tomyam
5 batang cendawan
Sedikit daun ketumbar yang dipotong digunakan sebagai hiasan.
Cara Membuat Resepi Tom Yam Kung Fu
1. Celur sekejab udang n cendawan dalam air panas dan toskan – ketepikan
2. Panaskan stok ayam sehingga mendidih. Masukkan serai, lengkuas, bawang dan garam.
3. Masukkan 2 sudu besar susu pekat
4. Dalam periuk tadi masukkan Jus limau, pes tomyam, cili api yang diketuk2. Ini akan menjadikan tom yam anda lebih sedap.
5. Masukkan udang dan cendawan. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Matikan api dan dihidangkan. Taburkan hirisan bunga ketumbar di atasnya untuk tom yam lebih menarik.
Hairul.com: Terima kasih kak raja kerana sudi berkongsi resepi tom yam kung fu special ini. Jom kita mencubanya.
UmmiKami says
Salam di tengah malam,
Topi kusam beralas mengkuang,
Sepeket jerami ringan di bahu;
Resepi tom yam terlepas pandang,
Feberet kak Ummi jangan tak tahu.. 😀
Hairul Hissam says
wsalam kak ummi… Kebanyakan org pompuan mmg suka tomyam nie.. cubalah kak umi resepi tom yam kung fu special dari kak raja..
Hafizul says
Alamak..berair dah mulut nih..nampak gambar cam sedap..menyelerakan..hehe
Hairul Hissam says
Kena suruh isteri buat tu kat rumah. heee
TehR says
mesti pedas ni kalau sampai nak berkung fu
hehe
Hairul Hissam says
Sebab tu namanya tom yam kung fu kot..
Pedas sampai ber kung fu.. heee
akubiomed says
Tentu sedap dan selepas makan tentu hendak berkuntau. 🙂
Hairul Hissam says
Habis semua buah kuntau dan buah silat keluar lepas makan.. heee
fiezaradzi says
nanti nak masak, boleh refer entry ni. skg tak boleh lagi, sbb tak leh makan seafood lagi, operate kan..
nak masak bagi suami je makan, dia kata tak best makan sorang2.. tunggu je lah..
Hairul Hissam says
Mmg kena jaga pantang utk cepat baik.. Saya doakan cik fiezaradzi cepat sembuh ya. amin 😀
fitrighazali says
Saya memang seorang pengemar masakan Tom Yam, t. kasih sbb kongsi moga debaerkati insya Allah
Hairul Hissam says
Selamat mencuba respei tom yam nie…
umiadam says
sedapnya resepi ni…. yummyy….
nanti kena buat macam ni.
save dulu resepi
Hairul Hissam says
selamat mencuba…. mmg special tom yam kung fu nieee..
faizal says
Terima kasih di atas perkongsian
Hairul Hissam says
selamat mencuba..