Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Mini Popia Udang ini kiriman Puan Gloryatie. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Mini Popia Udang:
500 gram udang kering
75 gram cili kering – dikisar
6 Ulas bawang merah – ditumbuk
3 sudu makan air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula merah & serbuk perasa (secukup rasa)
Kulit popia
Cara Membuat Resepi Mini Popia Udang:
1. Rendam udang kering seketika, kemudian toskan.
2. Kisar udang dan cili kering hingga halus.
3. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang dan cili kering yang telah dikisar. Gaul sebati.
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula merah dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
5. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul2.
6. Bungkus udang dengan kulit popia.
7. Goreng guna minyak yg byk dan api perlahan supaya rangup dan garing.
Siap untuk hidangan Hari Raya.
Terima kasih kepada Puan Gloryatie kerana sudi mengirimkan Resepi Mini Popia Udang ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada Puan Gloryatie.
akubiomed says
Teringat akan semasa kecil dahulu rajin gentel karipap popia mini. Lebih makan daripada simpan. 🙂
Hairul Hissam says
Mmg cepat je habis kuih raya nie, kalau dihidangkan.. 😀