Kiriman Cik Azriey Amrie (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi ikan keli masak cekur ini adalah kiriman Cik Azriey Amrie. Memang ramai yang mengemari masakan ikan keli ini. Tentu sedap jika dimasak cekur seperti resepi ini. Jom kita mempelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Masak Cekur:
1 ekor ikan keli (sederhana besar)
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Isi Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa
Cara Membuat Resepi Ikan Keli Masak Cekur:
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masak di atas api sampai menggelegak la…(Biasa warna putih jer)
Note :Pada sesiapa yg rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang/goreng dulu. Dan dimasukkan kedlm kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.?
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Kerana sudi berkongsi resepi ikan keli masak cekur
azrie amriey says
Salam.. Errr rasanya nma sy bkn kak Raja… Resepi 2 bkn resepi kuih ketayap….
Hairul Hissam says
tqvm cik azrie kerna sudi double check kan… 😀