Biasanya bila klik/tekan ‘link web’, ia akan buka dengan Chrome spt gambar di atas. ( Ini cth ‘link web’: www.hairul.com )
Masalah chrome nie banyak security, berat dan size dia besar iaitu lebih 100mb. Tu yang buka link web jadi slow dan kekadang tersangkut.
Xbrowser Lebih Laju
So saya nak cadangkan anda guna Xbrowser untuk buka link web.
3 sebab utama Xbrowser ni lagi best:
1. Link web di buka lebih laju dan ringan. Handphone jadi tak berat sebab sizenya sangat kecil iaitu 1mb.
2. Boleh simpan ‘link web’ dalam Xbrowser. So anda tak perlu lagi cari atau taip ‘link web’. Anda terus klik/tekan link web di dalam Xbrowser.
3. Kalau link web ada password, sekali atau dua kali jee masuk password tu. Lepas tu tak perlu masuk lagi password.
Psst: Ia percuma. Download dari play store anda.
Sebelum kita belajar pasang Xbrowser, jom tengok dulu testimonial pizza yag sedap.
Kalau belajar dengan resepi dan teknik yang betul, InshaAllah hasilnya memang sedap dan gebu. Anda juga boleh belajar buat pizza di www.rahsiabun.may.my
Cara Pasang Xbrowser
Jom kita pasang Xbrowser di handphone anda. Sangat mudah dan cepat pasang. Sebab size sangat kecil.
3 step sahaja untuk pasang Xbrowser ini.
Step 1: Buka Play Store
Step 2: Di bahagian search, taip Xbrowser dan enter
Step 3: Kemudian klik/tekan button Install
Siap pasang Xbrowser di handphone anda.
Cara Simpan Link Web di Xbrowser
Anda boleh simpan link web dalam Xbrowser. So anda tak perlu lagi taip atau cari link web. Anda terus klik/tekan link web di dalam Xbrowser.
Jom kita simpan link web di dalam Xbrowser.
6 step sahaja cara simpan link web belajar.
Step 1: Buka Xbrowser
Step 2: Klik/tekan button +
Step 3: Taip Tajuk & link web
Step 4: Klik/tekan button Add
Step 5: Klik/Tekan button back
Step 6: Dah siap. Tekan Icon untuk buka link web.
So next time. Bila nak buka link web. Boleh terus buka Xbrowser dan klik/tekan icon web dalam Xbrowser.
Anda juga boleh tambah seberapa banyak link web ke dalam Xbrowser seperti di atas. So next time tak perlu cari atau taip link web lagi. Hanya tekan icon web dalam Xbrowser sahaja. Mudah kan.
Link Web Yang Ada Password
Untuk web yang ada password seperti pakej belajar masak saya. Anda hanya perlu masukkan sekali atau dua kali sahaja. Lepas tu tak perlu lagi masuk password sebab Xbrowser dah simpan passwordnya.
Semoga artikel ini membantu anda membuka link web dengan laju dan mudah.
akubiomed says
Baca ulasan. Ramai yang beri ulasan positif mengenai xbrower ini.
Hairul Hissam says
Mmg mudah, laju dan ringan. Itu yg ramai cari..