Kuliah Agama. Bagaimana golongan murtad cuba merosakkan aqidah anda. Fahami strategi mereka


fitnah agama

.
Beberapa bulan lepas riuh juga dengan seorang wanita murtad yang menghina agama Islam. Orang malaysia tu. Al kisahnya, makcik ini mempergunakan twiter, fb dan blog dalam memfitnah ajaran Islam. Dengan kata-kata sangat menghina Allah dan Rasulnya. Perkataan Allah b*bi, Nabi Muhammad puk* menjadi mainan di dalam blog mereka. Manakala ayat alquran dan hadis ditokok tambah dan ditafsir mengikut selera dan nafsu mereka.

Dalam kuliah agama ini, saya bukan nak bercerita tentang indentiti wanita murtad ini. Siapakah kuncu-kuncunya. Bagaimana hacker Malaysia membongkar indentiti dan kumpulan mereka. Atau, dah kena tangkap ke belum. Oh tidak. Saya tidak berminat bercerita soal ini. Kerana ada sesuatu yang lebih penting daripada itu. Satu perkara yang amat penting iaitu bagaimana golongan murtad ini cuba merosakkan aqidah anda. Inilah agenda dan objektif utama mereka. Iaitu memurtadkan anda, keluarga anda dan anak anda.

Ketika saya mula-mula membaca blog dan fb yang menghina Islam ini. Memang membangkitkan perasaan marah. Namun saya terus membacanya dengan perasaan ingin tahu. Perkataan Allah B*bi diulang berpuluh kali. Memang menyakitkan hati. Namun keesokkan harinya, perkara pelik berlaku. Apabila saya terdengar nama Allah, secara automatik otak saya teringat perkataan Allah B*bi. Saya rasa pelik mengapa apabila menyebut nama Allah sahaja, saya teringat Allah b*bi.

Nak tahu? Inilah strategi yang diguna pakai di dalam Iklan dikaca TV. Sebenarnya, apabila kita menonton atau membaca benda yang sama berulang kali. Ia akan menjadi ingatan dan keinginan bawah sedar tanpa disedari. Sebab itulah iklan di kaca TV ditayangkan berulang kali. Tujuannya membentuk ingatan dan keinginan pada diri anda tanpa disedari.

kulia agama dan coca cola

Saya detailkan lagi tentang strategi pengiklanan ini. Semasa saya terangkan strategi pengiklanan ini kepada rakan saya (chinese). Ia sangat setuju “Betul la hairul, I pun kalau cuaca panas terik je, I akan teringat coca cola. Tak ingat lain, mesti ingat coca cola je”. Inilah kesannya. Saya percaya semasa menonton iklan coca cola, kawan saya tidak pernah percaya coca cola boleh menghilangkan haus atau dahaga. Banyak lagi minuman lain yang menyegarkan. Namun tanpa ia sedari, ia membina ingatan dan keinginan bawah sedar yang kuat di dalam dirinya untuk minum coca cola.

Samalah dengan KFC, macdonald dan sebagainya. Benarkah anda sukakan KFC kerana kelazatannya. Atau kerana ingatan dan keinginan yang telah dibina oleh iklan di kaca tv. Lihat sendirilah, cara makan pun nak ikut macam kat iklan TV. Samada anda percaya atau tidak, strategi pengiklanan ini sangat kuat membentuk minda dan emosi dalaman anda. Dan ia kini digunakan oleh wanita murtad ini untuk menimbulkan kebencian kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. s.a.w. tanpa disedari. Seterusnya memurtadkan anda. Sebab itu mereka berulang-ulang memaki Allah dan Rasulullah s.a.w. melalui blog, twiter dan fb mereka.

Oleh itu, jangan anda terus membaca blog, twiter atau fbnya. Jangan terus membacanya. Baca sikit, tinggalkan sahaja. Dan jangan menyebarkan namanya atau linknya kepada sesiapa. Menyebarkan namanya atau linknya, sama dengan anda menyebarkan dakwah mereka memurtadkan orang islam tanpa anda sedari. Memang mereka bijak mempergunakan kemarahan orang Islam untuk menyebarkan dakwah mereka dalam memurtadkan orang Islam. Inilah point utama di dalam kuliah agama di dalam blog www.hairul.com.

Pernahkah anda terfikir kenapa kita perlu bersolat 5 kali sahari. Melakukan perkara yang sama 5 kali sehari. Setiap rakaat, kita perlu membaca surah yang sama iaitu al-fatiha berulang kali. Konsepnya tetap sama. Membaca, menonton dan melihat berulang kali akan membentuk minda dan emosi bawah sedar di dalam diri kita Sebab itu kita disuruh berzikir dengan mengucap kebesaran Allah berulang kali. Ia sebenarnya perisai dan pendinding yang kuat yang akan memperbetulkan minda dan emosi kita daripada anasir yang merosakkan. Oleh itu, anda perlu berzikir berulang kali. Yang penting anda perlu tahu maksudnya.

fitnah agama

Dalam kuliah agama yang kedua ini, kita cerita pula satu lagi strategi yang sangat popular yang digunakan oleh orang bukan islam untuk memurtadkan orang islam. Mereka telah lama berjaya menggunakan strategi ini. Telah ramai yang murtad dengan strategi ini. Strategi mereka simple sahaja. Mereka akan berpura-pura ingin mengetahui tentang islam. Bertanya itu dan ini tentang Islam. Kemudian cuba menimbulkan keraguan pada Allah dan Rasulullah s.a.w.. Seterusnya memurtadkan orang islam.

Biasanya mereka akan mempergunakan Ayat Al Quran untuk menimbulkan keraguan. Persoalannya kenapa mereka berjaya? Sebab utamanya Ayat Al-Quran ditulis dalam bahasa Arab yang berbeza dengan bahasa lain. Ada perkataan di dalamnya tidak sama maksud dengan bahasa lain. Namun tetap diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Inilah yang dipergunakan untuk menimbulkan keraguan dan memurtadkan orang Islam.

Sebenarnya apabila mereka bertanya soalan tentang ayat al quran. Mereka telah tahu jawapannya. Jawapannya akan ada dua. Satu dari golongan orang islam yang sebenarnya tidak faham ayat alquran dengan mendalam. Kedua dari golongan orang islam yang amat mengetahui tentang bahasa arab, alquran dan hadis. Apabila kena pada golongan pertama tadi, mudahlah mereka memasang perangkap menimbulkan keraguan yang merosakkan aqidah mereka. Dan seterusnya memurtadkan mereka. Inilah point kedua kuliah agama di dalam artikel ini.

Tentu anda tertanya-tanya. Macam mana diaorang ini hebat sangat memperdayakan menggunakan ayat al quran. Sebenarnya di negara barat, telah banyak buku-buku strategi ini dikeluarkan. Orang barat mengkaji ayat al quran bukan untuk mencari kebenaran tetapi mempergunakan untuk merosakkan aqidah umat Islam. Buku-buku ini dijual secara online dan menjadi rujukan golongan murtad atau bukan islam untuk merosakkan aqidah umat islam.

Soalan saya, mahukan anda terus melayan soalan-soalan tentang ayat al quran ini. Soalan-soalan yang sebenarnya bertujuan memerangkap anda dan merosakkan aqidah anda? Kenapa perlu merisikokan diri anda. Lebih baik anda meluangkan masa mendalami al quran dan hadis melalui guru agama yang bertauliah atau kuliah agama ditempat anda. Kerana tanggungjawab yang paling utama ialah menjaga diri kita, keluarga kita dari azab api neraka. Telah ramai dan telah ramai orang islam yang murtad kerana tipu helah ini. Jangan merisikokan diri anda. Biarkan mereka yang benar-benar mengetahui tentang bahasa arab, alquran dan hadis yang menjawabnya.

Apa yang sangat membimbangkan ialah golongaan remaja yang terdedah pada dunia cyber tanpa sempadan ini pada usia muda. Golongan ini paling mudah dipengaruhi. Mahukan anda melihat anak anda murtad dan hanya berpura-pura Islam didepan anda sahaja. Oleh itu, didiklah anak anda dan kawal penggunaan internet anak anda. Semoga diri kita dan keluarga kita dijauhkan dari anasir yang merosakkan ini. Semoga kuliah agama ini memberi manfaat bersama.

Sudilah share url artikel ini agar umat islam lebih berhati-hati dengan strategi golongan murtad ini. Atau share menggunakan icon yang disediakan dibawah.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 05 Sep 2011 - Visited 36050 times, 10 so far today    76 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

76 Responses to "Kuliah Agama. Bagaimana golongan murtad cuba merosakkan aqidah anda. Fahami strategi mereka"

  1. titan says:

    diorang dah cuba rosakkan akidah ni bertahun lamanya..jadi, kita sendiri kena kuat. Jangan bagi chance mereka attack kita.

    • Hairul Hissam says:

      memang benar tu en. titan.. kita kena kuat…. Solat dan zikir merupakan perisai yg amat kuat untuk umat islam. Kita juga perlu bersatu dalam melawan, memperbetulkan dan memperingatkan sesama muslim. :D

  2. adele says:

    ya Allah, sebab tu lah sy tak berminat nak baca blog hina2 Islam ni sebab kuasa minda kita mmg hebat..mudah je tertakluk dengan benda2 negatif ni..

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu cik adele.. Kuasa minda bawah sedar memang kuat mempengaruh diri kita tanpa kita sedari. Semoga kita dijauhkan dari segala yg boleh merosakkan aqidah kita. :D

  3. nizamghazi says:

    Tengs artikel yg betol2 membuka minda :)
    Tpi betol lah pendedahaan dunia cyber ni akan boleh diambil advantages dari org jahat.
    Contoh mcm blogspot jadi blogpot. terus keluar lama yahudi n kristian

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu en. nizam. so menjadi tanggungjawab kita dan semua umat islam membendung genjala yang merosakkan umat islam dengan apa yang termampu :D

  4. Juan says:

    setuju dengan entry ni, setakat ni aku xder jumpa yg mcm ni, cuma ader pon dialog dengan kawan sekerja jer pasal agama, terangkan islam dlm posisi yg benar dan mudah

  5. ciksembang says:

    mmg benar, strategi mereka ini sangat licik..hinggakan dalam lirik2 lagu pun dimuatkan dengan perkara2 yg boleh memesongkan akidah kita.
    selalu sgt sy ingatkan anak2 remaja sy psl perkara ini.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih cik sembang atas peringatan lirik2 lagu Inggeris ini yg merosakkan aqidah ini :D
      Semoga ibu bapa lebih peka dengan aktiviti anak-anak mereka.

  6. mahani says:

    Terima kasih Hairul kerana share kuliah ugama ni dengan kami. Mudah2an Allah pelihara kita dan keluarga dari semua fitnah akhir zaman, Amin….. Ini hanyalah satu diantaranya.

  7. suri says:

    salam..
    mmg hebat mereka dri dulu smpi skrg mmg sdg rancak berusaha utk menjatuhkan islam..kita kena kuat utk lawan semua tu klu tak dgn kita2 skli hanyut…

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik suri :D … Yg pasti mereka tidak akan berputus asa menjatuhkan Islam… Oleh itu kita juga jgn sesekali berputus asa menegakkan syiar Islam.

  8. Seroja says:

    Memelihara iman tu wajib. Jangan kita mengikut kelakuan orang kafir bimbang kita termasuk dalam golongan mereka tanpa disedari. Amalkan budaya Islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk dalam mencari hiburan.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih cik seroja atas nasihat dan tips. Memang menyedihkan melihat anak muda mudah terpengaruh dengan budaya barat yg tanpa mereka sedari boleh merosakkan aqidah mereka. Semoga keluarga kita dijauhkan. amin…

  9. fauziah m. noor says:

    Inilah langkah bijak, Hairul. Buang masa dok response orang-orang ni…..

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu cik fauziah, bila ade pertanyaan tentang ayat alquran atau Islam
      kita perlu kenal pasti samada pertanyaannya ikhlas atau sebaliknya…
      Kalo tidak, kita hanya membuang masa sahaja…. tq cik fauziah :D

  10. Razif Azlan Shah says:

    Betul. Lagipun,untuk pengetahuan bersama,saya ada mendengar hadis yang berkata bahawa menjadi suatu kesalahan untuk kita mentafsirkan Al-Qur’an (jika kita tidak menguasai ilmu tafsir serta 15 cabang ilmu berkaitan Al-Qur’an), sekalipun tafsiran kita itu betul.
    Sebagai orang awam,kita xdibenarkan mentafsirkan Al-Qur’an sekalipun tafsiran kita kena atau betul. Kita perlu merujuk pd alim ulama’ jika berkaitan dgn tafsiran al-Qur’an.
    InsyaAllah sy akan cuba carikan di mana Hadis itu,kalau jumpa sy akan komen lagi di sini, InsyaAllah~
    Teruskan usaha anda.

    • Hairul Hissam says:

      tima kasih en. azlan kerana sudi berkongsi info tersebut…
      memang merisaukan apabila org kurang ilmu menjawab soalan agama mengunakan tafsiran sendiri kerana ia akan membawa fitnah kepada agama yg lebih besar…

  11. Mama Murai says:

    Assalamu`alaikum saudara,
    tahniah kerana berjaya mengupas isu ini dengan jayanya. Nampaknya saya terpaksa membuang artikel yang telah saya tulis mengenai isu ini di dalam draft blog saya! Jujur saya katakan bahawa sebenarnya kita telah berkongsi pendapat yang sama, malangnya saya tidak sempat menerbitkannya dalam artikel terbaru saya pada malam ini kerana saudara telah terlebih dahulu menulis mengenainya.

    Sekiranya kita fikirkan kembali, bukan golongan tersebut yang lebih berdosa, tapi ialah kita kerana berulang kali menyebut perkataan tersebut. Cuba fikirkan kembali siapa yang lebih kerap mengucapkannya, mereka yang hanya menulisnya atau kita yang berulang-ulang kali menyebutnya kerana menghabiskan bacaan artikel tersebut.

    Sebab itu saya pinta jangan print screen, dedahkan laman web makcik tu atau pun tulis mengenainya. Saya risau ia akan menimbulkan sifat ingin tahu pembaca yang lain dan mendorong mereka mencari blog yang dimaksudkan. Dengan demikian hasratnya untuk menyesatkan kita akan menjadi semakin mudah.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam. saya setuju dengan mama murai. elakkan dari menyebarkan link atau namanya. Kerana ia akan membantu usaha mereka menyesatkan orang islam. Semoga kita dan keluarga kita dan masyarakat kita dijauhkan dari anasir yg merosakkan ini.. aminn :D

      • hafizmd says:

        malangnya, ada antara kita yg berebut untuk sebarkan link dan namanya sekali…

        saye mmg langsung tak jenguk fb pasal manusia yg hina islam tuh…cukup sekadar kita tahu dan tahu apa yg perlu kita lakukan

  12. MEKAR says:

    Salam.
    Saya pun tak berkesempatan mbaca blog makcik tu sbb xtahu link nya. Siapa yg tahu harap JGN sebarkan.
    Sebenarnya dlm isu ini,kita sgbai org yg dilahirkan islam perlu benar2 kuat utk menempuh apa jua halangan & cabaran drp mereka yg mahu menyebarkan dakyah2 -ve. Walaupun sejak azali kita ni islam tapi tak salah kalu kita memantapkan ilmu agama supaya kita mjadi lebih kuat dan kalu ada persoalan berbangkit mana tahu kita boleh berhujah pula dgn mereka.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam. tak usahlah membacanya cik mekar. Kebanyakkan menggunakan logik akal dalam mentafsir dan memutarbelitkan ayat alquran dan hadis. Orang Islam yg tidak benar-benar paham tentang Islam pasti mudah terperdaya. So menjadi tanggungjawab kita umat islam untuk memperingatkan dan menerangkan tentang ajaran islam yg sebenar mengikut kemampuan kita. Mungkin cik mekar boleh menulis artikel tentang Islam. :D

  13. Kak Mala says:

    Kak dah baca semua artikel remaja2 yang sesat lagi menyesatkan tu.Mereka anak2 Melayu yang bijak tetapi terpedaya oleh ilmu yang sesat lagi menyesatkan.Mereka membaca buku2 dari Barat lalu beranggapan masyarakat,ibu bapa dan kerajaan menipu mereka tentang kepercayaan kepada Allah.Ini akibat meninggalkan ilmu akhirat dan mengejar ilmu dunia semata-mata,maka mereka berfikir secara logik sahaja.Alangkah bagusnya jika TV kita memperbanyakkan lagu2 berunsur doa dan zikir munajad,Pasti anak2 akan dapat menghafal doa2 dan zikir tanpa sedar.

    • Hairul Hissam says:

      wsalam Kak Mala.. Pada saya mereka ini, sekadar ke luar negera belajar ilmu yg ditulis oleh guru-guru mereka dalam bidang tertentu. Tapi malangnya mereka terpengaruh dan terperdaya dgn tipu helah org barat yg memutar belitkan ajaran islam. Benar kata Kak Mala, alangkah bagusnya sekiranya lagu2 di tv atau radio digantikan dengan doa-doa dan zikir yg membantu menguatkan keimanan kita.

  14. bEe says:

    As Salam,

    Golongan yg cuba rosakkan akidah ni dah berkurun lama wujud
    Cuma bg pendapat saya skang ni pulak berlanjutan disebabkan fahaman politik yg lbh berbanding agama tu sendiri :-)

    Iman tak dpt dijual beli cuma diri sendiri shj yg mampu mengubah diri ;)

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam.. benar tu Puan bee. apabila kita lebih mengutamakan dunia.. itulah jadinya.. isu agama diketepikan untuk menjaga kepentingan duniawi…. namun menjadi tanggungjawab kita umat islam untuk saling berpesan-pesan kepada kebaikan :D

  15. amy says:

    Sebab itulah kita di tuntut untuk mempelajari ilmu agama,tanpa pengetahuan yang mendalam mudah untuk golongan ini memesongkan akidah umat islam

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu Cik Amy… umat islam sepatutnya mempelajari Ilmu agama islam secara berterusan untuk menjaga akidah mereka. :D

  16. hafizmd says:

    as salam,

    memang ada asasnya teknik2 iklan2 tuh…benda yg kita baca berulang2, secara tak sedar juga akan menjadi makanan minda…

    terima kasih berkongsi artikel ni…

    mudah-mudahan kita dipelihara iman kita..ameen

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam. memang benar en hafiz.. tanpa kita sedari ia menjadi makanan minda yg merosakkan akidah kita.. semoga kita semua dijauhkan :D

  17. menj says:

    Analisis yang sangat menarik, terutamanya mengenai ayat yang diulang berkali-kali hingga mempengaruhi minda “di bawah tahap sedar” kita.

  18. cik tom says:

    eh xsangka plk tu sebenarnya strategi diorang..nasib baik cik tom xpernah pergi baca blog, fb or apa2 berkaitan dgn mcik tue..just pernah baca cerita ni dr blog lain je..

  19. latiffah says:

    Salam. Terima kasih diatas kiriman artikel ini. Saya ingin berkongsi pengalaman. Ni berkenaan bibik-bibik yg menjaga anak-anak kita sewaktu kita pergi kerja. Bibik-bibik ini bukan semuanya Muslim, tapi istihar diri Muslim apabila bekerja dgn orang Melayu. Mereka mengasuh anak-anak kita yg baru nak mengenali dunia, tak mustahil lama-kelamaan anak kita akan bercakap dialek bibiknya..contohnya perkataan GAMPANG amat ketara perbezaannya dengan kita orang Malaysia. Pengalaman jiran saya apabila terjumpa satu buku versi Indonesia (mungkin buku agama….) mengucap panjang bila kami amat-amati buku itu…rupanya bibik itu bukan Muslim…bagaimana kalau dia ajar pada anak-anak kita…Inilah cobaan dan cabaran bagi kita ibubapa zaman terkini. Cabaran untuk membesarkan anak-anak yang dikelilingi dengan peralatan canggih, oleh itu kita sebagai ibubapa hendaklah perbanyakkan ilmu agama pada diri kita agar kita dapat mendidik anak-anak kita ke jalan yang diredhai ALLAH.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik Latiffah. tima kasih atas info yg berguna ini. Saya percaya ramai ibu-bapa tidak menyedari risiko mengambil bibik dari indon ini. Semoga info yg dikongsi oleh cik latifah ini menjadi iktibar buat ibu-bapa agar lebih berhati-hati. :D

  20. mudah-mudahan mereka itu dadapt hidayah..

  21. ai zuhair says:

    menggunakan taktik minda luar sedar kita… hati2..

  22. gee aris says:

    Salam En Hairul
    Terima kasih atas info.
    Benar byk dh kes2 yg spt ini.
    Mohon drp ALLAH SWT agar ISLAM TETAP DIHATI UMAT NABI MUHAMMAD SAW.
    Wassalam…Terima kasih

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik gee,
      Byk2 kita berdoa agar diri kita, keluarga kita dan umat islam terhindar dari tipu helah ini… tq

  23. setias says:

    x apa…. kita puji Allah berulang di facebook…nanti anda lihat nama Allah anda akan terinagt ALLAHU AKBAR :) ………

  24. rafi says:

    assalamualaikum kepada saudaraku tuan punya blog.. Trima kasih tentang infonya! Sngt bermanfaat sy rasa krn teknik iklan tersebut tidak pernah terlintas d fikiran sy! Itulah kita harus melayan agama kita tetapi jgn layan jiwa kita kerana agamalah yg menyatukan dan membersihkan diri kita tetapi jiwa kita penuh dgn nafsu syaitan!

  25. nurpalestina says:

    DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

    Assalamualaikum wbt…

    menerusi artikel anda, rasa terpanggil untuk memberi sedikit buah fikiran. Sebenarnya, sedar atau tidak, kita (umat ISLAM) sentiasa berhadapan dengan karenah yahudi yang tidak jemu mahu memesongkan akidah kita. bukan itu sahaja, mereka begitu bernafsu untuk memanipulasikan akidah dan pegangan kita pada ISLAM menerusi agenda mereka iaitu food, fesyen, festival, song, show (movie), sport, dll..jika helah itu tidak berjaya, maka peluru dan bom pula yang akan mereka lontarkan. tidak dapat memurtadkan kita, membunuh juga sebahagian dari strategi mereka agar iman kita lemah dan berputus asa dari rahmat NYA.

    apa yang harus kita lakukan? melawan mereka menggunakan senjata? sudah pasti kita kalah. jadi, mau atau tidak, senjata kita yang kuat hanyalah iman dan akidah yang mantap. ramai di kalangan umat islam hari ini tewas dan murtad kerana iman dan akidah mereka lemah. dihulur dengan harta dan kemewahan hidup, agama suci mereka gadaikan. Nauzubillah..moga ALLAH pelihara iman dan akidah kita. amin!

    benarlah seperti sabda Rasulullah SAW….umat islam pada akhir zaman jumlah mereka ramai namun hanya diibaratkan buih-buih di lautan. rapuh sekali pegangan kita pada ISLAM. itulah punca iman dan akidah kita terjejas dan mudah dimurtadkan.

    APA yang perlu kita lakukan pada hari ini tidak lain melainkan memantapkan akidah kita pada ISLAM. apa jua serangan dari yahudi, insyaALLAH mampu kita tangani dengan iman dan taqwa. tidak perlu kita takutkan peluru mereka, tidak perlu juga kita lari bersembunyi dari mereka. apa yang seharusnya kita lakukan adalah memperhebatkan dakwah islamiah dan dakwah kepada umat islam khususnya supaya pemahaman islam mereka dan kita semua lebih baik dan utuh. insyaALLAH dengan bersatu ISLAM akan kuat, kita juga akan kuat.

    ALLAH SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, “…..mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup. barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka dan mereka menetap di sana.” ayat 217.

    setiap hari, kita berdoa pada ALLAH agar menetapkan hati kita pada agama yang diredhoiNYA (ISLAM) dan mematikan kita dalam ISLAM juga.

    INNASOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHIRABBIL ALAMIN.

    ps: sekiranya ada kesilapan, mohon diperbetulkan. ini sekadar buah fikiran ana yang kerdil..

    • Hairul Hissam says:

      Mmg bagus pandangan dan nasihat Cik Nur. Semoga menjadi peringatan buat kita bersama dlm mempertahankan aqidah kita :D

  26. mirun says:

    Tu baru siket jer tu…..
    akhir zamankan?

  27. Firdaus says:

    Ya Allah Ya Tuhanku jauhkan la diriku dari murtad

    banyak yang murtad bukan tak faham tentang islam tapi nak bebas dan hidup mewah tanpa ada batasan

  28. mmg licik dan halus menggunakan minda bawah sedar yang kita x dpt kawal..

    kita dh tahu strategi mereka…mungkin kita boleh buat ‘senjata’ ini mkn tuannya..dengan tidak putus-putus menimba ilmu..dan berdoa kepada tuhan..

    • Hairul Hissam says:

      Benar kata En Jebeng. Dengan pemahaman strategi ini, kita boleh gunakan kearah kebaikan untuk diri kita kan.. :D

  29. Hamba Allah says:

    Suruhan Allah jgn ditinggal, terutama SOLAT.. Wallahu ‘alam. :)

  30. zol says:

    kita kena ada jati diri, kalau kita ada pegangan agama insallah,kadang kadang kita mengaku kita ni islam tapi bila ditanya apa itu islam kita tak dapat nak jawab orang macam inilah yang selalu selalu tepengaruh dengan anasir luar bila ada sesuatu hiburan yang menyeronokan mudah terikut ikut,kadang kadang kita lupa hal hal akidah yang kecil selalu membuatkan kita terpesong.yang kecillah sebenarnya yang paling jahat

  31. zainab arshad says:

    terima kasih kerana menyebarkan maklumat ini kepada Umat Islam

  32. saidatul says:

    BOLEH TOLONG HANTAR EMAIL AL QURAN EXPLORER KEPADA SAYA

    TERIMA KASIH BERKONGSI AL QURAN EXPLOREE….

    saidatulnatrah85@yahoo.com

  33. riza says:

    Bagus Hairul sediakan Quran Explorer online ni..Kak Riza nampak kesannya melalui dendangan bacaan Al-Quran dari Sheikh Misyari, Saad al Ghamdi dan Imam Mahir al-Muayqali (kesukaan Qari kak Riza). Dengan suara yang sedap dan bacaan yang betul, dapat menarik kita supaya sentiasa berdampingan dengan alunan Al-Quran. Tenang hati mendengarnya…konsep ‘iklan’, yang Hairul sebut tu dapat diterapkan di sini, iaitu berulangkali mendengarnya seterusnya diterapkan ke dalam minda separuh sedar (subconscious mind) akan menggerakkan kita lebih lagi kepada Allah S.W.T…Syukur, Alhamdulillah, semoga Allah memberi ganjaran yang berganda kepada usaha murni Hairul…

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.