Asas bisnes online dan offline yang paling penting. Tanpanya anda tidak akan mampu menjual.


Semenjak memulakan biznes internet ini, saya dapati ramai yang berminat berniaga. Ramai nak buat biznes online atau offline. Semua berlumba-lumba mendapatkan panduan, tips dan rahsia untuk buat duit. Dengan harapan mendapat pulangan lumayan. Malangnya ramai yang kecewa kerana tidak memahami asas perniagaan yang penting.

JIka anda pernah gagal. Pernah buat silap. Jangan berputus asa. Semua orang bermula dengan kesilapan. Begitu juga dengan saya. Begitu juga dengan ramai peniaga lain. Dari sinilah kita belajar erti sebenar sebuah perniagaan. Dan erti sebenar sebuah kejayaan. InsyaAllah.
.

asas bisnes

.
Dalam bisnes online ramai berpendapat trafik atau pelawat adalah nadi utama bisnes online. Benarkah trafik adalah segala-galanya? Bagaimana jika jutaan pelawat masuk ke laman web anda. Baca-baca dan tinggalkan laman web anda tanpa membeli produk anda. Tanpa mengisi borang opt in. Tanpa klik apa-apa link anda.

Begitu juga dengan perniagaan offline. Anda pasang signboard sebesar gajah :D . Hantar flyer. Buat pelbagai jenis promosi. Ratusan orang datang ke kedai anda.. Tengok-tengok dan beredar. Tanpa membuat sebarang pembelian. Tak ke tension dibuatnya. :P

Di sini saya ingin berkongsi salah satu aspek yang paling penting dalam perniagaan iaitu kepercayaan pelangan. Bagaimana membina kepercayaan pelangan yang menghasilkan jualan. Anda tidak akan mampu menjual selagi pelangan merasakan anda seorang penipu. Sukar menjual sekiranya pelangan masih ragu-ragu tentang diri anda, produk anda dan perniagaaan anda. Samada online atau offline, konsepnya tetap sama. Inilah asas perniagaan samada bisnes online atau offline yang paling penting.

Kita cerita dulu tentang bisnes offline terlebih dahulu.

Semasa saya berkerja dulu. Saya dan kawan saya ke sebuah kedai makan. Dari jauh dia tengok kedai makan tu “Hairul, kita makan tempat lain la”… Heran juga saya “Laaa kenapa pulak nie”.. Rupanya, sahabat saya ini pernah mengalami cirit birit disebabkan makanan tercemar. Memang menyakitkan kalau kena cirit birit ini. Ini menyebabkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan untuk makan ditempat sebarangan.

JIka anda berniaga makanan, pastikan kedai anda benar-benar bersih. Kebersihan memberi satu kepercayaan pelangan yang makanan anda selamat dimakan. Ini sebagai satu contoh membina kepercayaan pelangan. Dua aspek yang paling penting di sini. Pertama, kenal pasti apakah kebimbangan pelangan terhadap perniagaan anda. Kedua bagaimana mengatasinya secara langsung dan tidak langsung dan seterusnya membina kepercayaan atau keyakinan pelangan.

Kita ambil pula contoh yang lain. Tentu anda biasa didatangi penjual di rumah anda. .. tuk.. tuk.. tuk… Bila buka pintu je.. “Assalamualaikum bang, saya jual keropok lekor bla..bla..bla….” Kita pun terperanjat dibuatnya. “Apa.. jual apa… arrr… tak pe lah… tak berminat” Kita pun risau nak beli atau tengok.. ntah penyamun ker… ntah elok ke tidak keropok lekornya.. ntah saper… kita pun tak kenal..

Namun sebaliknya sekiranya peniaga tersebut menghantar flyer (surat promosi) terlebih dahulu yang berbunyi “Kami dari syarikat Star Creative Food Center akan membuat promosi dari rumah ke rumah jualan keropok lekor asli Terengganu dengan sos cili udang perisa durian. Wow. Dibawakan terus kerumah anda esok dengan harga promosi..bla..bla..bla..”.. Barulah bila.. Tuk.. Tuk… tuk… Pelangan buka pintu pintu je “Nie yang jual keropok lekor terengganu tu ker, apasal lambat sampai.. dari pagi makcik tunggu taw.. bla..bla..blaa..” Belum bukak mulut dah kena tibai..he.he.he.. Barulah pembeli berminat nak tengok produk anda dan cuba. Tapi pastikan betul-betul sedap, kalo tak naya kena betul-betul tibai nanti. :P

Begitu juga dengan perniagaan lain. Jika anda penjual baju. Fikirkanlah apakah kebimbangan pelangan untuk datang ke kedai baju anda. Apakah kebimbangan pelangan untuk masuk ke kedai baju anda. Apakah kebimbangan pelangan dalam memilih dan membuat pembelian. Tentu anda lebih arif tentang perniagaan anda. Dengan mengenal pasti kebimbangan pelangan, anda mampu mencari jalan terbaik menghilangkan kebimbangan ini dan membina kepercayaan atau keyakinan pelangan anda. Barulah boleh menghasilkan jualan.

Begitu juga dengan bisnes online. Konsepnya tetap sama. Dan membina kepercayaan pelangan online jauh lebih mencabar. Kenapa bisnes online lebih mencabar. Cuba anda jawab soalan ini. Mudahkah anda untuk membeli dengan seseorang yang tidak dikenali atau tidak nampak?. Sanggupkah anda membayar untuk produk yang anda tidak dapat pegang atau benar-benar lihat?. Di sini strategi membina kepercayaan pelangan amatlah penting di dalam bisnes online.

Mungkin, ada yang berlumba-lumba membina kredibiliti di forum. Tapi bila ramai sangat nak bina kredibiliti di forum…. dah macam rojak daa forum tu dibuatnya….. he.he.he. Samaada menggunakan forum, blog, facebook, twitter atau sebagainya, membina kredibiliti memerlukan masa dan kesabaran. Salah satu teknik utamanya memberi manfaat kepada orang lain secara percuma. Sebaliknya jika di forum dan fb anda hanya tahu promosi, promosi dan promosi sahaja, anda sebenarnya merosakkan perniagaaan anda.

Untuk kejayaan bisnes online, laman web jualan amat penting . Ini kerana tidak semua pelawat datang melalui blog atau fb anda. Ada yang datang dari search engine seperti google. Ada juga dari banner promosi atau dari agen-agen pemasaran anda. Dan walaupun anda dikenali sehebat Dr Irfan Khairi atau Dr Fadzilah Kamsah, belum tentu orang membeli produk anda sekiranya laman web jualan anda tidak mengoda. Tapi biasanya orang hebat ini, promosi dan laman webnya memang mengoda dan mengiurkan. :D Oleh itu anda perlu bijak membina keyakinan pelangan melalui laman web anda.

Inilah serba sedikit tips asas bisnes online dan offline yang paling penting.
.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 10 Mar 2011 - Visited 13762 times, 26 so far today    18 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

18 Responses to "Asas bisnes online dan offline yang paling penting. Tanpanya anda tidak akan mampu menjual."

  1. Nurseda Julaksa says:

    wow! sebuah artikel yg ringkas tp sarat dgn info. Tq sdr hairul. x prnh sya baca artikel sampai habis, tp yg ni intrsting sgt.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali cik Nurseda kerna sudi membaca artikel ini.
      semoga ia memberi manfaat kpd Cik Nurseda..
      di samping menceria hari cik.. tq ya :D

  2. BLog yang sangat mnenarik dan cantik.. Terpegun saya melihatnya. saya mengimpikan blog yang cantik seperti ini. Syabas saudara:)

    Mengenai tajuk di atas saya setuju kepercayaan dan keyakinan perlu ada dalam perniagaan. jika tidak sukar untuk mendapatkan pembelian dari prospek. saya telah belajar mengenainya, rupanya kredebiliti penting dalam sesebuah perniagaan. Bagi orang kenal kita dulu dengan memberi tip-tip yang menarik dan membantu prospek secara percuma(blog atau forum), barulah kita dapat membina kredibiliti dan dari kredibiliti itulah barulah terbit keyakinan prospek pada kita seterusnya berlakulah pembelian.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih en. Hairil mokhtar di atas tips dan pandangan tersebut..
      Memang benar kata en. Hairil, kredibiliti amat penting dalam sesebuah perniagaan.

      Sebenarnya byk kita boleh belajar dengan melihat
      bagaimana bisnes offline membina kredibilitinya..
      Bagaimanan KFC membina kredibilitinya.
      Bagaimana RHB membina kredibilitinya…
      Sesuatu yg seronok mengkaji strategi bisnes lain untuk di aplikasikan dalam bisnes kita.. tq :D

  3. Hazlina says:

    hairul..thanks kerana sudi berkongsi maklumat yg amat berguna…insyaallah sy akn membeli panduan business online hairul,sebab sy pun br berjinak2 dgn business on9 ni..thanks a lot..

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali Cik Hazlina,
      InsyaAllah Pakej Bisnes Online mampu
      membantu cik Hazlina membina Bisnes Online Yang Sebenar…
      tq ya :D

  4. ctsham says:

    tahniah hairul. anda adalah seorang penulis yg baik. Bahasa yg mudah difahami dan sarat dgn info. tq

  5. shukairi says:

    waaa…best la artikel ni :) rasa mcm nak like 10kali. mmg setuju sgt2, klu dapat buat pelanggan percaya kat kita..jual apa pun dia mudah nak beli.

  6. fuuyo.com says:

    erm…info yang menarik…:)

  7. Betul ape yg sdr hairul ckpkan..saya pon msih bertatih dlm mempromosi blog & mencuba menarik pelanggan ke bisnes online saya. Saya juga mempromosi bisnes secara offline..kerja keras & insyaAllah tanpa putus. Marilah kita doa kan semoga masyarakat segama & sebangsa kita terus berjaya dan usaha diberkati Allah.

  8. mashhura says:

    menarik asas tips bisnes yang anda berikan ,padat.

  9. ibnu muhamady says:

    Bagus sangat ni Mr. Hairul… terkenang-kenang oleh saya tulisan ni… terimakasih sangat telah banyak berbagi ilmu….

    • Hairul Hissam says:

      He.he.he.. dah lama juga tulis artikel nie.. namun ia tetap praktikal sepanjang masa.. semoga bermanfaat…

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.