Ramai betul yang tanya bila nak keluar video masakan baru…. Maaflah busy siapkan versi baru iaitu belajar terus dalam website. Berbulan2 gak memikirkan versi terbaik nie. Lepas tu kan.. nak kena buat untuk semua pakej yang ada pulak tu. Letih betul! Akhirnya siap juga.
Sekarang versi web ini untuk pengguna handphone iphone dan ipad. Manakala versi apps untuk pengguna handphone android (handphone android ialah handphone selain iphone dan ipad)
Jom tengok rupa versi web dalam video di bawah;
4 Kelebihan versi Web
1. Boleh buka di semua jenis handphone, semua jenis laptop dan apa shj alat yg boleh buka website termasuk smart tv
2. Tak perlu download dan install apa2. Anda hanya perlu buka link website belajar. So tak guna space/memori rom handphone anda.
3. Kalau handphone rosak atau laptop rosak, boleh tonton di dalam website pada bila-bila masa di handphone baru atau laptop baru.
Sejarah Versi di lancarkan since 2010
Dalam artikel ini, saya cerita hanya versi video masakan semenjak tahun 2010. Sebelum 2010, ada versi lain yang lebih canggih saya buat tapi untuk panduan bukan masakan.
1. Versi Video Pdf dalam DVD (2010)
Versi ini belajar dalam pdf file atau juga dikenali sebagai video ebook. Semua video, gambar dan text penerangan dimuatkan dalam pdf file. Ia bukan pdf biasa, tapi video dalam pdf. Mula-mula keluar tiada masalah dan ramai suka. Cuma selepas beberapa tahun, komputer dah bertambah canggih, ia dah tak compatible. Lagipun kebanyakkan pdf reader sekarang tidak boleh buka video dalam pdf.
2. Versi Dvd Movie (2016)
Ini versi yang terbaik menggantikan versi video pdf. Ia sama seperti dvd filem yang dijual di kedai dvd filem. So ia boleh dibuka di televisyen dengan dvd player dan boleh dibuka di laptop window, mac dan yang lain. Dan jika komputer upgrade lebih canggih, ia tetap boleh buka kerana ia dalam bentuk dvd filem. Kalau anda buka dvd filem yg dibeli tahun 2000, ia tetap boleh buka.
3. Versi USB Movie (2017)
Ia sama seperti dvd filem, cuma kandungan dvd filem di masukkan ke dalam usb drive atau pendrive. Sekarang ramai yang tiada dvd drive di laptop mereka, So usb pendrive ini sangat membantu mereka.
4. Versi Apps (Sept 2018)
Versi apps dibuat kerana ramai yang minta video belajar yang boleh di buka di dalam handphone. Cuma versi apps ini untuk semua jenis handphone selain iphone/ipad
5. Versi Web (March 2019)
Salah satu sebab versi web dihasilkan kerana versi apps tidak boleh dibuka di handphone jenis iphone dan ipad.. Ramai pulak yang guna iphone. Namun begitu, versi web nie boleh dibuka di semua jenis handphone, laptop dan apa sahaja alat yang boleh buka website termasuk smart tv.
3 Versi terbaik yang dijual sekarang
So sekarang 3 versi yang terbaik dijual ialah versi web, versi dvd movie dan versi usb movie.
- Versi Web= RM50: Belajar dalam web&fb. Boleh buka di semua alat yg boleh buka website termasuk semua jenis handphone, laptop, tablet dan smart tv. Perlu line internet untuk buka web.
- Versi Apps= RM50: Belajar dalam semua jenis handphone/tablet kecuali iphone/ipad. (Untuk penguna Iphone/Ipad boleh guna versi web} Selepas download, tidak perlu lagi line internet.
- Versi DVD Movie = RM60: Belajar dalam komputer, laptop dan television dengan dvd player. Laptop jenis window, mac, linux semua boleh. Dvd diposkan ke rumah anda. Tidak perlu line internet.
- Versi USB = RM70: Dapat versi movie untuk semua jenis komputer, laptop & notebook dan versi apps untuk semua jenis handphone kecuali iphone/ipad. Usb diposkan ke rumah anda.
- Untuk luar negara sila beli versi apps/web belajar dan harga sama.
Memang betul tu, web tak mungkin akan rosak. Manakala dvd pula ada kemungkinan boleh rosak. Sebenarnya dvd nie, kalau lepas guna, terus masuk dalam casing dvd, ia tak akan rosak. Yang jadi rosak bila lepas guna anda letak merata-rata walaupun terbalik. Yang anak pergi buat main, confirm la rosak.
Senarai produk ada dibahagian bawah. tqvm
Karim says
tentu lebih mudah belajar dengan versi web tu..
semoga bisnes success…
Hairul Hissam says
yup mmg mudah bro…
Aishah says
di antara versi2 tu, belajar dalam web lagi mudah sbb skrg tak ramai x ada dvd player.
Hairul Hissam says
Mmg betul tu, skrg zaman handphone..
Sani says
Terbaiklah bang bila dah ada versi yang terkini. Pegi mana-manapun boleh tengok kan?
Hairul Hissam says
betul tu bro..
harap2 tak perlu lagi lee nak buat versi baru lagi… letih.. ha.ha.ha.. umur dah meningkat nie.. kepala pun dah slow nak belajar benda baru.
Abam Kie says
memang berbaloi bila baca resepi en hairul ni, tambahan lg pd bln puasa yg bakal menjelma. mudah la nak jdkan rujukan bila memasak. Thanks.
Hairul Hissam says
mmg betul tu.. bila bulan puasa nie.. ramai mencari resepi dan panduan untuk bisnes di bulan ramadan…
anies says
wahhhh hebat2… semoga terus berjaya!
Hairul Hissam says
amin.. begitu juga sis..
mrhanafi says
alhamdulillah bro…
percapaian semakin ke depan dan ia cukup membanggakan saya bro.
tahnian dan semoga terus sukses
Hairul Hissam says
tq bro…pencapaian saya nie… kecil jee bro…
anies says
untung org sekarang kan… x yah msk kelas memasak… tgk je video… tulah namanya kelebihan teknologi
Hairul Hissam says
betul tu.. Org dulu sampai ke gunung ledang mencari putri resepi. heee
org skrg dihujung jari jeee semuanya..
wenn says
wahh.. bestnya da ada versi web. InshaaAllah, lebih mudah untuk belajar dimana saja. sebelum ni, saya dah beli pakej belajar 13 kek harijadi versi usb otg. Dan, cara chef hairul mengajar sangat jelas, teliti, lengkap dan mudah difahami ?. Terima kasih en. Hairul kerana memudahkan kami untuk belajar berbisnes tanpa masuk ke dlam kelas. Semoga en. Hairul dan keluarga sentiasa murah rezeki & semoga usaha en Hairul ini menjadi pahala jariah.
Hairul Hissam says
Amin…Terima kasih wenn di atas pembelian pakej deco kek. Semoga ilmu dalam pakej tu dapat membantu wenn menjana pendapatan keluarga. InsyaAllah.
ciktom says
mmg betul tu better guna web…sbb dl dpt dvd dh mn hilang bila pindah randah..hehe..ada save copy dlm laptop..tp thn lepas laptop plk rosak..so mmg terbaik bt versi web..
semoga bisnes bertambah sukses..halalkan segala ilmu dr tuan hairul selama ni…
Hairul Hissam says
Heee.. tambahan lagi kat mana2 boleh buka. Cuma perlu ada internet.
Ada juga nak versi app sbb download selali dan tak perlu lagi line internet.
Faizah says
Bagus en Hairul, semoga usaha en Hairul diberkati dan menjadi jambatan pahala di akhirat kelak.
Hairul Hissam says
amin.. terima kasih ya..