Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Telur Bungkus ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Telur Bungkus
2 sb isi ayam (potong kecik, gaul dengan garam dan kunyit)
1/2 biji tomato
1/2 sb cili kisar
1 bwg merah
1 bwg putih
1 sb sos cili
1 st sos ikan
bunga kobis
garam
gula
2 bj Telur
Cara Membuat Resepi Telur Bungkus
1. Panaskan kuali ltk minyak sikit.
2. Masukkan ayam dan goreng hingga keperangan
3. Masuk bawang kemudian cili kisar n tomato.
4. Masuk bunga kobis, sos ikan dan sos cili. Kacau sebati.
5. Masukkan garam dan gula. Tutup api bila kuah pekat. Ketepikan
6. Pecahkan 2 biji telur, ltk sikit garam n kacau dengan garpu.
7. Panaskan kuali.
8. Tuangkan telur ke dalam kuali bermula dari tepi kuali (tuang ikut bulatan) Cepat-cepat angkat dan golekkan kuali agar telur nipis dan rata.
9. Perlahankan api dan masukkan isi ayam td
10. Lipat penjuru telur dadar hingga menutupi isi telur bungkus.
11 Sediakan pinggan dan tekapkan di atas kuali berisi telur bungkus. Terbalikkan. Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi telur bungkus
HJH JULAIDAH says
saya suka masak ini
Hairul Hissam says
selamat mencuba…
isya says
Yeyy,boleh la cube lepas ni,mekasih ^_^
Hairul Hissam says
selamat mencuba..
arba says
wow sedapnya telur bungkus
best buat lauk berbuka
terliur pula huhu
Hairul Hissam says
Memang sesuai sangat tu.. selamat mencuba resepi telur bungkus niee..