Pernah makan daging salai tak? Memang rugi laaa sesape yang tak pernah makan. Memang marvelouseeee. Sekali makan, berpinggan-pinggan nak lagi tawwww. Bau salainya, perghhhhh menawan kalbu beb. Kena pula daging salai asli menggunakan resepi turun temurun keluarga dari jelebu negeri sembilan. Memang terangkat setinggi menara petronas beb.
Kepada yang tercari-cari penjual daging salai asli nie, boleh membelinya dari penjual daging salai yang tinggal di Kuala Lumpur. So jika anda berada di Selangor, Kuala Lumpur atau Negeri Sembilan, bolehlah ambil direct dengan beliau. Daging salainya memang special kerana disalai menggunakan arang dengan teknik keluarga turun temurun dari Jelebu, Negeri Sembilan.
Harga daging salainya amat berpatutan iaitu RM28 untuk setengah kilo. Memang berbaloi laa dengan rasa, bau dan keenakkannya. Yang bestnya daging salai nie memang segar kerana hanya dibuat apabila ada tempahan sahaja. Teknik dan resepi daging salainya, memang menggunakan style turun termurun dari Jelebu, Negeri Sembilan. Memang asli laa beb. Lagipun daging salai Negeri Sembilan memang terkenal dengan bau dan keenakkannya. So sangat berbaloi laa dengan harganya iaitu RM28 untuk setengah kilo.
Soalan Biasa Kpd Penjual Daging Salai
1. Boleh Ke Daging Salai Nie Dimakan Begitu Sahaja?
Memang laaa tak boleh, bang oiii. heee. Kebiasaannya daging salai dimasak dalam masakan masak lemak kuning. Tapi sebenarnya anda boleh masukkan dalam apa sahaja masakan berlauk yang menggunakan santan. Nak masuk dalam mee maggi kari pun boleh taw.
2. Bagaimana Cara Penyediaan Masakan Daging Salai Nie?
Ketulan daging salai yang dibeli perlu dibersihkan dan direbus terlebih dahulu selama setengah jam. Ini bertujuan menjadikan ia lebih empuk, lembut dan menaikkan lagi aromanya. Selepas itu barulah dihiris nipis-nipis dan dimasukkan ke dalam masakan berlauk seperti masak lemak kuning.
3. Berapa Lama Daging Salai Nie Tahan Sebelum di Masak?
Daging salai nie boleh tahan dalam tempoh 4-6 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk beku. Namun tempohnya bergantung juga pada kesejukan peti beku anda. Daging salai nie memang tahan lama.
4. Macam Mana Nak Dapatkan Daging Salai Nie?
Mohon maaf bebanyak, penjual daging salai nie terpaksa stop menjual daging salai kerana mempunyai pekerjaan lain yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Yelah, membuat daging salai nie memerlukan masa yang agak lama. Nanti kalau penjualnya kembali menjual semula, saya akan update semula di blog ini.
Lepas nie mesti ramai yang mencari daging salai. Lebih-lebih lagi bila dapat pujian dan permintaan yang tak henti-henti dari keluarga. Sekali makan, berpinggan-pinggan nak lagi. Barulah suami anda tak sabar-sabar nak balik ke rumah. Anak-anak pula tersenyum memuji masakan ibunya. Sudah tentu ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan anda. Semoga daging salai menjadi masakan ter istimewa buat keluarga anda.
Hafizul says
Huhu..tak pernah makan lagi daging salai ni..dah tak boleh nak imagine macam mana kesedapan dia tu..yang pasti, mulut dah rasa mengidam..aaa sudah..haha
Hairul Hissam says
Kalau bini bro baca artikel nie, tentu skrg juga dia suruh bro peee cari dan jumpa penjual daging salai niee…. heee
titan says
fuhh..
macam sedap betul nih..
bak sikit.
Hairul Hissam says
Sekali rasa, berkali2 mau lagi bro…
Kalau nak, ambik jeee kat penjual daging salai tuu.. tapi kena byr leee dulu.
rujukan says
saya x pernah lagi rasa daging salai ni, kalau ada depan mata nak juga cuba
Hairul Hissam says
Rugi betul laa bro.. mmg marvelouseeeeee daging salai nie… Kalau jalan KL, bolehlah hubungi penjual daging salai tu.. .. 😀 …
ahmadyani says
Dulu, dapur rumah nenek pakai kayu api. Ada para di atas dapur. Selalu letak daging di situ. Pada saya itulah daging salai paling sedap. Masak apa pun sedap…
Hairul Hissam says
Benar tu, daging salai mmg sedap. Lagi2 daging salai yg dimasak style negeri sembilan.
Noriza Rahman says
Mertua saya orang nogori memang suka sangat la dengan masakan daging salai ni..dah ada area KL ni memang boleh beli la..
Hairul Hissam says
Daging salai mmg terkenal di negeri sembilan. Org negori mmg suka. Untunglah puan noriza tinggal dekat dengan penjual daging salai nie. Hari2 boleh makan lauk daging salai special nie.. hee
ema says
daging salai ni bukan masin ke?
Hairul Hissam says
Eh tak lah.. DAging salai tak masin. Kalau nak tahu rasanya yg sedap, kenalah dapatkan satu dari penjual daging salai di Kuala Lumpur nie.. Memang berbaloi..
kak yatiadam says
wah.. kak dapat imagin..mesti sodap ni… daging salai kn… kak suka baca blog kamu jemput ke blog kak..
Hairul Hissam says
InsyaAllah sodapp.. tak cuba tak taw.. heee
Waniey says
Di mana tempat membeli daging salai. Dan apa no contact utk membeli daging salai di area kuala lumpur
Hairul Hissam says
oh penjual daging salai tu dah tak cukup tangan sbb byk sgt tempahan..