Masih teringat lagi beberapa tahun lepas saya memulakan perniagaan pasar malam. Banyak pengalaman suka duka ditempuhi. Itulah pengalaman berharga. Dan agak mencabar kerana diusahakan jauh diperantauan. Bagaimana tempat yang begitu asing bagi saya, saya mampu mendapat 5 tapak pasar malam seminggu. Bersama seorang rakan, saya menerokai dunia pasar malam. Rakan saya pun bukan orang sana.
“Bang-bang, macam maner nak dapatkan tapak pasar malam disini” Terperanjat abang tu. Tiba-tiba jer tanya soalan yang tak related ngan baju yang dijualnya. “Kau nak jual apa” Pantas dia bertanya. “Saya nak jual makanan” Dalam hati, jangan risau bang saya tak jual baju macam abang..he.he.he “Kena daftar kat majlis perbandaran” Jawapannya macam malas je nak layan. Saya pun beredar la.
Pergi pula ke gerai makanan. “Kak, kuih nie 2 ringgit kak, mesti sedap kuih akak nie” Lepas bayar mula la pasang ayat. “Macam maner nak berniaga kat pasar malam di sini ya kak”. Wah punya la panjang lebar mak cik tu menerangkan, dari A to Z. Kalau bawa buku, mau satu buku penuh saya tulis. Lepas tu saya tanya lagi. “Kat maner lagi tempat pasar malam selain disini ya.. tempat lain yang akak berniaga”.. Wah dia senaraikan punya la banyak. Silapnya tak bawa nota. Susah juga nak ingat tempat-tempat tu, sebab kita buka orang sana. Lepas tu mula la mencari peta mencari tempat tu. he.he.he.
Dan di pasar malam lain, saya bertanya lagi soalan yang sama. Lain pula jawapannya “Nak berniaga disini kena tanya ngan AJK kampung, dalam pukul 6.30 dekat nak maghrib, biasanya diorang akan datang collect sewa tapak” Hari tu juga, saya datang lagi tunggu orang-orang AJK kampung kutip sewa. Punya la letih ke hulu ke hilir mencari AJK kampung tu. Kita bukannya kenal. Makcik nie kata kat sana. Dan sampai sana. Pakcik tu kata kat sana pulak. Ke hulu ke hilir, akhirnya jumpa juga orang nyer.
Itulah permulaan saya mencari tapak pasar malam. Mudah bukan, hanya perlu bertanya dan terus bertanya. Kalau orang sindir kita, buat bodoh je la. Yang penting jangan berputus asa. Dan terus berusaha.
Secara kesimpulan, dari pengalaman saya terdapat dua jenis pasar malam. Pasar malam milik Majlis Perbandaran dan Pasar malam AJK Kampung. Pasar malam Ajk kampung amat mudah. Kalau ada kosong, minggu depan dah boleh masuk menjual. Dan saya mendapat 3 tempat dari AJK kampung dengan cepat. Mungkin nasib baik dan dimurahkan rezeki.
Pasar malam dari majlis perbandaran berbeza. Makan masa. Kena tunggu ader offer, datang interview dan lepas tu kena tunggu dipanggil. Berbulan gak baru dapat. Terus terang saya tidak beberapa ingat prosedurnya. Kerana bukan semalam saya berniaga. So saya ceritakan apa yang saya ingat.
“Selamat pagi kak, bagi saya no telefon majlis perbandaran di sini”. Pertanyaan saya kepada operator telekom selepas mendail 103. Lepas tu bertanya pula kat majlis perbandaran tu “Assalamualaikum kak, ni majlis perbandaran ya. Boleh sambungkan saya jabatan yang mengguruskan lesen pasar malam” Di situ saya bertanya bermacam-macam sehingga alamatnya pun saya tanya juga.
Kalau tak silap saya, bila ada offer buka lesen pasar malam, dia akan tampal pada signboard di pejabat majlis. Dia akan senaraikan tempat pasar malam, hari pasar malam dan tarikh temuduga. Dan anda perlu membeli borangnya. Untuk temuduga anda tidak perlu apply. Terus datang pada masa tarikh temuduga. Masa saya datang temuduganya, punya la ramai datang, mau lebih 40 orang. Tapi dapat juga beberapa tempat.
Jangan tak percaya, saya siap bawa lagi makanan yang nak dijual. Terperanjat juga pengawai majlis. Tak pernah dibuat orang.he.he.he “Nie Cik, makanan yang akan saya jual, ada 7 jenis hasil ciptaan saya dan rakan saya. Saya cuma bawa 3 jenis daripadanya” Dah macam salesman pulak offer makanan. “Adik letak kat sana ya” Risau pula pegawai tu, takut orang ingat kena rasuah. Tapi nie la serba sedikit yang membantu saya mendapat 2 lagi tapak pasar malam disana. Semasa temuduga, anda perlu menyakinkan yang anda akan berniaga lama. Sebab banyak juga yang berniaga, beberapa bulan tutup. Penat Pegawai majlis nak cari dan buka offer baru.
So saya dapat 3 tapak dari AJK kampung dan 2 dari majlis perbandaran. Apa yang saya ceritakan ini benar, cuma ayatnya sahaja ditokok tambah bagi menceriakan hari anda. Mana la boleh ingat ayat sepatah-patah yang dituturkan beberapa tahun lepas.
yusli says
salam hairul, ok juga tu ada pengalaman berniaga pasar malam. Kat tmn saya ni pun ada pasar malam, hari rabu. betul kata hairul tu, ada 2 jenis pasar mlm. lumayan sebenarnya pasar mlm ni. rasanya ada buku pts ttg pasar mlm ni.
klu niaga makanan mmg penat. kain baju, tudung laku juga
Hairul Hissam says
wsalam yusli, betul tu berniaga makanan nie memang penat.
kurang penat kalau berniaga benda dah siap mcm pakainan, beg, barang2.
BOBY says
JUAL BELON JE KAT PASAR MALAM…LAKU PUNYA…ADA ORG BOLEH PEGI HAJI DARI HASIL JUAL BELON JE…Jangan x caye…ni betul pny kisah..
Hairul Hissam says
thanks atas cadangan tu Boby.
sebelum nie pun ada terbaca kisah penjual belon yg berjaya..
kat pasar malam memang ramai ibu bapa bawa anak2nya..
satu peluang baik menjualnya di pasar malam.. 🙂
rosli says
salam hairul, saya ada jugak tanya nak bisnes pasar malam kat MPJBT. Tak perlu isi form dulu sbb permohonan terlalu ramai, so hanya isi nama dan alamat je dalam buku rekod, nanti kalau ada kosong tempat, baru panggil temuduga. Kalau camtu kena tunggu sampai bila pun x dapat sbb tak ada peniaga yang nak keluar.
Hairul Hissam says
Wsalam Rosii, oh ye ke, lain pula ya caranya di MPJBT. Tapi cara MPJBT nie susah sikit la orang baru nak dapat tapak pasar malam. Yelah sebelum ada tapak kosong atau peniaga keluar, dah penuh buku menunggu. So kalo lambat daftar, jauh la menunggu. Macam tempat saya dulu, hanya kalo ada kosong sahaja baru dia buka offer. Tapi sekali buka offer, bukan untuk satu tempat jer. Tapi banyak tempat dan kawasan..
safwan says
saya pernah tolong mak say jual kuih kat bazar ramadhan,,,apply tapak bazar ramadhan lebih mudh kot,,,huhu
Hairul Hissam says
bazar ramadhan kena apply awal2. kalo tak penuh.. 🙂
mun says
cne nk apply tapak bzr ramadhn?
Hairul Hissam says
untuk Majlis perbandaran punyer, elok call majlis sebulan sebelum puasa.
manakala untuk AJK atau JKKK kampung kena pergi pejabatnya…
Lebih mudah tanya orang2 di pasar malam sebulan sebelum puasa..
semoga info ini membantu… 😀
zham says
salam semua, nk cari tapak pasar malam..tp bkn makanan la..tgal kat area dmsra dmai je..cari tmpt2 yg dkat dgn tmpt sy tgal..
Hairul Hissam says
wsalam zham.. kena rajin bertanya di pasar malam tmpt zham…
semoga berjaya dapat tapak pasar malam… 🙂
saadon says
Berniaga pasar malam ni memang kena fokus lebih. tapi kalau dah ada perkerja senang sikit kerja kita.
Hairul Hissam says
memang benar tu saadon, kalo ada pekerja memang lebih mudah.. tq 😀 …
AKU says
Saya kagum dgn blog ni, canteeek, artikel yang santai dan sedap dibaca, tahniah.
opps lupalak, saya datang dari testimoni saudara kat imabiz.info
sedikit komen, blog ni menyusahkan, jangan marah nati kenajual…hehehehe…..
saya nak tulis komen pun susah, langsung xbleh pakai mouse untuk edit @ cut,
sedikit cadangan, awak patut buang scrip disable right clik, right click banyak kegunaan selain daripada copy, cth utk open new tab, cukup hanya pakai scrip anty select untuk elak orang copy article
Hairul Hissam says
tq atas komen yg bernas tu..
yap sedikit menyusahkan kerana tidak boleh right klik 🙂
dan sengaja disusahkan agar pembaca lebih berdikari… 😀
lama-lama biasa la tu bro.. tq bro…
p/s: sye pown mula2 guna blog sendiri, sakit hati gak tidak bleh right click.. he.he.he
satu lagi pembaca boleh concentrate baca satu artikel..
kalo tak, bukak byk2 .. dah hilang tumpuan.
hanger tudung says
salam…saye mmg teringin nk jual kat pasar malam..cuma tak tau camne nak cari pembantu..sbb saye ni siang keje gomen…kire nk gtambah income la..
lagi satu barang yg saye nak jual ni ikut musim, bile da abes musim die mmg xlaku la barang tu..huhu..senang ke dapat tapak unt perniagaan sementara cam saye ni?
jual online pon da suam2 kuku jer..
Hairul Hissam says
wsalam… boleh juga letak di gerai pasar malam org lain 😀 dgn beri komisen pada mereka.
pasar malam memang tiada sementara kecuali bazar ramadan..
jualan online nie sebenarnya memakan masa.. kalo dah paham rentaknya baru berhasil… 🙂
paan says
salam bro..wa nk cari tapak pasar malam la..nk wat clearance stock je
xlama pun..ade x? mau area kuantan la bro..
Hairul Hissam says
Masa sye niaga pasar malam dulu, ada gak yg masuk sekejap2..
tapi di pasar malam milik AJK atau JKKK kampung…
diaorg masuk tapak yang ownernya tak datang….
bila nampak dalam pukul 5.30 kosong lagi, diaorg masuk la….
untuk JKKK kampung je…. Kalo majlis mau kena angkut barang nanti :)..
try bro tanya2 org disana untuk mencari pasar malam JKKK kampung
paan says
tq bro…akn d usahakan..
Hairul Hissam says
sama2 bro.. semoga berjaya 😀
apit says
salam hairul, saya baru nk mula berniaga di pasar malam…..apa yg hairul lalui sama mcm saya lalui skrg,thanks sbb bg saya info ttg Majlis bandaraya dgn AJK kg….baru saya faham. So bermaksudnye setiap kali saya masuk pasar malam saya perlu bertanye kawasan tersebuat under Majlis atau AJK kg la??? Pada pemikiran saya kawasan yg ada No petak itu under majlis betul ke….? Sbb ada kawasan pasar malam yg x sediakan No petak…..
Hairul Hissam says
Wsalam saudara Apit,
Saya doakan semoga bisnes saudara Apit berjaya. insyaAllah.
untuk majlis, biasanya memang ada no petak..
tapi untuk AJK kampung atau JKK kampung, ia bergantung kepada pihak AJK..
masa saya niaga dulu, ada tmpt AJK yg ada no petak dan ada yang tiada…
pernah gak tanya tapak kosong kat tmpt AJK kampung yg tiada nombor tapak..
makcik tu kata dah penuh.. tapi kalo baik-baik ngan peniaga disitu..
nanti diaorang boleh rapat-rapat tmpt niaga, so jadik satu lagi tapak kosong..
ada jgk yg kata, masuk je dulu tmpt peniaga-peniaga yg tak datang atau cuti…
nanti dah kenal.. dapat lah tapak… Utk AJK kampung je ye… 😀
Khai says
Salam.
Ada tapak lagi tak? Kalo ada kasi sewa kat saya. Target area Kuala Lumpur (DBKL) atau Ampang (MPAJ)
Terima Kasih.
Hairul Hissam says
Wsalam, Maafkan saya Khai, saya tidak menyedia service mencari tapak pasar malam.
just memberi info berguna cara mencari tapak pasar malam. tq ya.. 😀
feera82 says
salam..ooo…susah yer nak dpt tapak pasar malam.ingat setakat gi mohon,pastu dah leh masuk.payah la macam tu ekk.memang rancang nak niaga pasar malam pun.selamat la terbaca cerita en.hairul ni.
Hairul Hissam says
Wsalam… kena usaha lebih gak cik feera untuk dapat tapak pasar malam ini…
banyak berdoa kpd Allah, insyaAllah dipermudahkan.. semoga berjaya 😀
mizi says
nk tnye,,mcm mana kalu nk start bniaga dkt pekan2 hari,,,tmasuk la pasar2 malam ni….
Hairul Hissam says
Salam en. mizi… kalo pasar malam elok tanya ngan peniaga2 pasar malam di sana.
kebanyakkan org pasar malam nie. baek-baek belaka.. terutama yg jual makanan…
kalo bukak ditepi-tepi jalan tu.. yg saya dengar… diaorg main bukak jer..
tapi kalo pihak majlis lalu.. tak sempat cabut… kena saman la…
ismurtabak says
as’salam hairul..ada x kemudahan2 lain yg diberi oleh majlis perbandaran @ ajk kg selain drp menyediakn tapak niaga pasar mlm.cth memberi alat2,perkakas utk berniaga?
Hairul Hissam says
Wsalam En Is, biasanya untuk peralatan niaga kita beli sendiri….
tapi ada gak ajk kg yg sediakan service sewa khemah dan sebagainya…
Rasernya elok en. Is bertanya ngan pihak ajk atau majlis di kawasan en. Is… tq ya.. 😀
slomb says
kalau boleh buat kursus perniagaan
Hairul Hissam says
Kurang berminat la buat kursus nie…
sebab lebih efektif ajar melalui CD dan blog…
boleh dibaca atau ditonton berulang kali…
dan saya lebih banyak masa buat benda lain..
tq en. Slomb atas idea tu. 😀
slomb says
Pasar Malam , ramai meniaga,kadang2 tempat terhad,macam mana nak segera dapat info?
Hairul Hissam says
Kalo ada member kat pasar malam .. memang cepat dapat info…..
So kalo dapat satu tapak pasar malam, kenal-kenal peniaga disana…
insyallah mudah dapat tapak yang lain… tq 😀
penn says
hi,abg hairul.sy nak tumpang tanya boleh?nak niaga kat pasar mlm kat prima damansara tu boleh kol siapa
Hairul Hissam says
Hi En. Penn… saya kurang pastilah kalo di prima damansara…
Elok en. Penn bertanya sendiri dengan org yang berniaga di kawasan tersebut..
semoga info ini membantu… tq ya 😀
ghadafie says
kalau ada dengar tapak pasar malam baru nak buka gitau yerk.. thankz
Hairul Hissam says
Ohhh.. kalo ada sesapa yg dengar tapak baru.. tolong bagitaw en. ghadafie.. :D…
p/s: saya dah lama bersara dari pasar malam… 😀
Deanna says
bang,sy nak tnye..sy nie org muda yg baru nk bjinak dlm bisnes.sy bniaga kecil2an menjual aksesori perempuan.bisnes sy amat mendapat sambutan dr kwn2 sebaya.sy nak cuba buka booth dgn sewaan rm850 utk 3hari di putrajaya.bg org muda spt sy,rm850 besar nilainya.Sy ada peluang itu tetapi sy telalu think of worst utk mulakan.bg abang,dlm bniaga di event atau expo,boleh ke untung bersih sy sehari lbih dr rm1000?sy amat risau tentang kerugian.
Hairul Hissam says
mahal gak tu RM850 utk 3hari….
sebenarnya jualan bergantung pada lokasi, cara mempromosi
dan bagaimana cik deanna menarik perhatian pengunjung..
dan juga membina keyakinan pengunjung ttg kualiti produk cik deanna.
Pada saya lah, ia satu peluang baik pada cik Deanna berkenalan
dengan peniaga lain, belajar dan dpt lubang atau tempat niaga lain…
Mungkin kalau tak dapat capai target jualan, at least cik deanna dapat
pengalaman, rakan niaga dan ilmu yg berharga yg membawa keuntungan dimasa hadapan…
salida bt abdullah says
akum.saya berminat nak berniaga pasar malam.tapi tak tau mcm mana caranya. saya hanya hendak berniaga 2 kali dlm seminggu krn saya bekerja shift. bercadang nak berniaga barang kering spt kasut,slipar & aksesori .mohon beri panduangnya.terima kasih banyak
Hairul Hissam says
Mmg bagus tu cik salida mulakan biznes secara part time…
lepas dah serasi dan menjadik.. baru bikin full time..
teringat dulu ada seorg abg jual brg kering mcm nie..
pagi dia jual kat pasar tani… malam jual kat pasar malam..
keja pun senang … duduk tunggu customer je… 😀
Langkah pertama.. cik salida gee pasar malam..
dan tengok mcm mana org2 yg jual kasut nie beroperasi…
apa kelengkapannya dan sebagainya… rasernya tips nie cik salida pun taw :D..
lepas tu berbual ngan peniaga makanan .. tanya mcm mana nak dptkan tapak disitu….
semoga tips ini membantu…. yg penting.. jgn berputus asa.. dan terus berusaha…
salida bt abdullah says
TQ.cik hairul.allah memang nk tolong..dua hari lepas terjumpa kawan lama. rupa2nya dia dh lama buat bisnes pasar malam.dia janji nk tolong.malam ni nk try rambo kat tmn seri gombak.doakan semoga saya berjaya.
Hairul Hissam says
tima kasih kembali.. Kalau kita banyak berdoa kepada Allah, insyaAllah dipermudahkan. yang penting jangan berputus asa. Saya doakan Cik Salida terus berjaya. 😀
jonet says
Salam bro,
Bole x bro listkan tapak2 pasar malam bawah JKKK atau non-Majlis nyer area KL and Selangor?
TQ bro
Hairul Hissam says
Maaflah en jonet.. saya dah lama bersara dari berniaga pasar malam..
tapi kalo kat jb ada laman web dari MBJB dibawah nie..
http://www.mbjb.gov.my/web/guest/pasar_malam
amiehawwari says
Suka melihat bangsa kita berniaga. Berniaga biar di pasar malam kampung, tapi pemikiran ibarat tauke kilang.Yang penting sikap berniaga betul,jujur & ikhlas.Selamat Maju Jaya.
Hairul Hissam says
Benar en. amie, berniaga perlu jujur dan ikhlas…
itulah asas perniagaan untuk survive dalam apa jua bisnes….
marvellous.info says
Bazaar malam Marvellous Nite Market dibuka untuk pendaftaran kepada peniaga-peniaga. Konsep car boot sale & curb walk sale. Promosi (2) bulan percuma untuk keahlian dan diskaun 50% kepada bukan ahli dari bulan 8 & 9 ini. Kunjungi laman http://marvellousnitemarket.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
Hairul Hissam says
sesiapa yg nak menjual dibazar ramadan…
kenalah daftar awal2…
NIK says
salam en hairul, sy sangt berminat atikel2 yang di tulis. saya memg beniat nak berniaga pasar malam, skrn sedangn bt kajian dan cari ilmu sikit sebanyak, inagt nak jual air soya dan taufufa dan air2 jajan.. mintak pandang sama ada sy patut bt full time atau part time dahulu, skrn saya tak berkerja. dan masih mudah.baru hbs stdy. hrp dpt bagi pandangan sikit.
Hairul Hissam says
wsalam en. nik. tima kasih kerna sudi membaca artikel diblog saya. Memang bagus bisnes pasar malam ini untuk permulaan perniagaan. Mudah dimulakan dan keuntungan yg agak lumayan sebenarnya. Jika en. nik masih bekerja, elok dijalankan secara part time. Apabila benar-benar yakin baru buat fulltime.. tapi kalo en. nik baru graduate. Elok bekerja di mana-mana syarikat untuk melihat perjalanan sesebuah perniagaan yg besar. Sambil-sambil tu buatlah bisnes ini secara part time.
Nik says
Terima Kasih atas nasihat dan pandanga en Hairul, insyaAllah, satu hari nanti saya akan menjadi pernigaan jg. minat dalam perniaggan sangt kuat dalam diri, cuma tidak tahu memulakan. terima kasih banyk2.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali. InsyaAllah.. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan..
yg penting jangan berputus asa dan terus melakukan tindakan untuk berjaya…
semoga berjaya.. 😀
afrida says
baru ingat nak berniaga pasar malam je bila balik menetap kat malaysia nanti.boleh cuba ni;-p
Hairul Hissam says
Saya doakan cik afrida berjaya memulakan bisnes pasar malam nanti. tq ya 😀
rozana simin says
assalamualaikum.en khairul….
saya sekarang berada di taman pelangi semenyih atau lebih tepat saya org beranang kalu pernah dengar.sebenarnya saya dah ada kedai jahit langsir tapi walaupun dah 6 tahun saya masih ditahap itu tidak berubah..sekarang saya bagi cuti staf saya sebab tak de keje..jadi saya fikir nak masuk pasar mlm nak jual tudung atau pakaian atau mana2 yang saya boleh jahit sendiri..masalahnya macammana saya nak dapatkan tapak di sekitar tempat saya,macam en kahirul cerita tulah …tapi malu nak bertanya face to face…tolong bagi panduan sikit en khairul…tkasih.
Hairul Hissam says
Wsalam cik rozana,
Panduannya telah ada di artikel diatas..
Cik rozana kena rajin bertanya dgn peniaga pasar malam disana..
cuba tanya ngan makcik2 jualan makana.. biasanya diorg nie peramah sikit…
semoga barjaya ya.. 😀
wan fuziah says
as’salam,saya ada mendpt tapak pasar mlm baru,saya baru kali pertama berniaga kat situ,tp tak mendpt sambutan,adakah itu kebiasaan pada tapak mlm yg baru .
Hairul Hissam says
Baru-baru berniaga mmg biasa cik fuziah.. org belum kenal kita lagi.
dalam pakej taufufah saya, saya ada terangkan strategi menarik perhatian pelangan agar lebih cepat mandapat sambutan 😀
mika says
salam en hairul. saya berminat menceburi perniagaan ni dan baru hendak mendaftar dengan majlis perbandaran. semasa inteview bole bagitau tak soklan-soklan yang ditanya. maklum lah saya ni gugup sket lau tang inteview nih. takut xdapat nk menykinkan tukang inteview. lau de soklan-soklan bocor ley wat psediaan sket sebeulm inteview..hehehe..tq
Hairul Hissam says
wsalam cik mika.. jangan risau cik mika… soalan-soalan yg ditanya simple je… tentang diri kita.. keluarga kita… sebelum ni kerja apa.. pernah berniaga ke belum…..tentang produk yg kita nak jual.. tapi masa jawab tu mesti ada kesungguhan, dan menyakinkan yg kita nak berniaga lama…..semoga berjaya 😀
lilly says
Salam …walaupun sy bukn peniaga pasar malam tetapi Soalan & Jawapan yg ni sangat membantu kerana pd hr selasa ini adalah temuduga pertama sy utk mendapatkan gerai…doakan sy berjaya..insyaAllah..
Hairul Hissam says
Saya doakan cik lilly berjaya ya dapat tapak pasar malam.. 😀
yatt says
mcm mne nk dptkn tapak psr mlm ni,blh tlg tjkkn.no hp 0129308379
Hairul Hissam says
Salam cik yati…… dalam artikel di atas telah ditunjukkan mcm mana saya dapatkan tapak pasar malam sebelum ini…. yg penting kena berusaha sendiri 😀
fuad says
Salam cik Hairul..thanks lot atas panduan n nasihat sembang2 bab pasar malam ni. sy mmg berminat n bercadang nk mulakan perniagaan pasar malam ni dgn produk makanan yg baru n belum ade peniaga lain jual. sy bercadang mohon tapak dgn pihak Majlis Perbandaran. Tapi yg sy survey ramai peniaga yg tidak mempamerkan lesen perniagaan,,..x tahu lah diorg meniaga “rambo” ker ape. sy takut klau sy dpt lesen tapak yg diorg niaga n nnt jd gaduh pulak. ape komen abg…..:)
Hairul Hissam says
Tengok tapak juga en. fuad.. kalo tapak pasar malam JKK kampung.. memang tak de gantung lesen…Jkk kampung lebih senang.. sebab AJK ada kat pasar malam utk monitor…
Tapi biasanya peniaga yg tiada lesen akan masuk niaga lepas pukul 5, so kita kena datang awal la…yg penting seminggu sebelum masuk, kita bagitaw awal2 kat peniaga tu yg kita dapat lesen tapak tu.. ini memudahkan mereka cari tapak lain yg kosong… so tak de la nak gaduh2 nanti….
fuad says
trima kaseh cik khairul…respon jwpn cik khairul sy hargai.susah nk jumpa org jujur mcm cik khairul. mklum la org kita ni klau bab ilmu2 mcm nk meniaga ni cukup kedekut n org kita ni x senang kalau ade peniaga ln dpt untung lebih…x mcm bangsa ln yg bngga klau bangsa dia sama2 dpt bhgn masing2. thanks.:)
Hairul Hissam says
Tak semua org begitu en. fuad.. Yg penting kita jgn mudah berputus asa untuk terus bertanya dan berusaha sendiri untuk berjaya. Semoga berjaya en. fuad….
Aree says
Syabas tuan..panduan yang baik dan pasti ramai yang berminat..
Hairul Hissam says
Semoga memberi manfaat bersama 😀
AZLYNN says
saya sekarang sedang cari tapak untuk niaga . jika ada yang murah dan bagus sila hubungi saya 016-36218101
Hairul Hissam says
Semoga ada yg akan membantu cik Azlynn..tqvm ya.. 😀
K.tie says
Salam hairul, taniah kerana telah berjaya berniaga di pasar malam. K.tie juga berminat untuk berniaga di pasar malam (makanan). Boleh tau berapa modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan di pasar malam?
Hairul Hissam says
beberapa tahun lepas saya berniaga pasar malam.. sekarang tidak lagi…
modalnya sangat kecil sekiranya kenderaan, rumah dan kelengkapan memasak telah ada driumah..
hanya perlu beli payung, meja, dapur dengan kepala gas high prossure dan sebagainay..
tak samapi RM300 dah cukup… semoga berjaya….
Sabrena says
Terima kasih kerana share pengalaman En Khairul kerana ia sgt membantu saya memahami konsep pasar malam. Saya ingin bertanya, peralatan basic yang En Hairul nyatakan: payung, meja etc boleh dibeli di mana ya?
Selalunya berapa sewa yang dikenakan untuk peralatan atau tapak (range sewa) dari AJK kampung atau majlis perbandaran?
Terima kasih.
Hairul Hissam says
Elok cik bertanya dgn peniaga2 ditempat cik untuk tmpt menjual peralatan tersebut. insyaAllah mereka memantu… dulu saya berniaga di ajk kampung hanya RM5 sahari je.. skrg tak pasti berapa.. Ikut tempat juga sebenarnya…. 😀
seroja says
sy pn nk try jg meniaga… tp x tau cara mcm mana..
dkt kepala hanya terfikir madu coz ayah mertua memang pembekal madu..
saya x tau macam mana cara utk mengembangkan bnde ni… ada idea x…
Hairul Hissam says
Biasanya peniaga madu, dia akan buka dimana-mana tapak pasar malam yg kosong. Biasa diaorg main redah je. Cubalah.:D
seroja says
tq en hairul
Hairul Hissam says
utk permulaan elok buka mcm kat pasar malam tadi.. dah ok.. baru cuba suply ke kedai-kedai.. semoga berjaya.. 😀
jiehan says
salam..sy sdang mencari tapak pasar mlm dr ari isnin hingga ari ahad.sy harap hairul dpt membantu…
bunga says
kepala dah pening cari tapak niaga ni..x jumpa2 jugak..semangat adalah sikit down.bila baca artikel ni..tenang rasanya.sebelum ni ada gak niaga kat tampat kelahiran sendiri.tp dah terpaksa merantau kenala mula dari o balik..
Hairul Hissam says
Saya doakan cik bunga berjaya ya.. Yg penting jangan berputus asa… 😀
Pemborong Tshirt Ensaz says
tapak dekat pasar malam ni biasanya tapak menjual pakaian seperti tshirt memang senang la dapat kalau tuan tapak tak datang pada hari tu. Kadang2 bila sales tak sangat slow di satu2 kawasan tapak tu, diorang akan berpindah ke kawasan lain.
Beza pula dengan bisnes makanan, memang cukup payah nak dapat tapak. Jual makanan di pasar malam memang A+ lah.. jarang tuan punya tapak tak datang. sekadar pengalaman masa lalu..
Hairul Hissam says
Mmg benar kata bro. jarang peniaga makanan tak datang dibandingkan peniaga baju 😀 .
Maiya says
Salam En Hairul.. saya ada jumpa satu tapak cantik untuk buat pasar malam di Butterworth ni. Macam mana caranya saya nak jadi penaja (ke ape org panggil tu huhu) alaa kepala tapak pasar mlm tu. Nak apply kat mana ye? Nak kena surat sokongan wakil rakyat ke?. kn wat ketas keje x?. tlg reply cpt ye trima kasih.
Hairul Hissam says
Dalam artikel nie ada panduannya.. Elok baca dgn teliti.. 😀
Maiya says
yang Panduan Mencari Tapak Pasar Malam tu ke??..saya bukan nk berniaga tp nak jadi orang yang membuka tapak pasar mlm untuk mereka yang ingin menjual di pasar mlm. Something yg cam “pengasas” ke ape istilah dia yg sesuai. Saya nak jd pengasas dan buka tmp tu untuk pasar mlm..haa cam tu. Nak panduan drp pakar.
Klu panduan untuk jd pengasas tu dah ada kt sini…kat mana ek sy dah cr tp x jumpa pun.
Elok baca dgn teliti.. ; )
Hairul Hissam says
Oh nak buka tapak pasar malam rupanya.. Elok tanya dengan pihak majlis perbandaran utk prosedurnya.. 😀
haikal says
Slm cik hairul..sy bru mula niaga psr mlm,mslhnya sy xda tapak,p niaga pn kalau xda org niaga bru sy msuk,psr mlm yg sy pegi ni under majlis,susah sgt kalau xda tapak sndri ni,smpai pnah kna halau pn ada,org situ jual tapak mahal sgt smpai 1 tapak RM1800 pn ada,kalau blh nk dpt tapak tetap tros tnpa bli tapak,org bru susah sgt nk niaga,yg blh niaga kaum krabat dgn kwn tuan tapak ja smpai tuan tapak akn cri pewaris,jdi org bru yg xda kena mgena dgn tuan tapak memg susah la nk niaga..ap pndpt cik hairul.tq
Hairul Hissam says
wsalam, tapak pasar malam yg ramai org/pembeli, biasanya mmg penuh. Malah peniaga yg menunggu utk masuk pun terlalu ramai. Bila terlalu ramai yg nak masuk, maka peniaga yg nak berhenti niaga akan mengambil kesempatan menjual tapak mereka walaupun ia sebenarnya salah. Itulah kisah nyeeeee..
So peniaga baru tiada pilihan melainkan masuk ke pasar malam kurang popular yg ada kekosongan yg dibuka oleh majlis. Caranya memohonnya telah saya terangkan panjang lebar dalam artikel di atas.
Kita kena ingat pasar malam yg ramai org pun bermula dari kurang orang (sama seperti pasar malam yg kurang popular atau baru dibuka). So tanggungjawab peniaga2 utk menjadikan pasar malam tersebut popular atau ramai org. Dgn cara menjual produk yg berkualiti dan bersama2 berusaha menarik minat penduduk setempat mengunjungi pasar malam tersebut. Caranya… kenalah fikirkan sendiri utk kejayaan diri sendiri 😀
Izwan says
Salam hairul ,
Saya salah seorang pelanggan CD Tau fu fah anda… MARVELLOUS!
Saya bersetuju dengan perkongsian Hairul.
Antara isu pasar malam adalah:
1. Tak tahu cara nak apply
2. Apply tak dapat-dapat
3. Dapat tapi tapak hujung bnor
Banyak trik untuk bermain dipasar malam ni…. tapi dengan ilmu!
adakalanya main redah je pun payah gak. Kena selidik dulu…
Sedikit ringkasan tips untuk rakan-rakan yang baru nak bermula tp ap[ply tak dapat2:
a. kalau hati kering, boleh terus rambo… mula dari tempat kosong yang ada, then sikit2 bergerak ke tempat yang lebih strategik, mungkin akan ambil skit masa
(rahsianya: jangan menyombong, berkawan dengan peniaga-peniaga yang lain)
b. Melabur sikit. Apply di lokasi pasar malam yang kurang sambutan. Lepas tu lebih mudah untuk anda mendapat tapak di lokasi yang lain. (ambil masa sedikit tetapi insya allah lebih mudah)
c. Cari tapak peniaga yang dah tak aktif. bertapak di situ, saman pun saman la. Sebab saman ni juga bukti komitmen anda. juga lampiran untuk meminta tapak disitu.
P/S: Tapi pastikan Majlis Daerah kawasan tu jenis menyaman, bukan mengangkut ya! hehe
Hairul Hissam says
Terima kasih en izwan atas tips dan trick yg bagus. Mmg benar tu, kalau kita rajin berkwn dengan peniaga pasar malam yg lain, insyaAllah murah rezeki kita dapat tapak pasar malam yang lebih baik. tqvm en izwan..
lenny boniface says
Info yang berguna. Ada tak infor port2 tepi jalan yang tak perlu lesen?
Hairul Hissam says
Setahu saya semuanya perlu lesen kecuali yg main redah jeee
Kai says
Assalmualaikum en Hairul
Sya nak tanya saya baru je behenti kerja dan baru cuba nak niaga
Sekarang ni sy tengah usaha niaga online tapi susah hihi tak ada orang pun beli, sy jual aksesori
Sy pun minat nak berniaga di pasar malam. Teruja dengan tip yang en Khairul dan yang lain berikan.
Soalan sy
Macamana nak dapatkan kelekapan persediaan niaga aksesori macam sy contoh meja kerusi
Boleh en Khairul bagi tips niaga. Sy ni baru mula nak cuba je
…:)
Hairul Hissam says
wslm, ada saya kongsikan tipsnya di dalam arikel cara memulakan bisnes makanan.cuba cari artikelnya di dlm blog ini..tqvm..
Lizawati says
As salam hairul, sy baru nak mula meniaga kat pasar malam, sy nak guide dari hairul exspecially macam mane nak mula, document ape yang diperlukan, modal untuk mula berniaga, target tok mula berniaga.
harap dapat hairul bantu.
Saya ade family yang berniaga pasar malam tapi tak supportive langsung. Mungkin dia tak bagi. kalau taye pun tak nak jawap and endah tak endah saje..
Hairul Hissam says
wslm.. byk saya kongsi dlm artikel2 lain blog ini.. baca artikel2 lain dlm blog nie perlahan2.
hermah binti s majid says
a.kum abng hairul sy ema sy nk nsihat abng sy bru memohon brniaga tpi sy bnyak mslah sy guna ic merah jdi sy tk boleh aplay. sya nk sngt brniaga… apa pndpt abng
Hairul Hissam says
wslm, saya tiada pula pengalaman dan pengetahuan ttg ic merah nie utk mohon pasar malam..
hellasmiza says
Salam En. Hairul.. Saya bercadang utk berniaga di pasar malam, ada masalah utk mencari tapak niaga.. Saya ada bertanya pada kawan saya, utk dapatkan tapak.. Kita perlu tgok tapak yg kosong dan tanya pd peniaga di sebelahnya.. Jika kosong sya boleh terus masuk.. Betul ke cara sya?? If jika saya sudah pacak payung saya then ada peniaga tetap datang apa perlu saya buat?
Hairul Hissam says
Dalam artikel nie kan ada terangkan cara memohon tapak pasar malam.. elok baca betul2 dari mula hingga habis.. tqvm..