Sekarang nie, ramai betul shopping online terutama di lazada. Yelah shopping online nie memang jimat tenaga dan masa. Banyak pilihan dan murah pulak tu. Yang penting barangnya selamat sampai ke pintu rumah. Tapi sebelum kita belajar cara membeli di lazada, elok kita belajar dulu cara mendaftar lazada atau register lazada dari pengalaman saya sendiri. Tersangat mudah..
Cara Daftar Register Lazada & Shopping Online
Ada dua step sahaja untuk mendaftar di lazada. Memang mudah. Untuk mudah lagi, saya telah sediakan panduan step by step yang terkini untuk daftar lazada. Siap dengan gambar step by step lagi. Memang mudah register lazada nie. Jom seperti dibawah.
Langkah 1 Register Lazada: Masuk dulu laman web lazada.may.my. dan klik link Sign up atau daftar. Untuk lebih jelas lihat gambar di bawah:.
.
Langkah 2: Isi borang pendaftaran lazada di bawah dengan memasukkan detail nama, alamat email, tarikh lahir, bahasa dan password. Jika anda tiada alamat email, boleh belajar membuat email id baru di artikel panduan buat email di: www.hairul.com/email.html
.
Siap Daftar Lazada: Sekarang anda boleh mula shopping. Pastikan nama anda tertera pada atas laman web lazada sebelum shopping. Jika tiada, anda kena log in atau log masuk terlebih dahulu.
.
Untuk log in Lazada: Jika nama anda tidak tertera pada atas laman web. Anda perlu log in atau log masuk terlebih dahulu sebelum shopping. Caranya mudah sahaja. Anda perlu klik pada link Login atau Log Masuk. Kemudian masukkan alamat email dan password yang anda isi pada step 2 tadi. Lepas Log in, barulah anda boleh shopping.
Nasihat Saya Sebelum Shopping Di Lazada
Selepas register atau daftar lazada tentu anda excited untuk shopping sakan kan. Tapi sebelum tu, ada sedikit nasihat dari saya. Lazada nie diibaratkan seperti shopping mall. Di dalam lazada terdapat ramai penjual. Ada penjual yang bagus dan ada yang sebaliknya. Oleh itu amat penting melihat komen-komen pembeli pada produk tersebut dan juga komen pada produk lain yang dijual oleh penjual tersebut. Dah yakin dengan barang dan penjual tersebut, barulah beli.
Dah Siap Register Lazada, Tapi Macam Mana nak beli?
Untuk panduan bergambar cara membeli di lazada ada di artikel di bawah:
www.hairul.com/cara-beli-online-di-lazada-panduan-terkini/
Mie says
Saya nak jual barang mcm mn
Hairul Hissam says
jual di shopee.. mudah sikit sbb ada link untuk jual di dalamnya..