Jika anda masih belum mendaftar di lazada, elok anda ke artikel sebelum ini iaitu panduan mendaftar online lazada di www.hairul.com/blog/cara-daftar-register-lazada-terkini-shopping-online/. Sebaliknya jika anda telah mendaftar online lazada, bolehlah terus baca artikel di bawah untuk cara beli online di lazada.
Cara Beli online Di Lazada
Dibawah nie panduan step by step cara untuk anda membeli online di lazada.
Langkah 1&2: Masuk laman web lazada.may.my. Jika anda mencari bantal fiber, taip ‘fiber pillow’ di kotak search dan tekan enter. Senarai produk bantal fiber akan kelihatan. Anda perlu pilih barang lazada dan klik pada gambar produk yang dipilih untuk ke ruangan detail produk tersebut.
.
Langkah 3 beli online lazada: Jika anda berminat untuk membeli barang tersebut, klik button ‘Beli Sekarang’ atau ‘Add To Cart’
.
Langkah 4: Kotak di bawah akan keluar. Klik button ‘Keluar’ atau ‘Checkout’, jika anda mahu terus bayar. (Tapi kalau anda nak tambah barang lagi, klik link ‘Sambung Membeli’ atau ‘Continue Shopping’ dan gunakan gambar troli untuk checkout)
.
Langkah 5: Anda perlu isi maklumat penghantaran untuk kali pertama sahaja. Selepas siap, klik button ‘Teruskan’ Atau ‘Next’.
.
Langkah 6: Untuk pembayaran secara online, select ‘Perbankan Online’ dan select ‘Maybank’. Seterusnya klik button ‘Buat Pesanan’.
Jika anda tiada online banking, anda boleh belajar daftar online banking di artikel >>> https://hairul.com/blog/video-tutorial-cara-daftar-dan-guna-cimb-maybank2u-online-banking/
.
Langkah 7: Klik button ‘Make Payment’ untuk membuat pembayaran
.
Langkah 8: Masukkan username dan password online banking anda.
.
Langkah 9: Check semula jumlah bayaran dan klik button ‘Continue’
.
Langkah 10: Klik pada button ‘Request For Tac’ dan pihak bank akan menghantar sms no tac untuk anda masukkan ke kotak disebelahnya. Selepas siap, klik button ‘Confirm’
.
Langkah 11: Jika statusnya ‘Successful’, maka pembayaran anda telah berjaya. Klik link ‘Logout’ dan link ‘Close’ untuk kembali ke web lazada.
.
Siap: Laman web dibawah akan keluar menunjukkan pembelian anda telah berjaya dan sedang diproses. Anda juga akan menerima email dari pihak lazada tentang pembelian produk tersebut.
.
Nasihat Saya Beli Online Di Lazada
Sebelum beli online di lazada, pastikan anda melihat tempoh penghantaran barang tersebut. Maklumat tempoh penghantaran ada di sebelah kanan ruangan detail produk. Jika produk tersebut dari luar negara, tempoh penghantaran lebih lama. Saya lebih suka membeli produk di dalam Malaysia kerana penghantaran lebih cepat dan biasanya tiada masalah. Maklumat tambahan kos penghantaran juga ada di sebelah kanan detail produk.
Di bahagian detail produk ada ruangan ‘What is in the box’. Anda kena baca ruangan ini untuk pastikan apa yang akan anda terima. Sebab ada juga penjual meletakkan gambar accessories sebagai gambar hiasan. Dan baca juga komen pembeli untuk produk tersebut. Baca juga komen pembeli untuk produk lain yang dijual oleh penjual tersebut. Biasanya produk yang bagus mempunyai banyak komen positif dan bukan hanya satu komen.
Dan semasa memilih barang di lazada, pastikan anda membaca komen-komen pembeli produk tersebut. Atau komen-komen dari produk lain yang dijual oleh supplier yang sama. Terus terang saya lebih suka pilih barang di lazada yang di dalam negeri kerana jarang ada masalah.
Cara Check Status Penghantaran???
Cara untuk check no tracking dan status penghantaran ada saya tulis di artikel dibawah:
https://hairul.com/blog/cara-check-status-tracking-produk-di-lazada/
Leave a Reply