Kiriman Cik Azriey Amrie (Peserta Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi kuih abuk-abuk ini merupakan kiriman Cik Azriey Amrie. Lama juga saya tak makan kuih tradisional ini. Rupanya pun nampak menyelerakan. Jom kita pelajari:
Bahan-Bahan Resepi Kuih Abuk Abuk:
1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi (kerat kecil) untuk sematan
7) 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan)
Cara Membuat Resepi Kuih Abuk-Abuk:
1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit.
Sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie Kerana sudi berkongsi resepi kuih abuk-abuk.
Nurul aina izzati says
Mesti sdap kan.mcm nk cuba je…
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap.. selamat mencuba…
Aimah says
Salam, bilangan dan besarnya daun pisang macam mana ya? Terima kasih.
Hairul Hissam says
agak2 jee.. selamat mencuba kuih abuk-abuk