Cara mandi yang lebih menyihatkan tubuh badan.

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

mandi

Kenapa ya kita perlu mandi setiap hari. Kalau anak kecil, tentu jawapannya. ”Mak suruh mandi. kalau tak nanti kena marah” . atau pun “Nanti pergi sekolah, cikgu tanya dah mandi belum…. malunya kalau cakap belum”. ha.ha.ha. Namun pernahkah anda terfikir manfaatnya kepada kesihatan anda. Di dalam Islam pun kita diwajibkan mandi wajib terutamnya bagi suami isteri selepas bersama. Tentunya ada manfaat disebaliknya

Salah satu manfaatnya ialah mengeluarkan haba dari tubuh kita. Haba ini, jika tidak dikeluarkan boleh merosakkan organ di dalam tubuh kita terutama otak. Haba ini boleh naik ke atas kebahagian kepala dan menjejaskan fungsi otak anda. Jika anda sukar tidur malam. Inilah salah satu sebabnya. Oleh itu, jangan lupa untuk mandi pada awal pagi dan sebelum maghrib. Kalau dapat mandi 3 kali sehari lagi baik.

Sebenarnya pada waktu petang, badan kita menghasilkan banyak haba. Bagitu juga di awal pagi. Dan juga ketika suami isteri bersama. Oleh itu, haba ini perlu dikeluarkan sebelum ia merosakkan organ di dalam tubuh kita. Mandi merupakan salah satu cara terbaik mengeluarkan haba ini Mandi bukan sahaja menyegarkan tubuh anda, malah memberi kesihatan yang lebih baik.

Terdapat kaedah mandi yang lebih baik dan lebih menyihatkan. Caranya mudah sahaja. Anda perlu mula jirus air dari bawah kaki kanan. Seterusnya jirus lagi naik ke atas sehingga ke bahagian kepala kanan. Kemudian lakukan cara yang sama dibahagian kiri pula. Ulang lagi sekali lagi. Dan selepas itu barulah mandi seperti biasa.

Rasionalnya kaedah ini ialah haba di tolak dari bawah ke bahagian atas. Seterusnya haba dikeluarkan melalui lubang hidung, mulut dan telinga. Kita perlu mulakan disebelah kanan kerana jantung terletak disebelah kiri. Ok. Jangan lupa lagi mandi ya setiap hari . :D

LIKE
Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.








Posted on 01 Jul 2011 - Visited 27563 times, 16 so far today    33 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

33 Responses to "Cara mandi yang lebih menyihatkan tubuh badan."

  1. mahani says:

    Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian diatas.Akan cuba amalkan, insayaAllah.

  2. waaaa, tips yg bagus… xpernah tau plak camni…biasanya di ajar mandi dari bawah ke atas je, tp xpernah diajar sebelah kanan dulu…

    TQ :D

    • Hairul Hissam says:

      Tq bro Peja kerna sudi melawat blog ini :D
      Yap.. setahu saya kanan dulu lebih menyihatkan.
      Islam juga mengajar kita mula dari kanan…. sebab ada hikmat disebaliknya…

  3. Mohd. Noor says:

    …bermanfaat, berfaedah dan sangat sangat berterima kaseh pada Hairul atas perkongsian ilmu …saya ada amalkan nya dalam buku motivasi juga tp dlm blog
    Hairul, lebih terperinci dan senang di fahami akan cara penyampaian nya

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali en. Mohd. Noor kerna sudi membaca…
      agar memberi manfaat buat kita bersama… :D

  4. Amizul Nizam says:

    Salam..

    Just my2cents..

    Sebenarnya saya rasa kaedah islam lebih tepat iaitu kaedah wuduk & mandi wajib… Jika kita lihat, Wuduk bermula diatas & kemudian kebawah… Dari muka, tangan, ubun, telinga & kemudian kaki…

    Begitu juga mandi wajib yang mana Islam menganjurkan menyiram sebanyak 3 kali bermula dengan kepala dibahagian sebelah kanan…

    Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

    “Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

    Percayalah, kaedah Islam adalah yang terbaik.. anda boleh mencuba, jika merasa tidak segar badan, cuba dengan berwuduk kerana ianya boleh mengembalikan kesegaran badan…

    Wallahuallam…

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam. tima kasih en Amizul di atas panduan dari sunnah Rasulullah s.a.w.
      Memang benar, ajaran Islam adalah yg terbaik….. tq ya.. :D
      cuma merujuk pada hadis tersebut..
      “kemudian Baginda s.a.w memasukkan jari…… kemudian menyala2 rambut….”
      jadi sebelum memasukkan jari, Baginda s.a.w buat apa dulu ya?
      Manakala wuduk tidak membasuh keseluruhan tubuh dan berbeza dgn mandi…

  5. fiq says:

    terima kasih info anda..ia amat berguna untuk diamalkan

  6. catzer says:

    bagus tips ni..akupun sejak mandi ikut turutan dr kaki baru basahkan bghn atas dah kurang migrain aku huh.

    • Hairul Hissam says:

      tq cik catzer atas maklumat tersebut…
      mmg byk kelebihan mandi dari bawah ke atas pada kesihatan.. tq :D

  7. fazlina says:

    terima kasih en.hairul atas info berguna nie.
    saya pun amalkan mandi dari bawah ke atas,
    cuma tak dahulukan yang kanan.
    lepas nie boleh amalkan.
    rasa2nya petua nie untuk awet muda juga kan.

    • Hairul Hissam says:

      tq kembali cik Fazlina :D
      Biasanya kalo untuk kesihatan, selalunya dikategorikan sbg awet muda…

  8. sayacomel says:

    ok. nak gi mandi dulu..

  9. mekar says:

    Pernah dgr org mandi dari bawah dulu baru ke atas. tp xtau apa sebab musababnya. tq atas infonya di sini

  10. beLLa says:

    bru tau secara detail kenapa perlu mandi. terima kasih share kat sini. ^^

  11. shaharil says:

    pernah dengar orang sebelah sembang dalam bas. Katanya, kalau nak mandi dari bawah ke atas. boleh hilang panas badan n kurang angin dalam badan. Masa tu tak percaya.

    Tapi sekarang dah percaya.

  12. nor says:

    alhamdullillah. nak cuba tip ni & jadikan amalan. biasa cuci muka saya bilas dari dagu ke atas sambil baca selawat tiga kali.

  13. patut la digalakkan mandi junud lepas bersama tak pun paling kurang ambil wuduk..

  14. sal says:

    Assalamualaikum,

    Saya sangat tertarik dengan resipi yang di tunjuk kan dan penerangan yang di beri.
    Alhamdulillah, kek batik tu saya memang teruja sangat sebab tak tau nak buat. Insyaallah nak cuba buat. Terima kasih dan syukur sangat di temukan dengan blog encik nie.

    Saya nak tanya tentang resipi tu..a ada resipi lain lagi tak yang boleh saya nak tengok..takut saya terlepas pandang..sebab semua resipi encik tu simple tapi menarik..

    Terima kasih.

  15. Mohd Shafiq Bin Sungep says:

    kekadang susah nak mndi time2 hujan ade ke ksan negatifnye??

  16. oktant says:

    Khasiat mandi mmg banyak malah ia amat baik utk kesihatan.

  17. Acura says:

    Saya dah amal cara ini sejak sekolah rendah. Cara ini adalah satu cara petua awet muda dgn syarat kena mula dari remaja lg.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.