7 Azam Tahun Baru 2013 Saya



.
Memang lemah bila terbaca kata2 sinis ini. “Azam tahun lepas pun tak capai, ada hati bercakap azam tahun baru” (Apa yg saya terbaca di internet) Pada saya, sangat merugikan melayan kata2 seperti ini. Kerana azam merupakan motivasi yang sangat baik. Ia memberi kesan positif dalam menentukan arah tuju kehidupan kita.

Samada tercapai atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting kita berusaha mencapainya. Tambahan lagi, ia menjadikan kehidupan kita lebih fokus. Lagi-lagi kalau gantung azam tahun baru di pintu, dinding atau sebagainya. Hari-hari tengok. Tentu bersemangat merancang dan berusaha mencapainya. Sebab itu saya nak menulis azam saya di blog ini. Hari-hari tengok blog sendiri, tentu lebih bersemangat.

Bismillahirrahmanirrahim. 7 Azam Tahun Baru 2013 saya.

Azam 01: Berazam untuk menambah ilmu agama. Saya nie bukanlah baik sangat. Cuma kat blog nie je nampak macam baik. ha.ha.ha.. Tapi yelah, umur dah semakin meningkat. Orang kata “Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari”. So kena beringatlah. Saya nak memperbanyakkan lah membaca dan menonton berkaitan dengan agama islam.

Azam 02: Berazam menghasilkan 3 video ebook baru yang membantu masyarakat kita dalam tahun 2013. Bila dah buat bisnes nie full time, memang kena terus menghasilkan produk baru. Sebab bisnes ini, orang beli pakej sekali sahaja. Contohnya, hari ini beli pakej bun. Tak kan esok nak beli pakej bun lagi. Lainlah kalau saya jual goreng pisang. So saya kena terus menghasilkan produk baru untuk survive. Kalau tak, mau kena lelong rumah baru aku.

Azam 03: Berazam meningkatkan unique visitor blog ini dari 50k kepada 70k sebulan. So saya kena lah lebih berusaha dan menambahkan ilmu yang berkaitan. Berkenaan PR blog, saya kurang berminat. Sebab fokus saya lebih pada sales. Yelah, takde sales, nak makan apa beb. Itu lagi penting.

keta

Azam 04: Berazam untuk settlekan baki pinjaman kereta saya dalam tahun 2013. Saya memang kurang suka bab pinjam meminjam. Lebih-lebih lagi melibatkan interest dan bank. Kalau dapat settle cepat, lagi lega hati. Yelah kita bukan tahu, apa akan jadi esok. Sekarang ok, belum tentu esok ok.

Azam 05: Berazam menguruskan masa dengan lebih baik. Terus terang, saya banyak betul buang masa. Yelah, bila duduk rumah sendiri dan buat bisnes sendiri. Tiada siapa nak mengarah atau menegur kita. So semuanya main ikut suka hatilah. Mungkin juga sebab saya baru beberapa bulan duduk rumah sendiri.

Azam 06: Berazam untuk buat sistem filing dan rekod akaun. Setakat ini saya cuma merekod sales dan peningkatan wang sahaja. Manakala dokumen dan bil semua berterabur. Masa declare income tax tahun lepas, main agak2 je perbelanjaan berdasarkan sales. Risau juga kalau LHDN datang check.

Azam 07: Berazam nak makan buah-buahan sahaja pada waktu malam. Malam nak bagi perut rehat dengan buah-buahan. Semenjak duduk rumah baru, saya bertambah kuat makan. Mungkin kerana banyak betul penjaja tepi jalan kat sini. Apa lagi, siang malam asyik beli je la. Sampai akak saya kata “Bertambah berisi kau Hairul duduk rumah sorang-sorang” Sebelum saya kena penyakit yang bukan-bukan, elok beringat.

Mohon Maaf Untuk Tahun 2012

Di kesempatan ini saya juga nak memohon maaf untuk tahun 2012. Manalah tahu ada tersalah kata ketika reply komen pembaca. Saya memang jenis tulis nak cepat je. Tu yang mungkin ada tersalah tulis dan sebagainya. Kalau ada komen yang hilang tu, mungkin masuk ke spam area dan saya emptykan tanpa semak. Yelah kekadang dekat beribu spam komen masuk. Kebanyakan dari mat saleh yang guna software untuk bina backlink.

So bagaimana pula dengan azam tahun baru anda. Ehhhh. kena buat tu. Jangan tak buat. Yang penting ada sesuatu yang boleh kita usahakan. Tentu seronok memerah otak dan tenaga untuk mencapainya. Boleh juga tulis azam tahun baru anda di komen dibawah untuk mengingatkan anda. Atau tampal azam anda di pintu atau almari rumah anda. Tentu lebih bersemangat mencapainya.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 30 Dec 2012 - Visited 6428 times, 11 so far today    61 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

61 Responses to "7 Azam Tahun Baru 2013 Saya"

  1. nurmisnan says:

    aku suka azam kau tuh brother..
    pedulikan ler og tuh.. dia tak mampu kot
    nak berazam mcm kau.. hik3..

    semoga maju jaya utk tahun 2013

  2. ciknor says:

    woww banyaknya visitor. tahniah.
    azam saya err…nak settle kan azam yang dulu kot, hahaha…

    • Hairul Hissam says:

      Bagus tu cik nor.. yang penting jgn berputus asa dalam berusaha mencapainya.. So nanti azam tahun 2014, settlekan azam tahun 2012. heee :D

  3. etuza says:

    wah terbaik azam 2013, teruskan usaha

  4. TehR says:

    azam untuk setahun aku jarang fikir
    tapi azam hari2 ada yang tercapai dan ada yang tidak

    • Hairul Hissam says:

      Lagi bagus tu en tehr ada azam hari2. Hari2 bersemangat berusaha mencapainya.

      Psst: kita merancang dan berusaha.. Allah yang menentukan…. Yg penting kita redha akan kententuannya.

  5. fiezaradzi says:

    selamat menempuh tahun baru dgn lebih berjaya. insyaallah, jual ebook kan lebih untung.. hehe.. all d best, tak kena lelong punya lah rumah baru tu.. hihi.. moga yang diazamkan tu berjaya dicapai

    • Hairul Hissam says:

      Betul.. betul .. betul.. heeee… tapi tu la.. orang beli sekali sahaja.. so asyik kena cari pembeli baru je la.. :D … harap masin mulut cik fiezaradzi .. nangis oiiii kena lelong rumah.. ha.ha.ha

  6. akubiomed says:

    Selamat menyambut tahun baru. Sudah mula pasang azam baru 2013. :-)

  7. cik tom says:

    smoga semua hasrat bro hairul tercapai..amin..
    wah byknya idea nak buat lg 3 ebook thn dpn..hee
    smoga bro dimurahkan rezeki..amin :)

    • Hairul Hissam says:

      Amin.. tima kasih cik tom… Alhamdulillah murah rezeki duduk rumah baru nie. Syukur dapat kenal ramai peniaga disini.. :D

  8. Selamat Tahun baru 2013 kepada Encik Hairul dan semua pembaca blog ni.
    Saya suka azam cik Hairul yang nak buat video ebook tu dan nak settlekan hutang.
    Semoga berjaya mencapai semua azam yang dibuat. ;)

    • Hairul Hissam says:

      Selamat tahun baru juga buat cik shasha. InsyaAllah akan cuba sedaya upaya mencapainya.. Terutamanya buat video ebook dan settlekan hutang kereta.. heee :D

  9. riza says:

    Saya setuju dengan Hairul. Azam yang kita nak buat, mesti ditulis secara spesifik. Misalnya nak langsaikan hutang..hutang kereta. Malam pula nak makan yang ringan-ringan…makan buah. Jadi, matlamat kita jelas. Dari segi urus masa, saya bercadang juga untuk diri saya, solat tepat pada waktunya. Selama ini sibuk buat benda lain dulu, atau menyibuk buat hal dunia yang tak sudah-sudah/ tiada penghujungnya. Saya ‘kesampingkan’ Allah…Astaghfirullahalazim…

    • Hairul Hissam says:

      Betula kata kak riza.. azam kena specific dan mampu dicapai… Yelah kalau berazam nak beli keta ferrari dah jadi mcm mat jenin :P .

      Bagus tu azam kak riza.. Di kesibukkan dunia ini, kita sering terlupa yang kita hidup nie bukan lama sangat.. Semoga ktia saling mengingati antara satu sama lain.. tima kasih kak riza :D

  10. semoga maju jaya di tahun 2013 dan seterusnya.

  11. suri says:

    dapatkan motor dan lsen motor..amin hee

    selamat tahun baru bro hairul./bila plk time nak kwinnyer heeeee

    • Hairul Hissam says:

      Saya doakan cik suri berjaya dapat moto dan lesen. Saya pun lebih suka guna moto.. Senang dan mudah ke sana dan sini… berdesup sampai.. heee

      Selamat tahun baru juga buat cik suri…entahlah cik suri… tunggu org disana dtg meminang kot…he he.he… :D

  12. Azam pasal blog visitor tu yang besar dengar.., good luck bro. ;)

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih bro.. InsyaAllah akan berusaha mencapainya. Tadi saya baru tengok unique visitor blog saya. Dah lebih 60k juga utk bulan dec’12. Akan usahakan menjadi lebih 70k nanti.

  13. kozumi_ro says:

    Amin, moga azam kamu akan tercapai…

  14. pahan says:

    keja kat mana bro ? apa2 pun. semoga azam semuanya tercapai :)

  15. Kak Liza says:

    Akak azam dari dulu sampai sekarang tak lepas-lepas

    1. Nak kuruskan badan sbb ada penyakit, tahun ni nak azam kurang makan nasi dan minum
    air manis
    2. Mcm Hairul kata kita umur makin meningkat, ilmu agama kurang jadi nak lebih fokus
    3. Sedang berusaha untuk merayu pergi haji tahun ni Insya’allah. Doakan ye…

    • Hairul Hissam says:

      Saya doakan azam kak liza tercapai terutamanya ke Haji. Kita berusaha.. Allah yg menentukan… Yg penting terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Elok kita fokus pada azam lain yg mampu kita capai.. :D

  16. azriey amrie says:

    Salam.. semoga segala cita2 dan impian akan jd nyata… bg sy pulak, walaupun tahun 2013 baru je bermula, tp mcm2 dugaan dh dtg melanda…

  17. tak apa bro..boleh slow2..kalau tahun lepas punya azam tersekat, bawak ke 2013 ni..cuba capai nya dengan usaha lebih

    • Hairul Hissam says:

      Oh…. yg lemah saya dengari tu, apa saya terbaca di internet.. Tak de kena mengena ngan saya.. heee.. InsyaAllah akan berusaha mencapainya.. tima kasih bro.. :D

  18. donnyien says:

    hai bro hairul,
    semoga azam awak pada tahun 2013 akan tercapai, mudah-mudahan. Azam tahun baru saya juga lebih kurang sama dengan saudara. Semoga prestasi blog ini akan terus meningkat dan sukses.

  19. sweetkurma says:

    mana2 yang belum tercapai tu boleh dibawak kedepan hehe
    untuk yang baru kena ada juga, inshaaAllah ada usaha, doa dan tawakal, ianya akan menjadi nyata

    • Hairul Hissam says:

      Azam yg baru kira penyeri tahun baru.. baru bersemangat kan kak sweet kurma…
      kalau sama je.. tentu bosan nak capai kan. he.he.he

  20. amie says:

    hai…hairul……….,

    bagus azam tahun baru awak… azam tahun baru saya ialah jadikan azam tahun lepas yg terbengkalai tu jd kenyataan. selamat tahun baru untuk awak….

    • Hairul Hissam says:

      Hai Puan amie…. selamat tahun baru…… semoga azam terbengkalai tu tercapai. Yakin boleh Puan amie.. hee :D

  21. chii says:

    heheh..azam yg ada mmg menarik…chii tercari2 gak..azam nak mengisi org umah takde ke..ehehe..

    salam tahun baru buat hairul :d

    • Hairul Hissam says:

      Selamat tahun baru cik chii….. Iye la cik chii… tak terfikir plak. he.he.he..

      wah lama menghilang… semoga cik chii terus ceria dgn bidang yg baru diceburi… :D

  22. suri says:

    ada dlm hati separuh dah nak capai hee…

  23. effort lab says:

    Semoga azam jadi kenyataan. Dan dapat untung jual ebook hehe *mesti masyuk ni

  24. hafizmd says:

    Terbaiklah azam tahun baru ni. Ada yg ambe boleh turut pakai utk diri sendiri juga…

    Moga tercapai dan dipermudahkan jua…ameen

    kata2 negatif camtu buat tak tau jer…huuuh

  25. Manan Qayyim says:

    semoga tercapai azam baru…..

  26. mcm2 azm.. says:

    mcm2 azm..tp skuat mnapun kta b’azm..tu tpulang pd dri cndri..

  27. ainsalam says:

    Assalamualaikum,
    Azam baru Hairul Bagus. Cumanya sambil keluar income tax, jangan lupa zakat, supaya duit kita lebih bersih. Ingatlah cerita bagaimana orang yang tidak mengeluarkan zakat, nanti akan ditimbun segala harta ke atasnya. Azam akak ‘semoga berjaya hidup di dunia dan akhirat”

  28. mekar says:

    Masih belum terlewat sya nak ucap selamat tahun baru 2013. Semoga suskes dengan semua azam yg dicita2kan. InsayAllah tak dapat capai semua, capai 5 pun dah cukup baik.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.