{"id":2811,"date":"2011-08-06T17:10:22","date_gmt":"2011-08-06T09:10:22","guid":{"rendered":"https:\/\/hairul.com\/blog\/?p=2811"},"modified":"2020-12-01T04:47:55","modified_gmt":"2020-11-30T20:47:55","slug":"kepada-peniaga-pasar-malam-tips-mengembangkan-perniagaan-anda-masanya-untuk-beruba","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hairul.com\/blog\/kepada-peniaga-pasar-malam-tips-mengembangkan-perniagaan-anda-masanya-untuk-beruba\/","title":{"rendered":"Tips Usawahan Mengembangkan Perniagaan Untuk Bisnes Makanan"},"content":{"rendered":"<p><center><img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/paar-malam.jpg\" alt=\"pasar\" \/><\/center><\/p>\n<p>Pada saya, perniagaan pasar malam adalah tempat terbaik memberi pendedahan awal tentang selok belok perniagaan. Yang bestnya, ia mudah dimulakan kerana modalnya rendah dan menggunakan peralatan yang sedia ada di rumah. Manakala pendapatannya agak stabil dan lumayan bergantung pada produk dan jualan. <\/p>\n<p>Namun ini tidak bermakna, selama-lamannya anda terus menjadi peniaga pasar malam. Inilah mindset atau pemikiran yang perlu diubah. Tahukah anda usahawan cina yang telah berjaya bermula daripada peniagaan kecil-kecilan seperti anda. Bezanya mereka mempunyai pemikiran untuk terus mengembangkan perniagaan. Mereka boleh berjaya, kenapa tidak anda.<\/p>\n<p>Disini saya berkongsi sedikit pandangan dan tips untuk mengembangkan bisnes pasar malam anda. Sekadar sedikit pandangan dari saya. Semoga ia serba sedikit membuka minda anda dalam mengembangkan bisnes anda. Yang penting, fahami konsepnya dan fikirkan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan anda dengan cara anda sendiri. Ya, dengan cara anda sendiri kerana setiap individu adalah berbeza, setiap produk adalah berbeza dan setiap perniagaan adalah berbeza. <\/p>\n<p>Di dalam perniagaan, jualan amatlah penting. Sekiranya anda mahu kembangkan perniagaan, mulakan dengan meningkatkan jualan produk anda. Kita ambil satu contoh mudah iaitu bisnes sate. Katakan sehari anda menjual 1000 cucuk sehari. Untuk mengembangkan perniagaan, anda perlu berfikir bagaimana anda boleh menjual 2000 cucuk sehari. Seterusnya 3000 cucuk sehari. Andalah yang perlu memikirkannya. Mungkin anda boleh membuka gerai kedua ataupun supply kepada pengusaha makanan yang berminat. Konsepnya bagaimana anda boleh meningkatkan jualan produk anda.  <\/p>\n<p><center><img src=\"http:\/\/www.hairul.com\/images\/pasar02.jpg\" alt=\"pekerja\" \/><\/center><\/p>\n<p>Perkara kedua di dalam mengembangkan perniagaan ialah pekerja. Jika anda ingin mengembangkan perniagaan, anda tidak boleh lari dari mengambil pekerja. Mungkin ada yang risau dengan kerenah pekerja. Inilah yang perlu anda belajar dari pengalaman. Semua yang bergelar majikan pasti pernah menghadapi masalah ini pada permulaan. Yang penting jangan berputus asa dan terus memperbaiki diri sendiri dalam mengurus pekerja anda. <\/p>\n<p>Biasanya pada permulaan bisnes, anda perlu menguruskan segala-galanya sendiri. Namun setelah anda memiliki gerai kedua atau ketiga, anda perlu mempunyai pekerja yang menjaga gerai anda. Pada saat ini, anda lebih kepada menguruskan pekerja dan mencari lokasi baru untuk bisnes sate anda. Anda tidak lagi menjaga kedai atau membuat sate lagi. Anda lebih tumpukan pada jualan dan keuntungan.<\/p>\n<p>Memang tidak mudah dan masalah pasti akan timbul. Pekerja lari, pekerja curi hasil jualan dan sebagainya. Sebagai seorang usahawan anda perlu lebih memikirkan jalan penyelesaian. Jangan asyik memikirkan masalah dan menyalahkan orang lain. Anda perlu tumpukan pada penyelesaian. Seterusnya merangka prosedur-prosedur atau langkah-langkah yang mampu mengelak masalah tersebut berulang lagi.<\/p>\n<p>Katakan anda telah memiliki 5 gerai dengan pulangan yang stabil yang dijaga oleh pekerja anda. Sekarang tiba masanya anda mengambil seorang pembantu yang akan menguruskan pekerja-pekerja dan jualan di gerai-gerai anda. Kini anda hanya monitor pembantu anda dan mula mencari projek-projek perniagaan lain yang lebih lumayan. Dalam mencari bisnes baru, jangan terikat kepada bisnes sate sahaja. Anda boleh cari apa sahaja bisnes yang menguntungkan.  <\/p>\n<p>Katakan anda memilih bisnes penternakkan lembu. Langkah pertama anda perlu mencari pekerja yang berpengalaman tentang perternakan lembu. Pada saya elakkan dari mengambil rakan kongsi tetapi cari pekerja yang berpengalaman dalam bidang berkenaan. Anda juga perlu belajar dan memahami selok belok perniagaan tersebut agar tidak ditipu. Belajar dan terus belajar dari pekerja anda. Seterusnya mencari pasaran atau jualan untuk perternakan lembu anda. <\/p>\n<p><center><\/center><\/p>\n<p>Dan apabila perniagaan berkembang, anda perlu memiliki sales team yang mengambil alih kerja anda dalam mencari pasaran baru dan menguruskan pasaran sedia anda. Kini anda hanya menguruskan sales team dan bertindak sebagai GM yang mengawal setiap head department.  Seterusnya apabila perniagaan anda berkembang lebih besar lagi, anda boleh mengambil seorang GM berpengalaman. Kini anda hanya mengawal GM dan Financial Controller untuk setiap perniagaan anda. Anda tidak perlu risau dengan penipuan, kerana anda memiliki external dan internal auditor yang akan menjaganya. Pada ketika ini barulah anda boleh digelar CEO.<\/p>\n<p>Ya.. menulis memang mudah. he.he.he. Namun tujuan saya lebih kepada membuka minda anda untuk berubah. Anda tidak boleh selama-lamanya menjadi peniaga pasar malam. Jika anda sudah berumur, didik anak anda untuk mengembangkan perniagaan anda. Agar masa depan anak anda dan keluarga anda lebih baik. Orang-orang cina boleh melakukannya. Kenapa tidak anda?<\/p>\n<p>Sekiranya anda seorang peniaga pasar malam atau kecil-kecilan. Mulakan dengan berfikir bagaimana meningkatkan jualan anda. Inilah titik permulaan kepada empayer perniagaan yang lebih besar nanti. Dan jangan lupa 5 tips strategi perniagaan yang pernah saya terangkan sebelum ini. Ia sangat membantu apa jua perniagaan anda. Link artikelnya ada di sidebar kanan blog ini.<\/p>\n<p>Satu lagi nasihat saya, elakkan dari mengambil rakan kongsi kerana banyak juga perniagaan yang gagal kerana rakan kongsi. Saya tidak nafikan, ada juga yang berjaya dengan rakan kongsi tetapi berhati-hatilah ya. Semoga berjaya.<\/p>\n<div class='share-to-whatsapp-wrapper'>Anda Share. Kawan Suka<br><div class='email_wp'><a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/kepada-peniaga-pasar-malam-tips-mengembangkan-perniagaan-anda-masanya-untuk-beruba\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\"><img class=\"WP-EmailIcon\" src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/plugins\/wp-email\/images\/email_famfamfam.png\" alt=\"Share Ke Email Rakan\" title=\"Share Ke Email Rakan\" style=\"border: 0px;\" \/><\/a>&nbsp;<a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/kepada-peniaga-pasar-malam-tips-mengembangkan-perniagaan-anda-masanya-untuk-beruba\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\">Share Ke Email Rakan<\/a><\/div> <a  data-text='Nak share artikel yang best nie. Memang Menarik. Boleh baca terus di link nie, klik linknya:' data-link='https:\/\/hairul.com\/blog\/kepada-peniaga-pasar-malam-tips-mengembangkan-perniagaan-anda-masanya-untuk-beruba\/' class='whatsapp-button whatsapp-share'>Share Ke WhatsApp<\/a><div class='clear '><\/div><\/div><div style=\"margin-top: 0px; margin-bottom: 0px;\" class=\"sharethis-inline-share-buttons\" ><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada saya, perniagaan pasar malam adalah tempat terbaik memberi pendedahan awal tentang selok belok perniagaan. Yang bestnya, ia mudah dimulakan kerana modalnya rendah dan menggunakan peralatan yang sedia ada di rumah. Manakala pendapatannya agak stabil dan lumayan bergantung pada produk dan jualan. Namun ini tidak bermakna, selama-lamannya anda terus menjadi peniaga pasar malam. Inilah mindset [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2850,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":""},"categories":[240],"tags":[291],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2811"}],"collection":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2811"}],"version-history":[{"count":63,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2811\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15379,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2811\/revisions\/15379"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2850"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2811"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2811"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2811"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}