{"id":2697,"date":"2011-08-12T15:13:45","date_gmt":"2011-08-12T07:13:45","guid":{"rendered":"https:\/\/hairul.com\/blog\/?p=2697"},"modified":"2020-12-01T04:47:55","modified_gmt":"2020-11-30T20:47:55","slug":"bahaya-lidah-dari-sudut-islam-nak-hidup-bahagia-berhati-hatilah-ketika-berbicara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hairul.com\/blog\/bahaya-lidah-dari-sudut-islam-nak-hidup-bahagia-berhati-hatilah-ketika-berbicara\/","title":{"rendered":"Bahaya lidah dari sudut Islam. Nak hidup bahagia? Berhati-hatilah ketika berbicara."},"content":{"rendered":"<p><center><img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/tutup.jpg\" alt=\"mulut\" \/><\/center><br \/>\n.<br \/>\nRamai yang tidak sedar bahayanya lidah di dalam kehidupan mereka. Inilah salah satu punca kehidupan menjadi bermasalah kerana bala atau balasan dari Allah s.w.t.  Memang ramai yang menggunakan lidah untuk mengumpat, mengutuk, mencaci, melepaskan geram dan memfitnah orang lain. Tanpa mereka sedari bala atau balasan Ilahi menanti mereka. Menjadikan kehidupan ini lebih bermasalah. <\/p>\n<p><em>Sabda Rasulullah s.a.w. \u201cSesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.\u201d (riwayat Bukhari dan Muslim).<\/em><\/p>\n<p>Berlajarlah berkata baik atau diam jika anda inginkan kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Percayalah sekali anda menyakiti orang lain samada sedar atau tidak, anda pasti akan disakiti balik. Sebagai contohnya anda menyakiti rakan sekerja dengan kata-kata yang menyindir. Balik kerja, anak anda pula menyakiti anda dengan kerenahnya. Berbaloi ke menggunakan akal dan tenaga anda untuk menyakiti orang lain. Dan akhirnya menjadikan kehidupan anda lebih menderita.<\/p>\n<p><em>Dalam surat   al Hujurat ayat 12 Allah swt telah berfirman:&#8221;Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya&#8221;.<\/em><\/p>\n<p><em>Rasulullah s.a.w bersabda: \u201cJanganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.\u201d (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)<\/em><\/p>\n<p>Ini juga salah satu budaya masyarakat kita yang dilarang oleh Islam. Seolah-olah menjadi darah daging warisan masyarakat kita. Sesungguhnya Allah telah berjanji akan membuka keaiban sesiapa yang membuka keaiban saudaranya yang muslim. Siapakah yang lebih malu dari keaibannya dibuka oleh Allah s.w.t.  Cuba fikirkan. Anda membuka keaiban si A, membuka keaiban si B, membuka keaiban si C. Setiap seorang, satu sahaja keaiban dibuka oleh anda. Tetapi anda akan dibuka 3 keaiban oleh Allah. Siapakah yang lebih malu?<\/p>\n<p><em>Rasulullah juga bersabda bermaksud: &#8220;Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.?&#8221; (Hadis riwayat at-Tirmizi)<\/p>\n<p>&#8220;Celakalah bagi tiap2 pencaci dan pengeji&#8221; -Surah Al-Humazah, 104:1<\/em><\/p>\n<p>Sebenarnya apabila kita menuduh, mengutuk atau memburukkan orang lain, kita cenderung membuat pelbagai andaian untuk menguatkan hujah kita. Tanpa kita sedari, andaian tersebut memfitnah orang lain. Besar dosanya memfitnah dan doa orang difitnah cepat dimakbulkan. Bagaimana jika orang tersebut mendoakan bala pada diri anda. Siapakah lebih rugi. Saya sendiri kurang gemar dengan orang suka mengutuk sana dan sini. Hari ini dia mengutuk dan mengumpat orang lain. Esok lusa dia mengutuk dan mengumpat kita pula di belakang kita. <\/p>\n<p>JIka anda seorang usahawan, cuba elakkan dari sikap buruk ini. Ia hanya akan merosakkan perniagaan anda. Membuatkan orang lain memandang rendah terhadap anda. Sebenarnya anda sahaja yang terasa bangga dengan mulut lesar anda. Tetapi tidak pada orang lain.  Tiada guna menunjuk pandai dengan membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain. Jika andaian anda salah, anda sebenarnya memfitnah orang lain. Bagaimana jika orang tersebut mendoakan kehancuran pada perniagaan anda. Siapa sebenarnya yang rugi. <\/p>\n<p><em>Sabdanya Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud : \u201c Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.\u201d (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa\u2019i)<\/p>\n<p>Sabda Rasulullah s.a.w lagi \u201cPuasa itu adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa, maka janganlah mengucapkan ucapan kotor, dan jangan pula bertindak bodoh. Jika ada seseorang yang mencelanya atau mengganggunya, hendaklah mengucapkan: sesungguhnya aku sedang berpuasa.\u201c[HR. Al Bukhari no. 1904]<\/em><\/p>\n<p>Semoga di bulan puasa ini, kita menjaga mulut, tutur kata dan elakkan dari mengumpat atau menyakiti orang lain. Agar kehidupan kita lebih ceria dan bahagia. Kita sering mahukan kehidupan yang bahagia tetapi mengapa kita sendiri membawa diri kita kepada kebinasaan. Fikirkanlah.  <\/p>\n<p>Artikel kali ini, nampak agak serius kan :D. Sekali sekala serious apa salahnya..he.he.he.. Namun sebenarnya artikel ini lebih kepada memperingatkan diri saya yang selalu alpha dan lalai. Sekiranya saya ingin berjaya dalam perniagaan, inilah salah satu perkara yang perlu saya jaga dan titik beratkan. Semoga bermanfaat.<\/p>\n<div class='share-to-whatsapp-wrapper'>Anda Share. Kawan Suka<br><div class='email_wp'><a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/bahaya-lidah-dari-sudut-islam-nak-hidup-bahagia-berhati-hatilah-ketika-berbicara\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\"><img class=\"WP-EmailIcon\" src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/plugins\/wp-email\/images\/email_famfamfam.png\" alt=\"Share Ke Email Rakan\" title=\"Share Ke Email Rakan\" style=\"border: 0px;\" \/><\/a>&nbsp;<a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/bahaya-lidah-dari-sudut-islam-nak-hidup-bahagia-berhati-hatilah-ketika-berbicara\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\">Share Ke Email Rakan<\/a><\/div> <a  data-text='Nak share artikel yang best nie. Memang Menarik. Boleh baca terus di link nie, klik linknya:' data-link='https:\/\/hairul.com\/blog\/bahaya-lidah-dari-sudut-islam-nak-hidup-bahagia-berhati-hatilah-ketika-berbicara\/' class='whatsapp-button whatsapp-share'>Share Ke WhatsApp<\/a><div class='clear '><\/div><\/div><div style=\"margin-top: 0px; margin-bottom: 0px;\" class=\"sharethis-inline-share-buttons\" ><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>. Ramai yang tidak sedar bahayanya lidah di dalam kehidupan mereka. Inilah salah satu punca kehidupan menjadi bermasalah kerana bala atau balasan dari Allah s.w.t. Memang ramai yang menggunakan lidah untuk mengumpat, mengutuk, mencaci, melepaskan geram dan memfitnah orang lain. Tanpa mereka sedari bala atau balasan Ilahi menanti mereka. Menjadikan kehidupan ini lebih bermasalah. Sabda [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2738,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":""},"categories":[240],"tags":[],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2697"}],"collection":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2697"}],"version-history":[{"count":53,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2697\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3797,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2697\/revisions\/3797"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2738"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}