{"id":2154,"date":"2011-05-17T00:40:13","date_gmt":"2011-05-16T16:40:13","guid":{"rendered":"https:\/\/hairul.com\/blog\/?p=2154"},"modified":"2020-12-01T04:47:55","modified_gmt":"2020-11-30T20:47:55","slug":"bagaimana-skim-cepat-kaya-menjerat-anda-fahami-strategi-mereka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hairul.com\/blog\/bagaimana-skim-cepat-kaya-menjerat-anda-fahami-strategi-mereka\/","title":{"rendered":"Bagaimana skim cepat kaya menjerat anda. Fahami strategi mereka."},"content":{"rendered":"<p><center><img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/tertipu.jpg\" alt=\"duit\" \/><\/center><br \/>\n.<br \/>\nTeringat lagi masa kecil, arwah ayah saya melabur dalam skim pak man telo. Habis hangus RM2 ribu nya. Seterusnya masa di universiti, kawan-kawan saya pula terpedaya dengan skim piramid. Dan semasa bekerja dulu di pejabat, perkara yang sama berlaku. Bukan sahaja duit sendiri habis, malah duit saudara mara yang dijemputnya hangus. Dah bergaduh dan menanggung malu dengan saudara mara. Puas juga saya menasihat mereka-mereka ini. Tapi bila sudah terhantuk, barulah hendak tengadah.<\/p>\n<p>Lebih malang lagi, ada yang membuat pinjaman bank untuk menyertai skim cepat kaya ini. Bukan sahaja wang pinjaman hangus, malah setiap bulan perlu membayar kepada pihak bank dengan faedah. Dan baru-baru ini tersiar di akhbar metro. seorang surirumah meminjam duit along untuk menyertai skim cepat kaya ini. Duit hangus, hidup pula merana dikejar along. Sebab itu tergerak hati saya untuk menceritakan serba sedikit strategi skim cepat kaya ini menjerat mangsa. Sekadar untuk peringatan buat kita bersama.<\/p>\n<p>Apa itu skim cepat kaya?. Secara ringkas skim cepat kaya memerlukan anda melabur sejumlah wang kepada pihak penganjur. Dan pihak penganjur menjanjikan pulangan wang jauh lebih tinggi dari wang yang anda laburkan. Ada yang memerlukan anda mencari ahli baru dan ada juga yang memerlukan anda duduk diam goyang kaki sahaja. Caranya begini, anda bagi RM100 kepada penganjur, anda akan dapat RM1000 dalam tiga bulan atau lebih. Bagi RM1,000, anda dapat RM10,000.<\/p>\n<p><center><img src=\"http:\/\/www.hairul.com\/images\/cepatkaya03.jpg\" alt=\"duit\" \/><\/center><\/p>\n<p>Strategi utama digunakan ialah menyakinkan orang ramai. Bermula menunjukkan kekayaan dan kemewahan mereka. Menayangkan sijil-sijil yang boleh dicetak dengan mudah. Gambar sokongan dari menteri dan pegawai tertinggi. Dan banyak lagi. Namun mereka sedar strategi ini belum cukup kuat membuatkan orang ramai terpedaya. Namun ia cukup membuatkan orang ramai bercerita, berfikir dua tiga kali. Tambahan lagi sikap manusia ini suka mengkritik dan mengumpat membuatkan ia lebih tersebar.<\/p>\n<p>Dan apabila tiba masanya, mereka akan melepas atau memberi pulangan yang dijanjikan pada group pertama. Bila group pertama dapat duit. Riuh la sekampung. &#8220;Nie duit aku dapat RM10,000.00 dari skim ini. Aku dah kata awal-awal skim ini betul&#8221;. Lepas tu beratus-ratus orang mula menyertai. Yang nak kaya cepat, masuk lah berlot-lot atau berpuluh-puluh ribu dan beratus-ratus ribu.<\/p>\n<p>Biasanya untuk group pertama, mereka membayar menggunakan modal sendiri. Biasanya group pertama tidak ramai, kerana orang ramai masih was-was. Manakala untuk pembayaran pulangan group kedua dan seterusnya mereka akan menggunakan wang pelaburan ahli baru. Pada saat ini, bertambah ramai dan bertambah ramai ahli baru yang menyertai. Sehingga pada satu saat tepu dimana kemasukkan ahli baru berkurangan dan tidak dapat lagi menampung bayaran pulangan kepada ramai ahli. Mereka akan cabut lari dengan duit berjuta-juta.<\/p>\n<p><center><img src=\"http:\/\/www.hairul.com\/images\/cepatkaya02.jpg\" alt=\"duit\" \/><\/center><\/p>\n<p>Habis duit orang ramai dilarikannya. Kemudian beberapa tahun berlalu. Datang lagi skim cepat kaya versi baru. Pada ketika ini orang ramai dah mula sedar dan mempersoalkan. &#8220;Mana datang duit pulangan skim itu? Masuk RM500 dapat RM5,000. Mana datang pulangan RM4,500 tu?&#8221;.  Tapi mereka sudah ready dengan jawapan dan strategi baru. Sebab hari-hari mereka memikirkan bagaimana membuatkan orang ramai percaya.<\/p>\n<p>Ada yang menggunakan ebook. ada yang menggunakan geran dan ada yang menggunakan perniagaan. Pelbagai strategi digunakan untuk membuatkan orang ramai percaya. Lepas tu bila group pertama dapat pulangan, riuh lah lagi. &#8220;Aku dah kata, ini bukan skim yang macam tahun lepas.  Skim ini ada geran&#8230; itu ada.. ini ada.&#8221; Dan berulanglah lagi sehingga skim tersebut tumbang. Tidak hairanlah setiap kali skim cepat kaya muncul, pasti ada yang tertipu. Kebiasaan skim cepat kaya bertahan agak lama kerana ahli yang mendapat pulangan akan memasukkan semula wang tersebut. Untuk mendapat pulangan lebih tinggi.<\/p>\n<p>Skim cepat kaya akan terus berubah dengan pelbagai strategi untuk membuatkan orang ramai percaya. Siang malam mereka berfikir untuk menipu. Tidak hairanlah strategi mereka sangat advance. Namun asas yang mereka gunakan tetap sama. Iaitu memerlukan anda membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah. Mereka mempergunakan keinginan anda untuk kaya cepat.<\/p>\n<p>Nasihat saya berhati-hatilah dengan perkara yang melibatkan wang. Mengapa perlu mengambil risiko sedangkan ramai pernah tertipu. Mengapa perlu mengadaikan wang simpanan anda untuk pulangan yang tiada kepastian. Biarlah hidup sederhana asalkan hati aman bahagia. Kalau ada orang ajak anda, kata je &#8220;Kau nak kaya, kayalah. Biarlah aku hidup sederhana tapi hati aman bahagia&#8221; Tapi nasihatkan dululah mereka-mereka ini.<\/p>\n<p>Namun jika anda kaji, strategi perniagaan yang digunakan amat menarik. Mereka membuat tawaran yang tidak masuk akal dengan pulangan yang sukar dipercayai. Membuatkan orang ramai bercerita, mempersoalkan, mengkritik dan sebagainya. Dan ia tersebar lebih luas. Bila sampai saatnya, mereka fixed atau perbetulkan atau buktikan. Dan kini orang ramai bercerita pula tentang kebenarannya. Ini menghasilkan pulangan yang jauh lebih lumayan. <\/p>\n<p>Semoga artikel ini bermanfaat&#8230;.<\/p>\n<div class='share-to-whatsapp-wrapper'>Anda Share. Kawan Suka<br><div class='email_wp'><a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/bagaimana-skim-cepat-kaya-menjerat-anda-fahami-strategi-mereka\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\"><img class=\"WP-EmailIcon\" src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/plugins\/wp-email\/images\/email_famfamfam.png\" alt=\"Share Ke Email Rakan\" title=\"Share Ke Email Rakan\" style=\"border: 0px;\" \/><\/a>&nbsp;<a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/bagaimana-skim-cepat-kaya-menjerat-anda-fahami-strategi-mereka\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\">Share Ke Email Rakan<\/a><\/div> <a  data-text='Nak share artikel yang best nie. Memang Menarik. Boleh baca terus di link nie, klik linknya:' data-link='https:\/\/hairul.com\/blog\/bagaimana-skim-cepat-kaya-menjerat-anda-fahami-strategi-mereka\/' class='whatsapp-button whatsapp-share'>Share Ke WhatsApp<\/a><div class='clear '><\/div><\/div><div style=\"margin-top: 0px; margin-bottom: 0px;\" class=\"sharethis-inline-share-buttons\" ><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>. Teringat lagi masa kecil, arwah ayah saya melabur dalam skim pak man telo. Habis hangus RM2 ribu nya. Seterusnya masa di universiti, kawan-kawan saya pula terpedaya dengan skim piramid. Dan semasa bekerja dulu di pejabat, perkara yang sama berlaku. Bukan sahaja duit sendiri habis, malah duit saudara mara yang dijemputnya hangus. Dah bergaduh dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2181,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":""},"categories":[240],"tags":[273],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2154"}],"collection":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2154"}],"version-history":[{"count":40,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2154\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12990,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2154\/revisions\/12990"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2181"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2154"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2154"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2154"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}