{"id":1431,"date":"2011-01-03T21:49:01","date_gmt":"2011-01-03T13:49:01","guid":{"rendered":"https:\/\/hairul.com\/blog\/?p=1431"},"modified":"2020-12-01T04:47:56","modified_gmt":"2020-11-30T20:47:56","slug":"panduan-lengkap-pendaftaran-perniagaan-di-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hairul.com\/blog\/panduan-lengkap-pendaftaran-perniagaan-di-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia\/","title":{"rendered":"Panduan lengkap pendaftaran perniagaan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)"},"content":{"rendered":"<p>Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Panduan ini merupakan pendaftaran secara offline di kaunter atau di pejabat SSM untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal atau perseorangan. Apa yang boleh saya katakan, ia terlalu mudah.<\/p>\n<p>Kepada yang mempunyai perniagaan samada online atau offline, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran perniagaan. Kenapa? Jawapannya ada di keratan akhbar online dibawah:<\/p>\n<p><center><img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/berita-saman-ssm.jpg\" \/><\/center>Inilah sebab utama anda perlu mendaftar peniagaan. Lagipun senang je mendaftarnya. Bayarannya pula tidak sampai RM100. Nama perniagaan juga amat penting meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelangan terhadap perniagaan anda. Jadi mulakan tindakan yang bijak dengan mendaftar perniagaan anda di SSM.<\/p>\n<p>Sebelum mendaftar, anda perlu mencari alamat pejabat SSM. Ok ini dia link alamat pejabat SSM di seluruh Malaysia. <a href=\"http:\/\/www.ssm.com.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">http:\/\/www.ssm.com.my\/<\/a>. Anda boleh menelefon mereka untuk apa jua pertanyaan berkenaan pendaftaran. Seelok-eloknya call terlebih dahulu, confirm kan semula. Pastikan semuanya betul sebelum datang ke pejabat SSM. Mana lah tahu ada perubahan pendaftaran oleh SSM.<\/p>\n<p>Seterusnya tentu anda perlu mencari lokasi atau tempat pejabat SSM tersebut. Jika anda tidak arif dengan kawasan tersebut, anda boleh menggunakan perkhidmatan maps percuma yang disediakan oleh google. Lawati laman web ini iaitu : <a href=\"http:\/\/maps.google.com.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">http:\/\/maps.google.com.my\/<\/a> dan taipkan nama kawasan atau alamat yang ingin di cari. Mudah bukan.<\/p>\n<p>Untuk pendaftaran SSM, anda tidak perlu datang pakai coat .. tidak perlu pakai tie&#8230; Sebab kita bukan nak pergi interview \ud83d\ude1b he.he.he.. Apa yang perlu anda bawa ialah satu salinan photostat I\/C dan wang tunai dalam RM70.00 sahaja. Pastikan anda bawa salinan photostat kad pengenalan. Kalau tidak, terpaksa lah turun balik pejabat SSM mencari kedai photostat. Ke hulu hilir nanti dibuatnya.<\/p>\n<p>Bila sudah sampai di pejabat SSM. Pergi ke kaunter pertanyaan. Kaunter ini biasanya tiada nombor giliran dan perlu beratur. &#8220;Salam Kak, bagi saya borang pendaftaran perniagaan milikan tunggal&#8221;. Jangan lupa ucapkan terima kasih pada pegawai tu kerana ada senyuman bonus menanti anda. \ud83d\ude00<\/p>\n<p>Biasanya ada lima helai borang yang akan anda terima. Borang-borangnya ada dibawah berserta penerangan cara mengisinya. Anda perlu menggunakan semua huruf besar semasa mengisi borang tersebut.<\/p>\n<p><center><strong>HELAIAN PERTAMA<\/strong><br \/>\n<img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/borang-permohonan-ssm.jpg\" \/><\/center>Dalam helaian pertama ini anda perlu mengisi 3 nama perniagaan pilihan anda. Anda dinasihatkan untuk turut membawa tambahan 5 atau lebih nama perniagaan. Manalah tahu ketiga-tiga nama pilihan perniagaan anda telah digunakan. Tiga nama perniagaan yang saya berikan semasa membuat pendaftaran dulu ialah:<\/p>\n<p>1. Star Creative Center<br \/>\n2. Hairul Creative Center<br \/>\n3. MHH Creative Center<\/p>\n<p>Saya memang bernasib baik kerna nama pertama iaitu Star Creative Center belum lagi digunakan oleh mana-mana perniagaan di seluruh Malaysia dan diterima. Seterusnya isikan nama, alamat dan no kad pengenalan anda. Jenis Perniagaan yang dijalankan tersebut ialah penerangan tentang perniagaan anda.<\/p>\n<p>Semasa saya mengisi Jenis Perniagaan, saya menulis menjual Ebook dan Video secara Online. Saya di soal oleh pegawai SSM kerana mereka menyangka saya menjual CD pirate. Setelah menerangkannya, ia diterima. Dan yang terakhir untuk helaian pertama ini, jangan lupa memberikan tandatangan anda.<\/p>\n<p><center><strong>HELAIAN KEDUA<\/strong><br \/>\n<img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/borang-a-ssm.jpg\" \/><\/center>Untuk helaian kedua ini, cara mengisinya sama seperti anda mengisi mana-mana borang. Ia terlalu mudah. Cuma tinggalkan kosong pada ruangan No Kelulusan Nama dan Nama Perniagaan. Kerana pihak SSM perlu memeriksa terlebih dahulu nama perniagaan yang anda pilih sama ada telah digunakan atau belum.<\/p>\n<p><center><strong>HELAIAN KETIGA<\/strong><br \/>\n<img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/borang-a-suruhanjaya-syarikat-malaysia.jpg\" \/><\/center>Ruangan ini boleh ditinggalkan kosong melainkan anda mempunyai cawangan perniagaan.<\/p>\n<p><center><strong>HELAIAN KEEMPAT<\/strong><br \/>\n<img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/maklumat-pemilik-syarikat.jpg\" \/><\/center>Bahagian ini juga mudah diisi. Cuma dibahagian pemilikan, anda perlu tick atau tanda kotak Pemilikan Tunggal<\/p>\n<p><center><strong>HELAIAN KELIMA<\/strong><br \/>\n<img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/borang-terakhir-ssm.jpg\" \/><\/center>Ini merupakan helaian terakhir. Tinggalkan sahaja kosong untuk No Kod Jenis Perniagaan. Anda hanya perlu isikan nama anda, no kad pengenalan dan tandatangan anda.<\/p>\n<p>Setelah siap mengisi, anda serahkan kepada pegawai di kaunter pertanyaan bersama-sama salinan photostat I\/C. Pegawai tersebut akan memeriksa terlebih dahulu. Sekiranya semua lengkap, pengawai tersebut akan memberikan anda 2 nombor giliran yang sama. Nombor ini di staple ke borang pendaftaran yang anda isi<\/p>\n<p>Anda dapat dua nombor giliran. Tetapi ambil atau koyakkan satu nombor giliran dan kemudian letakkan borang pendaftaran perniagaan di atas meja di kaunter pemprosesan pendaftaran. Jangan risau kerana pegawai tersebut akan memberitahu anda di mana perlu meletakkan borang perniagaan tersebut. Biasanya tempatnya jauh dari kaunter pertanyaan.<\/p>\n<p><center><img src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/nombor-giliran.jpg\" \/><\/center>Setelah itu anda perlu menunggu sehingga nombor giliran anda panggil. Biasanya memakan masa dalam 15 minit untuk pegawai SSM memeriksa nama perniagaan anda samada telah digunakan atau belum. Ada juga nama-nama yang tidak dibenarkan digunakan seperti warisan dan sebagainya.<\/p>\n<p>Satu.. Satu&#8230; Lima&#8230; Tiga&#8230; Itu dia nombor giliran anda dipanggil. Sekiranya nama perniagaan yang anda berikan tiada masalah, anda perlu membuat pembayaran RM60+10= RM70 untuk nama perniagaan menggunakan nama selain nama sendiri. Manakala untuk nama sendiri seperti Mohd Hairul Hisam harganya lebih murah iaitu RM30+10. Namun sekiranya nama perniagaan yang anda pilih telah digunakan atau tidak diterima, anda perlu memberikan nama yang lain.<\/p>\n<p>Setelah selesai, pegawai SSM akan memberitahu anda untuk menunggu dalam masa 1 jam sebelum sijil perniagaan anda disiapkan. kalau tidak ramai orang, mungkin lebih cepat sijil perniagaan anda disiapkan. So bawa la apa-apa yang patut seperti surat khabar atau sebagainya untuk mengisi masa menunggu anda.<\/p>\n<p>Setelah siap sijilnya, biasanya mereka akan memanggil nama anda atau nama syarikat anda untuk memberikan sijil perniagaan anda. Mereka akan menjerit &#8220;Star Creative Center&#8221;. Kira dah boleh dah gantung atau tayang sijil perniagaan anda. \ud83d\ude00 Mudah bukan. Pendaftaran perniagaan atau Sijil Perniagaan anda disiapkan dalam masa 1 hari sahaja.<\/p>\n<p>Anda juga boleh merujuk laman web SSM untuk membaca pertanyaan lazim terhadap pendaftaran perniagaan di sini http:\/\/www.ssm.com.my\/faq.php<\/p>\n<p>Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh lah terus merujuk kepada SSM. Harap janganlah tanya saya bermacam-macam pasal SSM, kerana saya bukannya pegawai SSM \ud83d\ude00 . Sekali lagi inilah laman web untuk alamat dan nombor telefon SSM: <a href=\"http:\/\/www.ssm.com.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">http:\/\/www.ssm.com.my\/<\/a><\/p>\n<div class='share-to-whatsapp-wrapper'>Anda Share. Kawan Suka<br><div class='email_wp'><a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/panduan-lengkap-pendaftaran-perniagaan-di-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\"><img class=\"WP-EmailIcon\" src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/plugins\/wp-email\/images\/email_famfamfam.png\" alt=\"Share Ke Email Rakan\" title=\"Share Ke Email Rakan\" style=\"border: 0px;\" \/><\/a>&nbsp;<a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/panduan-lengkap-pendaftaran-perniagaan-di-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\">Share Ke Email Rakan<\/a><\/div> <a  data-text='Nak share artikel yang best nie. Memang Menarik. Boleh baca terus di link nie, klik linknya:' data-link='https:\/\/hairul.com\/blog\/panduan-lengkap-pendaftaran-perniagaan-di-ssm-suruhanjaya-syarikat-malaysia\/' class='whatsapp-button whatsapp-share'>Share Ke WhatsApp<\/a><div class='clear '><\/div><\/div><div style=\"margin-top: 0px; margin-bottom: 0px;\" class=\"sharethis-inline-share-buttons\" ><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Panduan ini merupakan pendaftaran secara offline di kaunter atau di pejabat SSM untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal atau perseorangan. Apa yang boleh saya katakan, ia terlalu mudah. Kepada yang mempunyai perniagaan samada online atau offline, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1442,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":""},"categories":[240],"tags":[815],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1431"}],"collection":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1431"}],"version-history":[{"count":51,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16055,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1431\/revisions\/16055"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1442"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}