{"id":10865,"date":"2014-06-15T15:30:47","date_gmt":"2014-06-15T07:30:47","guid":{"rendered":"https:\/\/hairul.com\/blog\/?p=10865"},"modified":"2020-12-01T04:42:53","modified_gmt":"2020-11-30T20:42:53","slug":"cara-mendidik-diri-anak-rajin-belajar-dan-berjaya-score-spm-terbaik-dari-pengalaman-saya-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hairul.com\/blog\/cara-mendidik-diri-anak-rajin-belajar-dan-berjaya-score-spm-terbaik-dari-pengalaman-saya-sendiri\/","title":{"rendered":"Cara Mendidik Diri &#038; Anak Rajin Belajar dan Berjaya Score SPM. Terbaik Dari Pengalaman Saya Sendiri."},"content":{"rendered":"<p>Teringat masa saya sekolah dulu. Pagi-pagi, sibuk betul menyalin kerja sekolah kawan. Tak sempat salin, kenalah denda dengan cikgu. Berdiri luar kelas, berdiri bawah matahari dan bermacam-macam lagi. Tapi tak pernah serik-serik2. Balik sekolah je, terus hilang merayau dengan kawan-kawan.<\/p>\n<p>Nasib baiklah saya berubah di Tingkatan 4. Dari seorang pemalas belajar kepada seorang yang terover rajin belajar. Memang rajin giler laa. So di dalam artikel ini saya ingin berkongsi pengalaman dan cara terbaik untuk mendidiik diri kita atau anak kita untuk rajin belajar. Seterusnya berjaya score spm.<\/p>\n<p><img class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/uploads\/kejayaan.jpg\" \/><\/p>\n<h3>7 Tips Cara Mendidik Diri &amp; Anak Rajin Belajar Score SPM<\/h3>\n<p><strong>1. Cari Keinginan Yg Kuat Utk Berjaya <\/strong><br \/>\nInilah jasa arwah ayah saya. Arwah ayah main campak jee keputusan PMR tingkatan tiga saya yang kurang baik. Lepas tu, tak henti-henti pulak kena kutuk dengan saudara mara dan jiran tetanga. Mungkin inilah yang menimbulkan keinginan kuat dalam diri saya untuk berjaya dan score SPM seperti abang dan kakak saya.<\/p>\n<p>So adik-adik perlu mencari sebab dan keinginan yang kuat untuk berjaya dalam SPM. Jika adik-adik rasa malas belajar, itu tandanya tiada keinginan kuat untuk berjaya score SPM. Ibu bapa pun boleh membantu anak mereka mencari keinginan kuat untuk berjaya score spm.<\/p>\n<p><strong>2. Buku Rujukan dan Buku Latihan kena terbaik<\/strong><br \/>\nUsaha kuat sahaja tidak mencukupi, selagi buku rujukan dan latihan tidak bagus. Itulah yang berlaku pada awal pembelajaran saya. Keputusan exam masih kurang baik walaupun telah belajar bertungkus lumus. Nasib baik saya sedar buku rujukan yang saya gunakan memang hampeh. Nak harapkan buku teks lagi lah hampeh.<\/p>\n<p>So perlu dapatkan nasihat dari kawan dan guru tentang buku rujukan yang terbaik. Yelah di kedai buku terdapat bermacam-macam buku rujukan dan tidak semuanya bagus. Saya juga belajar dengan Adabi gaya pos dan saya akui memang bagus. Namun memerlukan kerajinan diri yang kuat. Mudah sekarang ada websitenya di www.maktabadabi.com.my\/<\/p>\n<p><strong>3. Mendampingi Pelajar yg Pandai.<\/strong><br \/>\nNak berjaya dengan cepat, anda kena mendidik diri mendampingi pelajar yang berjaya. Tapi bukanlah berkepit 24 jam dengan mereka. Sekali sekala kita kena bertanya pada mereka tentang soalan sukar. Tanya buku rujukan yang mereka gunakan. Tanya cara mereka belajar. Tanya petua itu dan ini. Kira macam korek rahsia laaa. Tapi pertanyaan biarlah specific dan janganlah terlalu umum.<\/p>\n<p>Masa tingkatan 4, saya kerap bertanya dengan pelajar no 1 dalam kelas. Terutamanya latihan matematik yang sukar. Tapi sebelum bertanya, kenalah usaha betul-betul dulu. Kalau tak, mereka pun malas nak layan nanti. Tapi mulai tingkatan 5, saya pulak yang kena menjawab pertanyaan kawan-kawan lain. Kira mencurahkan bakti la pulak.<\/p>\n<p><strong>4. Buat Banyak Nota dan Soalan Latihan.<\/strong><br \/>\nPada saya, membuat nota adalah tool yang sangat efekftif dalam belajar. Jika anda belajar tanpa buat nota, anda sebenarnya tidak belajar. Memang benar. Apabila kita membuat nota, kita akan memberi tumpuan dan mencari isi-isi penting. Dan apabila kita menulis nota, ia seperti kita menulis pada ingatan kita. So kena mendidik diri rajin buat nota.<\/p>\n<p>Dan nota perlu ditulis semula lagi. Daripada nota pertama, kita susun dan rumuskan kepada nota kedua yang lebih tersusun. Ia seperti ulangkaji dengan cara yang berkesan. Walaupun ia memakan masa namun ia sebenarnya mempercepatkan masa ulangkaji di saat peperiksaan nanti. So apabila nak exam, baca sepintas lalu pun dah boleh faham. Tak caya, try lee buat.<\/p>\n<p>Biasanya saya buat nota dengan tulisan yang berwarna warni (saya tak suka guna highlight warna tapi lebih suka guna pen pelbagai warna). Barulah semangat nak baca. Dan kadang-kadang saya buat nota semula sampai tiga kali. Saya ringkaskan lagi dan lagi nota tu. Dulu punya leee malas nak buka buku, tapi kini terover rajin lee pulak sebab nak berjaya score spm.<\/p>\n<p>Soalan latihan sangat penting dan perlu kerap dibuat. Ini mempersiapkan diri kita menjawab peperiksaan pada masa yang ditetapkan. Teringat saya pada cikgu Prinsip Akaun yang menjadikan kertas SPM 10 tahun kebelakang sebagai ulangkaji. Hasilnya separuh dari kelas saya dapat A1 utk subjek prinsip akaun.<\/p>\n<p><strong>5. Jadual Belajar Mingguan <\/strong><br \/>\nJika tiada jadual belajar, pembelajaran anda akan menjadi tak tentu arah. Sekejap nak belajar math. Sekejap nak belajar sains. Bila belajar sains, teringat math pula. So jadual belajar sangat penting. Mudah jee cara buat jadual belajar. Kenal pasti dulu waktu free kita dan seterusnya bahagi-bahagikan masa belajar untuk setiap subjek. Masa free nie tak termasuk masa beriadah dan sebagainya.<\/p>\n<p>Elok terus buat jadual dalam seminggu. Beri masa yang lebih untuk mata pelajaran yang lemah. Dan belajar jangan terus menerus. Setiap 30 minit belajar, elok rehat 5 minit. BIasanya dalam 5 minit tu, saya akan berdiri dan mengerak-gerakkan tangan sahaja atau kadang-kala berjalan-jalan di kawasan rumah. Jadual belajar juga kenalah flexible atau boleh diubah mengikut keadaan.<\/p>\n<p><strong>6. Denda Pada Diri Sendiri. <\/strong><br \/>\nPernah sewaktu membawa buku ke bilik study, saya terpandang cerita menarik di kaca tv. Saya terus duduk depan tv berjam-jam sambil memegang buku. Mulai saat tu, saya mula membuat denda pada diri sendiri. Terpandang jee tv dalam waktu jadual belajar, saya denda diri saya. So bila lalu di ruang tamu, tak boleh terpandang sikit pun tv sebab nanti kena denda :P. Hanya pada waktu jadual belajar sahaja.<\/p>\n<p>Denda ialah sesuatu yang kita tidak suka lakukan. So anda perlu tentukan sendiri denda yg sesuai dengan diri anda. Denda yang biasa saya buat ialah bayar duit pada masjid. Boleh juga minta tolong adik atau akak denda kita. Contohnya &#8220;Adik, tolong rotan tangan abang dua kali sebab abang terpandang tv dua kali semasa waktu belajar&#8221;.<\/p>\n<p><strong>7. Kerap Berdoa Kepada Allah s.w.t. <\/strong><br \/>\nUntuk yang beragama islam, kita berpegang kepada prinsip usaha, doa, tawakal dan redha. Seeloknya selepas bersolat, banyakkan berdoa agar Allah s.w.t. membantu kita untuk berjaya score SPM. Kita kenalah bersungguh-sungguh dalam berusaha dan berdoa sebaik yang mungkin. Seterusnya terserahlah kepadaNya kerana Allah s.w.t. maha mengetahui dan maha adil. Ini membuatkan hati kita lebih tenang, terus berusaha dan tidak berputus asa.<\/p>\n<p><strong>Saat Paling Seronok Dapat Result &amp; Hadiah<\/strong><br \/>\nSeronok betul la masa mengambil result SPM. Ramai betul cikgu-cikgu bersalam mengucapkan tahniah. Adik-adik persatuan silat pun datang berkerumun mengucapkan tahniah (kebetulan berdekatan dengan kelas mereka). Pada hari berikutnya, dapat pula hadiah antara pelajar cemerlang SPM di sekolah dan juga di kawasan perumahan saya. Memang syioookkk la beb. Tapi betul la orang kata. Bila kita dapat sesuatu, kita akan kehilangan sesuatu.<\/p>\n<p>Jika anda telah berusaha, namun tidak berjaya score SPM, janganlah bersedih dan berputus asa. Masih banyak lagi jalan lain untuk berjaya. Yang penting kita terus berusaha mencari jalan untuk berjaya dengan cara yang sesuai dengan diri kita. Semoga artikel ini membantu adik-adik untuk rajin belajar dan berjaya score dalam spm.<\/p>\n<div class='share-to-whatsapp-wrapper'>Anda Share. Kawan Suka<br><div class='email_wp'><a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/cara-mendidik-diri-anak-rajin-belajar-dan-berjaya-score-spm-terbaik-dari-pengalaman-saya-sendiri\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\"><img class=\"WP-EmailIcon\" src=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-content\/plugins\/wp-email\/images\/email_famfamfam.png\" alt=\"Share Ke Email Rakan\" title=\"Share Ke Email Rakan\" style=\"border: 0px;\" \/><\/a>&nbsp;<a href=\"https:\/\/hairul.com\/blog\/cara-mendidik-diri-anak-rajin-belajar-dan-berjaya-score-spm-terbaik-dari-pengalaman-saya-sendiri\/emailpopup\/\" onclick=\"email_popup(this.href); return false;\"  title=\"Share Ke Email Rakan\" rel=\"nofollow\">Share Ke Email Rakan<\/a><\/div> <a  data-text='Nak share artikel yang best nie. Memang Menarik. Boleh baca terus di link nie, klik linknya:' data-link='https:\/\/hairul.com\/blog\/cara-mendidik-diri-anak-rajin-belajar-dan-berjaya-score-spm-terbaik-dari-pengalaman-saya-sendiri\/' class='whatsapp-button whatsapp-share'>Share Ke WhatsApp<\/a><div class='clear '><\/div><\/div><div style=\"margin-top: 0px; margin-bottom: 0px;\" class=\"sharethis-inline-share-buttons\" ><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teringat masa saya sekolah dulu. Pagi-pagi, sibuk betul menyalin kerja sekolah kawan. Tak sempat salin, kenalah denda dengan cikgu. Berdiri luar kelas, berdiri bawah matahari dan bermacam-macam lagi. Tapi tak pernah serik-serik2. Balik sekolah je, terus hilang merayau dengan kawan-kawan. Nasib baiklah saya berubah di Tingkatan 4. Dari seorang pemalas belajar kepada seorang yang terover [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10920,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":""},"categories":[240],"tags":[],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10865"}],"collection":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10865"}],"version-history":[{"count":115,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16264,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10865\/revisions\/16264"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10920"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hairul.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}