Tips Mengawal Perasaan Emosi Dari Pengalaman Sendiri | Hidup Lebih Ceria

Pernah rasa nak marah. Rasa geram semacam je. Atau rasa sedih dan celaru tak tentu hala. Tentu hilang mood dan keceriaan dibuatnya. Saya pasti, anda pernah merasainya kan. Namun pernahkah anda mencari puncanya dan cara menanganinya. Tak kan lah asyik nak moody memanjang kot. Tak best la macan tu kan.

Di dalam artikel ini, saya nak berkongsi sedikit petua dari pengalaman dan pandangan saya. Sekadar berkongsi pandangan, agar petua ini menjadi ingatan buat diri sendiri. Yelah Hairul nie mudah lupa taw πŸ˜› . So artikel di sini lebih kepada mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca blog yang sudi membaca. Bila kita menulis, kita akan lebih mengingati.

Seperti biasa, saya suka straight to the point sahaja. Jika anda berasa marah atau sedih. Cuba tanya pada diri anda. Tanya dengan jujur di dalam diri anda. Tanya di dalam hati anda dengan ikhlas. Tanya “Apakah sebenarnya yang anda mahukan”. Tanya “Apakah sebenarnya hati anda inginkan”. Cuba tanya dan jawab dengan jujur. Kerana emosi kita akan terganggu apabila keinginan dalaman ini tidak dicapai.

Apabila anda menemui jawapannya (keinginan dalaman). Cuba kurangkan keinginan tersebut. Bagitahu pada diri anda untuk kurangkan keinginan tersebut. Kesannya perasaan anda akan lebih tenang dan otak anda akan kurang berfikir dan kurang bercelaru. Dari pengalaman saya, ia hanya berkesan apabila anda menemui keinginan dalaman yang sebenarnya atau yang betul. So kena cari sampai jumpa. πŸ˜€

Elok saya bagi contoh untuk anda mudah memahaminya. Katakan selepas menyiapkan tugasan kerja, anda berasa geram je. So step pertama, tanya pada diri anda dengan jujur “Apakah sebenarnya yang anda mahukan”. Mungkin juga semasa menyiapkan tugasan, anda telah membina keinginan untuk hasil tugasan anda dihargai. Apabila keinginan ini tidak dipenuhi, hati anda akan memberontak. So step kedua, kurangkan keinginan dalaman diri anda. Cuba kata pada hati anda “Aku tak berminat nak dapat pujian dari bos” “Ucapan terima kasih dari bos, tak nak lah, tak penting lah semua tu” atau sebagainya.

Ini satu contoh yang simple untuk anda memahami konsepnya. So, bila anda rasa marah atau sedih, anda hanya perlu mengenalpasti keinginan dalaman yang tidak dicapai. Seterusnya mengurangkan keinginan tersebut. Dari pengalaman saya, ia berkesan. Otak anda akan lebih rehat dan kurang fikir yang bukan-bukan, Namun ia memerlukan masa untuk mencari keinginan dalaman diri yang betul dan mengurangkannya. InsyaAllah ia akan membantu anda mengawal emosi anda.

Satu lagi, apa jua kita lakukan katakan “Itulah yang terbaik aku lakukan. Kalau orang lain berada ditempatku pun akan melakukan perkara yang sama”
.

Jom Kongsi Tips Mengawal Emosi Dari Pengalaman Anda Pula

Tips ini dari pengalaman saya sendiri. Mungkin juga anda mempunyai tips mengawal perasaan emosi dari pengalaman anda sendiri. Sudilah kongsi dalam ruangan komen dibawah. BIla kita menulis dan berkongsi, bertambah lagi ilmu dan petua kita. InsyaAllah.

Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:




1. Ebook Kek Batik Coklat Special
2. Ebook Mee Goreng Mamak Restoran
3. Ebook Potong Buah Style Hotel
4. Tips Memulakan Bisnes Makanan

Sila isikan nama pangilan dan alamat email anda.
Utk Ebook ini dihantar ke email anda pada hari ini juga
Artikel Special Blog Ini:

KOLEKSI TESTIMONIAL BISNES MAKANAN
(Klik Arrow Kanan Utk Testimonial Seterusnya)


Artikel Menarik Blog Ini:

Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja


Belajar Bisnes Bun, Pau & Pizza (Klik Sini)


Belajar Bisnes Kek Harijadi (Klik Sini)


Bisnes Putu Piring, Bambu & Mayam (Klik Sini)


Bisnes Air, Dadih & Dessert (Klik Sini)


Bisnes Roti Canai & Murtabak (Klik Sini)


Bisnes Aneka Cakoi & Donut (Klik Sini)


Bisnes Aneka Taufufah & Air soya (Klik Sini)


Bisnes Buat Website & Grafik (Klik Sini)


Artikel Gempak Blog Ini:

Comments

  1. azriey amrie says

    bagus tips ni… :)

    • Hairul Hissam says

      tima kasih kerna sudi membaca cik azriey amriey.. InsyaAllah jika dipraktikkan dgn betul, sangat membantu kita lebih tenang πŸ˜€

  2. says

    Saya adalah seorang yang ‘cool’ sebagai manusia biasa ada juga ‘blow up’ apabila kesabaran sampai kemuncak.

    • Hairul Hissam says

      Itulah fitrah kejadian kita yg diberikan emosi. Semoga kita bersama bijak mengawalnya… πŸ˜€

  3. says

    lagi satu nak kurangkan tekanan saya pikir macam ni – bersyukurlah dengan apa yang anda dapat, ada orang lain lebih teruk lagi.
    apa pun ,tkasih perkongsian bijak ini.

    • Hairul Hissam says

      Tima kasih di atas tips bersyukur tu cik nor. Jika kita bersyukur ke hadrat Ilahi, insyaAllah hati kita lebih tenang. πŸ˜€

  4. says

    Baik,
    terima kasih,boleh jadikan pedoman

    • says

      Tima kasih kembali.. semoga bermanfaat ya Cik Ashrih.. πŸ˜€

  5. fila says

    good tips, I will share dgn my colleague yg selalu sgt moody, campur adukkan masalah personal sampai terbawak ke office. I pon akan apply this to myself, sbb I believe berperasaan positif will attract positive energy, and org sekeliling pon happy :)

    • Hairul Hissam says

      Bagus juga share pada rakan sekerja.. Agar suasana office menjadi ceria dan harmoni…. πŸ˜€

  6. marzura says

    sy stuju ngan cik nor. kita patut fikir positif. buat perkara2 yg positif. impaknya hidup pun lebih positif.

    • Hairul Hissam says

      Berfikiran positif mmg sgt menceriakan kehidupan kita…. πŸ˜€

  7. Nurul says

    yea..sy bersetuju dgn pandangan en.hairul..sy pernah mengalaminya malah bukan sekali menghadapi perkara tersebut..saya suka apabila melakukan satu kerja dengan penuh teliti supaya kerja yang dilakukan mendapat hasil yang berkualiti..contohnya, sy hendak buat satu tugasan, saya akan cuba sedaya mungkin untuk melengkapkan tugasan tersebut, bukan sekadar mengikut list yg mst ada dlm tugasan, tapi saya akn cari pula alternatif untuk membezakan hasil kerja sy dgn org lain..bermakna, sy cuba meletakkan semaksimum yang mungkin kualiti atas hasil kerja saya..tapi adakala tak tercapai hasrat sy..dan apa yang sy lakukan..sama mcm en.hairul sarankan..alhamdulillah..sy dpt tnangkan keinginan tersebut dan sehingga kini sy mengamalkannya..:)

    • Hairul Hissam says

      Bagus tu cik nurul. Buat sesuatu kerja dengan bersungguh2 dan terbaik.. Namun apa jua hasilnya, kita perlu redha sebab kita dah buat yg terbaik kan…tima kasih cik nurul.. πŸ˜€

      • Nurul says

        btul tu..tp ble kte dh cuba bt sehabis baik, tp hasilnya tak seperti yang diharapkan..rse terkilan juga skit..tp pastu sy tetap redha sbb sy dh cuba bt yg terbaik..hehe sme2..:)

        • Hairul Hissam says

          Sebab itu Islam mengajar kita utk redha dgn qada dan qadar. Kerana tiada siapa yg perfect.. πŸ˜€

          • Nurul says

            yea..btul tu..hehehe :)

  8. sarifah says

    Amat bersetuju dengan pendapat dan cadangan. Pengalaman saya jika rasa marah @ tak puas hati dng seseorang saya akan cakap pada diri sendiri ” Lantak le – lebih baik cakap dng pokok dari cakap dng orang yg tak faham bahasa.

    • Hairul Hissam says

      Bagus cara cik sarifah. Yg penting kita kena cool down diri kita kan.. πŸ˜€

  9. azrin says

    terima kasih kerana memberikan tips yang sangat membantu saya dalam menjalankan tugas dengan lebih baik.

    • Hairul Hissam says

      tima kasih kembali.. semoga menceriakan lagi kehidupan cik azrin πŸ˜€

  10. says

    sy akan buat keje cma biasa bab mrah abaikan ketepi klu tak tahan luahkan heeee

    • Hairul Hissam says

      Bagus cara tu. Ketepi kan dulu sehingga emosi kita lebih stabil. tima kasih cik suri… πŸ˜€

  11. says

    memang kadang2 susah nak handle tekanan, tip ni bagus

    • Hairul Hissam says

      Yap.. bila emosi kita terganggu.. mmg sukar juga sebenarnya… πŸ˜€

  12. says

    Bila dalam tekanan, biasanya saya cuba untuk bertenang dan sentiasa mengingatkan diri supaya terus bersabar. Dengan bersabar, Insyallah otak mampu jadi rasional semula.

    • Hairul Hissam says

      Tima kasih atas tips bersabar tu En. Anif. Betul tu. Kena selalu ingatkan diri sendiri πŸ˜€

    • says

      Bila masa emosi bad dtng,relex aje sekejap & pergi mandi,sembahyamg,makeminun /brfikir cerita suka silang.Buat pura2 ceria.

      • Hairul Hissam says

        terima kasih di atas tips mengawal emosi tu..

  13. says

    Best!
    Maksudnya, kalau dalam contoh ni, jangalah kita buat sesuatu kerana selain dr Allah. Kalau kita dah siap target redha manusia, kita mmg akan rasa kecewa kalau tak dapat, kalau kita harap redha Allah, pasti kita akan lebih tenang dan ceria.

    TErim kasih bro hairul! =)

    • Hairul Hissam says

      Betul tu bro.. kalo buat sesuatu kerana mencari keredhaan Allah, insyaAllah hati akan sentiasa tenang sahaja. Tima kasih atas tips bagus tu bro..

  14. says

    ada ketika aku juga geram dengan kerja
    tapi kejap je
    hehe

    • Hairul Hissam says

      Kalau geram ngan kerja.. apa kata en. tehr buat bisnes online… gerenti hilang geramnya.. he.he.he

  15. aina says

    tips ni bagus terutama golongan yang ada tekanan hidup.
    harap2 dengan adanya tips ni boleh kurangkan sikit tekanan yang ada πŸ˜‰
    yang penting basa kepada nawaitu diri.. buat apa2 pun takpe yang penting nawaitu kena betul πŸ˜€

    • Hairul Hissam says

      Betul tu kata cik aina.. jika kita perbetulkan niat.. InsyaAllah hati kita lebih tenang dan fokus… πŸ˜€

  16. says

    Emosi ni kalau tidak dikawal dengan betul, boleh menyebabkan perasaan marah tu datang. Lepas tu mula rasa jadi pergaduhan.

    • Hairul Hissam says

      Benar tu kata en. hazmin. pergaduhan berpunca dari kemarahan dan emosi yg tidak dikawal πŸ˜€

  17. says

    tips dan pandangan yg bagus utk dipraktikkan..

    emosi chii sering berubah2..tp cpt cool..ehehe

    • Hairul Hissam says

      Biasalah cik chii, kita nie kan manusia. Bukannya robot.
      Namun perlu usaha mengawalnya agar tidak memburukan keadaan πŸ˜€

  18. says

    kalau hati tengah nak marah & tiba2 stress, cepat2 la istifar. InsyaALLAH emosi yg tak baik itu akan berkurangan

    • Hairul Hissam says

      Tima kasih cik mekar.. bagus tips tu.. Ia juga dapat menghalau syaitan yg menghasut kita πŸ˜€ ..

  19. says

    assalaimualaikum.saya akram.saya mempunyai masalah di tempat kerja kerana mempunyai bos yg suka memarahi sya walaupun kerja yg saya lakukan itu betul dan sering memaki -hamun sya.apakah tindakan yg patut saya lakukan?

    • Hairul Hissam says

      Kalau saya, saya lebih suka cari kerja lain yg bosnya bertimbang rasa dan menghormati kerja dan kebolehan kita. πŸ˜€

  20. nadiah says

    salam.terima kasih atas perkongsian yg bermakna ini. tp betul. bila ada keinginan dalam hati tak tercapai, emosi kita akan terganggu. tp sy ada masalah, seolah2 mcm xboleh nk kawal diri sendiri….maybe sbb sy ni slalu bfikiran negatif..sy sdg berusaha memperbaiki diri sbb sbnrnya kita boleh kawal apa yg kita fikirkan & rasakan. betul kan?

    • Hairul Hissam says

      Betul kata cik nadiah.. Keinginan ini kadangkala kita bina tanpa disedari yg boleh menyebabkan kita gagal mengawal emosi kita.. semoga tips ini membantu cik nadiah untuk hidup lebih ceria dan bahagia πŸ˜€

  21. says

    sya seorang yg permalu. …takut utk bertnya mcam mne nak mengantasi msalah sya ini tlong sya …

    • Hairul Hissam says

      Cuba baca artikel nie dgn teliti dan fikirkannya. Kerana hanya diri kita sendiri sahaja yg dapat mencari jalan penyelesaiannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *