Tips menegangkan kulit muka dari sekolah lama

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

kulit muka

.

Best tips menegangkan kulit muka ini. Bila menulis artikel kes Nur Amalina Che Bakri sebelum ini, teringat sekolah lama saya iaitu Sekolah Menangah Ulu Tiram. Inilah sekolah lama saya. Di sekolah inilah, saya mendapat keputusan SPM yang agak baik. Disinilah saya berubah dari seorang yang malas belajar kepada seorang yang rajin belajar.

Masih teringat lagi semasa mengambil keputusan SPM. Adik-adik persatuan silat berkerumun mengucapkan tahniah. “Abang Hairul dapat berapa?” “Tahniah Abang Hairul”. Syok gak dikerumun adik-adik yang comel. Dah macam artis daaa..he.he.he. Selepas itu bersalaman pula dengan guru-guru yang mengucapkan tahniah. Perghh, memang syok pada waktu itu.

Namun semuanya telah berlalu. Kembali pada tajuk artikel ini iaitu tips menegangkan kulit muka. Tips ini saya perolehi ketika belajar di sekolah menengah ulu tiram, ketika mengikuti kem bina diri. Kisahnya di awal pagi. Ketika kami semua berkumpul di padang yang luas. Seorang pesara tentera berkongsi tips menegangkan kulit muka.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu membuka mulut anda seluas yang boleh dengan lidah dijelirkan atau dikeluarkan sejauh yang boleh. Pada masa yang sama buka mata anda sebesar boleh. Dan tahan selama satu atau dua minit. Secara rasionalnya, senaman ini menarik otot muka seterusnya menegangkan kulit wajah anda. Amalkanlah setiap pagi untuk wajah yang menawan.

Tambahan lagi, saya ada membaca sebuah majalah tentang info yang sama. Tapi dari amalan perubatan cina. Caranya sama sahaja, cuma ditambah dengan mengangkat tangan dan siku pada paras dada. Namun tujuannya untuk meningkatkan kesihatan tubuh. Sangat elok diamalkan pada waktu pagi. Semoga anda suka membaca artikel ini dan memberi manfaat bersama.

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D








Posted on 09 Jan 2012 - Visited 4254 times, 51 so far today    32 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

32 Responses to "Tips menegangkan kulit muka dari sekolah lama"

  1. super mak says:

    heehhe… tak dpt sy bayangkan tiap2 hari bt cam nie kat tempat keje..

  2. rocky de vibratore says:

    waah, tak sangka hairul terer belaja, boley bagi tips nak cemerlang mcm hairul & amalina?

  3. adele says:

    ok…ingatkan prank td..takut gak nak buat..hehe

  4. norainie says:

    salam,
    cik Hairul,tkasi byk uda respi2 n tips saya pelajari dari blog ini.cik hairul tahu di mana nak dapatkan serbuk buah jambu amoi 888 tu,tkasi.

    • Hairul Hissam says:

      wsalam.. oh saya tak pasti plak.. tapi tak elok utk kesihatan tu….. tq kerana sudi membaca resepi disini… :D

  5. Nozie says:

    assalamualaikum…
    saya memang pernah dengar pasal ni dan pernah amalkan jgk amalan ni sejak dari sekolah menengah lagi… pernah gak terbaca beberapa kali dalam artikel mengenai petua ni. tapi, saya buat bila bangun dari tidur sebelum basuh muka dan minum air…

  6. chii says:

    wahh..agak mudah gak..xperlukan apa2 bahan…ehehe..thanks ye..insya ALlah..leh la chii amalkan pagi2…selain minum air kosong sblm gosok gigi :)

    • Hairul Hissam says:

      Mmg simple petua nie cik chii…..
      wah petua awek muda tu minum air kosong sebelum gosok gigi..
      mmg bagus diamalkan :D

  7. ShashaCahaya says:

    Wah! Senangnya tip ni. Tak perlu belanja mahal2.

  8. tehr says:

    kalau tak terlupa, pagi besok boleh buat ni

  9. ohcikgu says:

    ok. tengah buat ni. haha..

  10. yas says:

    Aku kenkadang buat senaman muka kt bilik air opis bila muka nampak layu….nganga mulut, buat aksi kat muka dgn macam2 gaya…pas tu kompom rasa segar….

  11. cik tom says:

    menarik jugak tips ni..boleh cuba ni..hee

  12. Mekar says:

    Saya ni kalu dapat apa2 tips, awal2 je rajin buat. Tp lama kelamaan dah lupa dan hilang begitu ja.. TQ atas panduannya :-)

  13. titan says:

    aku tengah try nih. haha..

  14. akubiomed says:

    Ada yang mengatakan menguyah gula-gula getah baik untuk senaman muka.

  15. zue says:

    time kasih byk2

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.