
.
Mesti ramai belum tahu tips cara menyuburkan pokok dan tanaman ini. Petua ini dari emak saya. Al kisahnya…. Saya lihat rumah jiran-jiran semua ada pokok dalam pasu. Rumahku sahaja yang tiada. Dalam hatiku “Ishhh, tak boleh jadik nie… mesti nak kena beli jugak nie” Saya pun bertanyalah pada jiran sebelah. “Akak beli pokok-pokok nie kat mana ye?”. Nasib baiklah ada jiran yang baik hati sudi membantu.
Kedai pokoknya terletak di Saleng Kulai. Besar juga kedainya. Banyak betul pilihan seperti kata jiran sebelahku. Setelah sampai, saya roundlah mencari pokok yang berkenan dihati. Akhirnya jumpa empat pokok yang bakal menghijaukan rumahku. Sampai di rumah, saya letakkan pokoknya di sudut kanan halaman rumah. Bila tengok. Rasa macam tak cukup pula empat pokok tu. Dibawah ini gambar halaman rumah saya.
Pokok ini jenis yang diletakkan di halaman rumah. Tidak perlu diletakkan dibawah cahaya matahari. Dan tidak perlu kerap disiram air. Kata amoi kedai tu, seminggu sekali atau dua kali siram dah cukup. Saya tanya lagi tips menyuburkan pokok tu. “Amoi, macam mana cara menyuburkan tanaman pokok ini lagi” Amoi tu pun bagi saya cecair ‘Tenen 20X’. Katanya, ia khas untuk tanaman dalam rumah. Cuma kena bancuh satu penutup dengan 500ml air dan siram seminggu sekali.
.
Tips Cara Menyuburkan Pokok dan Tanaman Dari Emak
Rumah emak saya di JB memang banyak pokok dan tanaman. Semuanya subur-subur dan gemuk-gemuk beb. Yang specialnya, emak saya tak pernah beli baja atau cecair khas. Semuanya guna petua tradisional ini. Petua ini bukan sahaja jimat malah menjadikan pokok gemuk-gemuk, insyaAllah. Ada dua petua atau tips menyuburkan pokok atau tanaman dari emak saya.
1. Air basuhan beras jangan dibuang. Tapi disiram pada pokok.
2. Perut dan insang ikan jangan dibuang. Masukkan ke dalam air. Ramas sedikit perut ikan di dalam air. Kemudian ambil airnya sahaja dan siram pada pokok.
Pokok pun makan nasi dan ikan beb
. Tapi guna airnya sahaja seperti dalam dua tips cara menyuburkan tanaman dan pokok di atas. Elok buat sekali atau dua kali seminggu untuk tamanam di halaman rumah. Jika anda ada petua atau tips menyuburkan pokok atau tanaman di rumah. Sudilah berkongsi dengan pembaca blog ini melalui ruangan komen di bawah..
.


















Biasa lihat orang-orang tua dahulu akan siram air ikan ke dalam pasu. Sekarang ini pun baja pun murah dijual semurah RM2. Kalau tabur baja Urea pun okay.
Tentu lebih mudah dengan baja Urea. Beli dan tabur.. tqvm en akubiomed
air ikan tu tak sesuai la untuk pokok dalam rumah
mesti berbau tu
Opss silap tulis. sepatutnya di halaman rumah.
. Betul kata en tehr. Kalau dalam rumah, mau berbau..
guna air basuhan beras ya?
nanti boleh cuba ni,
Ya betul. InsyaAllah bertambah gemuk pokok nanti…
tang ni..memang aku tak pandai..haha
saya pun baru je belajar2
Petua siram air basuhan beras dan juga insang ikan tu pun orang tua saya pun pernah buat jugak dulu… Tapi bila dah letak insang ikan, lalat akan berkerumun la dekat pasu tu untuk beberapa hari kan..
Mak saya siram, ok je. Ambil airnya sahaja. Tapi saya belum try lagi dirumah baru ini guna air ikan. Sebab malas betul nak beli ikan dan menyiang. Beli ayam lagi senang. Suruh diaorang potong. Balik tengah masak je.
owh gitu ke bro, thanks berkongsi.. satu alternatif selain menggunakan baja
Betul tu bro.. satu alternatif selain dari baja
Pernah masa kecik tengok mak selalu siram pokok bunga dengan 2 petua ni. Memang subur pun lepas tuh
Harap petua ini tidak dilupakan oleh generasi skrg nie.. en sobri
Bro ni ada bakat betul…
masak pun tahu, IM pun tahu, menanam pokok pun blh =)
Baru je belajar2 bab menanam pokok nie en peja.. Eh bukan saya tanam.. beli yang dah siap.. tinggal letak kat halaman sahaja..
salam… wah, makin berseri2 halaman rumah En Hairul… 1 lg petua, utk pokok bunga kertas, cuma guna kulit bawang merah… kulit bawang 2, tabur je keliling pokok.. Insya Allah, subur….
wsalam. tima kasih cik azriey. First time dengar petua nie. Boleh dicuba nie kalau ada pokok bunga kertas. tqvm
Ha…betul n setuju..saya mmg guna air basuhan beras tp air ikan sekali sekala..pasal berbau. Pokok pandan n cili saya mmg gemuk..sihat..sekarang sy baru apply pada anak markisa..baru je tanam. Cantik n lebar jadi daunnya.
mak saya letak kulit bwg dlm pasu orkid..betul kata en.azriey amrie.
Tentu subur dan cepat membesar pokok markisa Puan Ainie….Kalau ada tanah dirumah mmg seronok menanam dgn pelbagai jenis pokok dan buahan
Tima kasih cik ainie atas tips tersebut
saya dah lama tanam pokok markisa berbunga tapi tak mau kekal menjadi buah, kenapa agaknya
Saya kurang pasti pula. Tapi masa sekolah dulu, ada belajar yg ia memerlukan proses pendebungaan yg dibawa oleh seranga spt lebah. baru ia boleh berbuah.
Mungkin pembaca blog ini dapat membantu kak liza..
tgk org jugak kot… sbb masa sy sekolah dulu pun, tanam bunga kertas, daunnya gemuk2, tp xde bunga… cikgu pun heran… nk kata xletak baja, sy letak baja bunga dgn baja daun… tp daunnya yg subur.. kata org, tgn panas….
Mungkin kot
Eh…maaf cik azriey…saya ingatkan en….maaf ya.
hmmm..kak liza…kawan saya, pokok markisanya tersangatlah rimbun…menjalar atas pokok lain..tinggiiii….nun di atas…buahnya sebiji je..nak ambik..kena panjat pokok besar tu.
Kwn lain pula…dia biar menjalar d pagar…rimbun jgk…buahnya sgtlah lebat..berpuluh..x padan dgn pokok..
Markisa saya..buat tiang dan dawai utk bumbungnya…so far sgt memuaskan hati..buahnya…harap menjadilah nnt….
Oh begitu caranya. Kena biarkan ia menjalar di pokok. pagar atau tiang. Terima kasih cik ainie. Lepas nie kak liza bolehlah pasang tiang utk ia berbuah, insyaAllah. .
terima kasih semua, sebenarnya dh ada tiang dan dah berbunga tapi harapkan bunga je la tak kekal sampai buah
Mungkin belum ada rezeki cik liza. Banyak berdoa.. insyaAllah, adalah nanti tu…
xpe… En. Hairul pun kdg2 tersasul jugak… hehehe… menarik petua 2… nnti bolehlah dicuba…
biasanya la time busy
Yg air beras tu mmg diamalkan, tp air ikan tu x, sbb bbau
Rasanya air ikan tu lebih sesuai utk tanaman dan pokok di tanah lapang cik Malatiqistyna
Assalammualaikum
Saya nak kongsi apa yang suami saya gunakan untuk subur pokok. Satu caranya mcm yang mak En. Hairul buat, tapi suami saya gunakan semua lebihan bahan masakan seperti kulit bawang, lebihan batang sayur / daun sayur yang rosak yang tidak digunakan, kulit buah yang dikupas (bukan kulit durian)dan macam-macam lagi. Semua sisa ini diletakkan ke dalam pasu tanaman dan hasilnya pokok cili api saya dah hampir dua tahun usianya dan pokok cili masih mengeluarkan hasil seperti dulu. itulah kelebihan baja kompos.
Wsalam. Bagus betul suami puan liza.. gunakan semua lebihan bahan memasak… tak lah membazir dibuang begitu sahaja kan. Hasilnya pokok cili pun maintain berbuah. Tima kasih Puan liza krn sudi kongsi tips tersebut
Saya juga nakkonsi petua tanam cili api dan berbuah lebat, petua mak saya ialah guna ikan bilis yang dah rosak atau perut dan kepala ikan bilis yang nak dibuang tu tanam dalam pasu pokok cili insyaallah dalam 2 minggu kesan dah nampak pokok cili mula subur dan bunga mula tumbuh dengan banyak. Jangan lupa timbus ikan bilis dengan tanah sebab bila ia mereput baunya tak enak dihidu tapi pokok suka kita saja yang tak tahan bau tu selamat mencuba saya dah cuba berkesan pokok saya tumbuh subur dan sampai hari ini masih berbuah lebat saya bajakan sebulan sekali dengan baja ikan bilis tu cubalah
assalamualaikum,
saya berminat dgn orkid,boleh dapatkan saya cara2 penjagaan orkid supaya selalu berbunga.
Kalau merujuk pada komen pembaca diatas, mereka gunakan kulit bawang merah sebagai baja pokok bunga orkid.. Mungkin cik umi boleh mencubanya
mmg betul petua tu sya selalu amalkan untuk pokok-pokok kat umah sya. Klu kat kg ayah letak terus perut ikan tu kat pangkal pokok pisang subur sumernya…
Wah kalau terus letak perut ikan dan timbus.. tentu lebih gemuk dan subur pokoknya spt kata cik zai… Petua org tua kita nie mmg bagus. Tima kasih cik zai
siram air ikan dalam pasu kekadang tanah tu akan bersemut la plak..
buat racun organik sendiri..1 liter air,1 sudu minyak,1 sudu sabun n 6 ulas bawang putih,..tumbuk n campur semua.kemudian tapis dan campur 4 liter air dan semburkan pada tanaman tersebut…mencegah kawalan penyakit dan serangga perosak tanaman.
Bagus la tips racun organik buatan sendiri dari cik c.t. Dapat lagi saya ilmu baru dari pembaca blog.
Bawang putih mmg terkenal dalam membunuh kuman. Nak buat nanti. Tqvm cik ct.
mmg betul petua ni abg hairul. ayh sy tanam tebu & cili api, xpenah guna baja kimia. just siram dgn air ikan, cili gemuk2. letak sbiji dlm nc goreng pun dah ckup bt lidah brasap. tebu plak merimbun, klu nak mnum air tebu ayh sy, kne cmpur air msak, klu mnum cam tu je, mlekat kt tekak manisnya. satu lg petua ayh sy, klu nk tebu manis, + sikit garam dlm air siraman
Dulu masa saya kecik, arwah ayah rajin tanam tebu kat depan rumah. Dapat juga mengunyah batang tebu.
.
Petua ini juga menghasilkan buah lebih enak spt kata Cik Balqis. Tqvm cik balqis diatas tips garam tu. Wah dah boleh jadi peladang tebu nie. heee
Lau ptua mak saye pulak…fros kat icebox tu(mase nak cuci icebox) jgn dibuang bgtu shj…letakkan kat dlm pasu bunga…insyaAllah…
Wah ada lagi petua baru. Mungkin juga air dari ikan, ayam dan lain yg melekat dinding peti beku. So bila defros atau cair, ia menjadi baja tanaman yg bagus. tima kasih cik mira
penah buat juga. ni dah lama tak buat camtu.
penah dengar juga kalau letak (tanam) perut ikan bilis pun boleh juga. tanam spya tak hurung dek semut
Bagus juga cara tu dari buang sahaja perut ikan bilis. Tentu lebih subur tanaman nanti. Terima kasih cik nor atas petua tu
kerjakan taman bunga sekolah cukuplah. haha..
Kerjakan sampai gemuk2 bro…
mmg petua ni yg slalu mak dan maklong chii buat…mmg menjadi..cuma kat umah chii je x jd sgt..sebab jarang2 sgt masak nasi n siram ngan air beras..ekekekk
Nie mesti rajin tapau je.. hee… saya pun mula2 je rajin masak.. lama2 tapau je… ala duduk sorang… tapi bagus juga dapat membantu peniaga makanan disini
emak cik tom smpi skang still praktis air basuhan beras n juga air dari siang ikan..hehe
Pokok saya tu dah keluar kelopak daun baru la cik tom… kalau tak masak, saya blend ikan bilis dgn air… itu pun tips dari komen pembaca…
Halaman rumah kawe pon subur… errr dengan daun lalang adehh…
Tu kena rajin menebas tu.. heee.. Daun lalang yg ditebas tu nanti pun akan menyuburkan tanah lagi…
Wah..hairul, rumah kamu dah makin berseri sejak ada pokok2 hijau tu. Mula2 ada 4 pasu. pasni boleh tambah lagi pasti menarik.
Sya dulu pun siram dgn air ikan tp ada masalah sikit krn kawasan sekeliling bersemut & keluar bau yg kurang best. Jadi sya pakai baja kambing biri. alhamdulilah pokok sya hidup subur
Pokok tu pun dah banyak keluar kelopak baru dan anak pokok.. Seronok juga tengok pokok tu membesar… Tentu mudah dengan baja kambing biri-biri. tq atas info tu cik mekar.. Skrg saya siram dengan air yg dicampur sedikit ikan bilis yg di blend halus.. Itupun dari tips komen pembaca..