Tafsiran Mimpi Orang Lama

Artikel ini kiriman pembaca blog iaitu Cik Tie. Memang menarik mengetahui tafsiran disebalik sebuah mimpi. Pada pengalaman saya pula, mimpi yang boleh kita ingat bertahun-tahun lamanya, biasanya akan berlaku. Ok. jom kita baca artikel dibawah:
.

Tafsiran Mimpi Orang Lama

Kali ni Cik Tie nak kongsi tafsiran disebalik mimpi. Mesti uols selalu mimpi kan, tapi kadang2 tak tahu maknanya. Ni Cik Tie nak share dengan korang tafsiran mimpi mengikut mimpi yang dialami oleh Cik Tie sendiri dan orang terdekat dengan Cik Tie.

Tafsiran Mimpi Ikan :- selalunya kalau Cik Tie mimpi tangkap ikan, confirm nak dapat rezeki. 2-3 hari pas mimpi dapatlah berita gembira tu (*,*).

Tafsiran Mimpi Udang :- Umi Cik Tie selalu cakap, elakkan mimpi udang uhuhuhu, bukan kita minta mimpi pun (*,*), maklumla kalau mimpi udang, confirm lepas tu duit habis. Maksudnya, duit nak keluar poket.

Tafsiran Mimpi Naik bukit / tangga :- selalu dikaitkan dengan kejayaan. Cik Tie pernah mimpi naik tangga, makin naik, makin tinggi tangga tu. Alhamdulillah lepas tu berjaya lepas dugaan kat Universiti dulu.

Tafsiran Mimpi Pecah kaca / jatuh tangga :- confirm akan mengalami kegagalan atau kerugian. Selalu juga mimpi tiba-tiba jatuh, then lepas tu dapat la berita buruk tentang sesuatu kerugian atau kegagalan.

Tafsiran Mimpi Burung merpati :- umi Cik Tie cakap kalau mimpi burung merpati, nak dapat anak lelaki. Maybe kot, coz masa Cik Tie mimpi tu pun, baru mula-mula hamil. Tapi takde rezeki, keguguran.

Tafsiran Mimpi Ular :- ni ikut orang tua-tua maknanya orang nak masuk meminang. Tapi tak juga, sebenarnya bagi Cik Tie ada 2 tafsiran mimpi ular. Kalau mimpi dipatuk ular, barulah ada orang nak masuk meminang, tapi kalau mimpi melihat ular di kedudukan yang atas pada kita, samada atas pokok, atas bumbung atau mana-mana tempat atas pada kedudukan kita, biasanya bermaksud ada sihir atau benda halus.

Tafsiran Mimpi barang dicuri :- Alhamdulillah Cik Tie tak pernah mimpi dan harap tak dapat mimpi ni. Dari pengamatan orang tua-tua, kalau mimpi barang kita diambil atau dicuri orang, maksudnya suami kita akan diambil orang. Dengan kata lain, suami kita akan kahwin lagi. Wallahualam.

Ada banyak lagi tafsiran mimpi ni, maybe uols pun ada mimpi yang nak dikongsi. Apapaun kita hanya la mengandaikan, tapi ketentuan sebenar di tangan Allah.

Hairul.Com: Terima kasih Cik Tie di atas kiriman tafsiran mimpi ini. Spt kata Cik Tie, segalanya ketentuan Ilahi. Yg penting kita perlu redha dengan hati yang berlapang dada di atas ketentuanNya.


Email Rakan Email Rakan   

Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:




1. Ebook Kek Batik Coklat Special
2. Ebook Mee Goreng Mamak Restoran
3. Ebook Potong Buah Style Hotel
4. Tips Memulakan Bisnes Makanan

Sila isikan nama pangilan dan alamat email anda.
Utk Ebook ini dihantar ke email anda pada hari ini juga
Artikel Special Blog Ini:

KOLEKSI TESTIMONIAL BISNES MAKANAN
(Klik Arrow Kanan Utk Testimonial Seterusnya)


Artikel Menarik Blog Ini:

Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja


Belajar Bisnes Bun, Pau & Pizza (Klik Sini)


Belajar Bisnes Kek Harijadi (Klik Sini)


Bisnes Putu Piring, Bambu & Mayam (Klik Sini)


Bisnes Air, Dadih & Dessert (Klik Sini)


Bisnes Roti Canai & Murtabak (Klik Sini)


Bisnes Aneka Taufufah & Air soya (Klik Sini)


Bisnes Buat Website & Grafik (Klik Sini)


Artikel Gempak Blog Ini:

Comments

  1. says

    bila baca bab ular tuh rasanya pernah juga 3 kali mimpi..
    ular besar atau ular tedung hitam.. Saya bangun buat ludah kekiri..
    selawat dan solat sunat.. alhamdulillah.. tiada apa2 berlaku…

    • Hairul Hissam says

      Nasib baiklah.. mau ada org datang meminang sekali lagi.. heee 😀

      • says

        Mimpi ular ada membawa maksud tidak baik seperti ada orang cuba berniat jahat dengan kita.

        • Hairul Hissam says

          Terima kasih bro atas info tu… biasanya sihir atau buatan org.. Semoga kita dijauhkan 😀

  2. says

    mimpi dipatuk ular tu orang nak masuk meminang eh? takde pun yang masuk meminang..haha

    • Hairul Hissam says

      Di zaman cyber nie lain kot maksudnya… byk org akan dtg masuk blog kita kot .heee 😀

  3. says

    Salam kelip-kelip cahaya senja.. :)

    Hijau labuci bersulam di tepi,
    Pesona pesak hampirlah siap;
    Kalau mimpi di dalam mimpi,
    Bagaimana pulak tafsir di kitab.

    • Hairul Hissam says

      wsalam kak umi.. 😀
      kalau mimpi dalam mimpi.. tu mungkin sbb byk tido kot .. heee

      • says

        Salam sekali lagi..:D

        Minyak telon belum dibeli,
        Tepi jari menanti sapuan;
        Banyak menonton filem P Ramlee,
        Bermimpi puteri seri bunian… 😀

        Kacau tumpi tuang di kuali,
        Kerak panas nasi berbuku,
        Kalau bermimpi disiang hari,
        Kelak malas menjadi baju… 😀

        • Hairul Hissam says

          wsalam kak ummi…. kalau tgk movie yg seram, boleh terbawa dalam mimpi. 😀

  4. says

    mimpi mainan tidur
    sesekali memang ada kebetulan dengan apa yang berlaku
    banyak kali memang tak ada kena mengena dengan apa2 pun

    • Hairul Hissam says

      Betul tu bro tehr, kebanyakkan mainan tidur 😀

  5. Riza says

    Kak Riza kalau mimpi nasi, kebetulan akan mengalami kehilangan atau kegagalan mendapat sesuatu, nasi kan putih, jadi ‘berputih mata’ lah lepas tu. Pernah juga mimpi ular-ular ni, tak tau nak kata dah kena sihir atau tidak, rasanya macam ada. Ada juga mimpi air terjun, lepas tu dapat rezeki melimpah. Kalau mimpi gigi atas jatuh, lepas tu ada saudara yang lebih tua meninggal atau sakit, tapi kalau gigi bawah jatuh, saudara yang lebih muda pula meninggal atau sakit. Begitulah yang selalu kak Riza alami, mungkin orang lain, lain maknanya.

    • Hairul Hissam says

      Saya jarang pulak mimpi ttg nasi, ular, binatang, gigi dan sebagainya. Mungkin. lain org lain cara mimpinya dan lain maksudnya spt kata kak riza 😀

  6. Adif Fida says

    byk kali sorang member yg dah lame x jumpe masuk dalam mimpi saya..agak2 naper ek??? dalam mimpi tu..dia hanya tenung saya jer..xde plak nak borak2..pelik sungguh…

    • Hairul Hissam says

      Saya kurang pasti Cik fida.. mungkin ada sesuatu yg kita nak sampaikan padanya tapi tak berkesempatan.. so dalaman hati kita masih ingin nak sampaikan…. tu yg buat sampai termimpi kot… agak jeee la.. heee 😀

      • Adif Fida says

        ooo…xpe lah..kate org mimpi tu mainan tido..so, skang saya anggap mimpi tu saje nak buat saya pikir…jgn lupakan dia kot..hehe…

        • Hairul Hissam says

          Mungkin kawan cik fida tu pun termimpi kat cik fida juga kot.. heeee

          • Adif Fida says

            eeee…ye ker??
            patut ke saya tanya dia?? hahaha….
            ooo…x bleh tanya dia..xpenah pun nak bertegur sapa…biarlah….

            • Hairul Hissam says

              Mungkin kot… dia pun segan nak tanya cik fida….. heee 😀

  7. Nor Amirah says

    Assalammualaikum. . kalau mimpi ada orang datang meminang ?? nak kata nmpk muka orang tu kurang pasti nk kata nmpk samar2 lah … apo mksdnyo tu ?

    • Hairul Hissam says

      Maaflah cik amirah, saya tak reti nak menafsir mimpi nie.. nie artikel kiriman pembaca 😀

      • Nor Amirah says

        hehe 😉 … ouh takpe2 cik hairul 😉 ….terima kasih 😉

        • Hairul Hissam says

          tqvm kembali 😀

  8. says

    hmm..kalau mimpi orang masuk meminang. Tapi tut tut org yang nak pinang kita tu baru je kahwin dalam dunia realiti. Tu apa maknanya??? huhu. konfius pula. susah nak percaya.

    • Hairul Hissam says

      Mungkin org yg kita kurang suka akan masuk meminang kita… agaknya nyeee leee. atau mainan mimpi jeee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *